Sunday, May 24, 2009

Berhenti berharap...

"BERHENTI BERHARAP!"
Aku cukup tak suka perkataan tu.
dan akhirnya aku gunakan jua.
aku sudah berkeputusan,
aku berhenti berharap...
Dia terlalu tinggi.
Tak tercapai aku untuk menyentuhnya.
hanya dapat memandang di kejauhan...
Adakah aku bodoh?
sebab berputus asa tanpa mencuba?
mencuba untuk memberitahunya betapa aku sukakannya?
tak apa la...
Hidup ni penuh dengan pengorbanan.
aku takkan menyesal!
sebab aku sudah melakukan segalanya,
sehingga ke tahap maksima,
untuk menarik perhatian dia.
supaya memandang aku yang duduk di satu sudut sepi ini...
menjadi pemerhatinya tiap masa,
menegur tiap kali bersua,
cuba melakukan segala-galanya untuk bertemu muka.
namun mungkin dia sudah bosan.
bosan dengan aku yang menggangu kitaran hidup dia...
akhirnya aku dengar juga dari mulut dia hari ni.
siapa aku padanya...
dan aku rasa tak perlu lagi aku melafazkan,
rasa yang terpendam dalam hati aku.
aku berhenti berharap!
namun,
aku menyimpan satu hasrat.
andai aku berjumpa dengannya selepas ini,
dengan cara yang tak disangka-sangka,
aku akan melafazkan betapa aku sukakannya.
awak,saya memang sukakan awak!
hidup memang satu perjudian,
dan akhirnya aku tertewas kali ni...
terima kasih sebab pernah hadir dan menjadi istimewa
di dalam hati aku.
sekarang aku perlu merelakan kenyataan.
aku perlu cuba lupakannya,
walaupun aku tau aku takkan pernah dapat lupakannya....
airmata mengalir,
hati berdarah kembali,
tanda merelakan keputusan ini...

Friday, May 22, 2009

Aku dah kembali...

wah! kenapa cepat sungguh masa berlalu?
aku dah kembali ke sini...
di sisi satu sudut sepi Kuala Lumpur.
aku masih dapat melihat dua mercu tanda Kuala Lumpur itu.
di anjung dapur rumah aku.
walaupun nun di kejauhan, hanya kerlipan lampu yang kelihatan..
tapi pemandangan tu tak seindah 5 hari yang lepas!
tak mengapa,
aku patut bersyukur!
aku masih boleh memandangnya.
aku harap aku masih dapat melihat sisi indahnya lagi...
Kuala Lumpur, aku tetap cinta kamu!

  • Sebelum aku bertolak balik, aku sempat berchenta dengan S.E K550i aku. Walaupun handphone aku tak secanggih SLR tapi aku bersyukur sebab gambar-gambar yang aku tangkap tak mengecewakan aku!



~Kuala Lumpur di waktu siang~



~Kuala Lumpur di waktu malam~



~Gambar-gambar yang aku suka~

~bila la aku dapat beli SLR???

Entah....

Sunday, May 17, 2009

KUALA LUMPUR, aku cinta kamu!!!

Bila aku duduk kat hotel ni,
aku suka tengok pemandangan kat luar tingkap bilik hotel aku.
bila aku merenung kat luar tingkap tu,
aku dapat tengok dua mercu tanda Kuala Lumpur ni.
Wah,aku sukakan pemandangan tu!
aku dapat tengok semua bangunan di sekeliling hotel ni.
ada hotel yang tinggi-tinggi,
ada hotel murah,
ada deret-deret kedai,
ada rumah setinggan,
semua aku dapat tengok dari tingkap bilik hotel aku.
pemandangan dari tingkap tu,
memang sungguh mengasyikkan aku!
aku boleh duduk di tepi tingkap tu buat masa yang lama.
merenung satu pemandangan yang bagi aku sungguh indah!
dan yang paling indah bagi aku,
bila hari beransur malam.
bila bumi Kuala Lumpur ni mula gelap,
lampu-lampu mula menerangi malam di Kuala Lumpur.
ya,aku sungguh sukakan lampu!
aku suka tengok pemandangan malam yang diterangi lampu!
sungguh indah!
aku pun tak tahu sejak bila aku mula ada minat sebegitu...
tiap kali aku melangkah masuk ke bilik,
aku akan terus ke tingkap tu.
mujur katil aku betul-betul sebelah tingkap!
kawan-kawan aku tak boleh bising bila aku melanyak katil aku sendiri!
sampai ke tepi tingkap,
aku akan merenung ke luar dan mengucapkan selamat untuk Kuala Lumpur.
tak kira apa cuaca dan keadaannya.
samada pagi, tengahari, petang atau malam,
samada cerah, mendung atau hujan,
aku tetap akan memandang tanpa jemu!
aku rasa aku dah jatuh cinta...
Kuala Lumpur, aku cinta kamu!!!

Friday, May 15, 2009

Masihkah aku punya ruang...?

aku mahu berputus asa!
sungguh!!!
tapi aku tak mampu...
memang betul aku tercabar kali ni!
bagai buku bertemu ruas diibaratkan.
pandai sungguh dia memainkan peranan!
bermain tarik tali bersama aku.
menjadikan jalan cerita aku dan dia menjadi
lebih menarik dari sehari ke sehari!
aku harap aku masih boleh bertahan,
supaya aku masih boleh memandang dia.
walaupun hanya di kejauhan...
aku harap,
bila aku mengelip mata sebentar,
dia akan berada di situ,
dan tetap di situ saat aku bukakan mata.
aku harap aku masih punya ruang..
di tepi sudut pentas kehidupan ni,
agar aku akan selalu dapat melihat dia.
semoga,
dia takkan lenyap dari mata aku...
aku masih tak sanggup kehilangan dia!

Thursday, May 14, 2009

Memahami yang sukar dijangka

Bila ada persoalan dalam hati,
kita cenderung untuk menulis.
meluahkan apa yang kita rasa dalam bentuk perkataan.
aku akui semua tu benar dan aku merasainya...
beberapa hari kebelakangan ni,
aku cuba mengetuk pintu hati aku.
masuk dan menelusuri apa isinya...
banyak yang aku temui...
kenangan lama yang mengusik hati!
samada yang manis mahupun pahit.
semua terimbas kembali tatkala aku menyelak memori.
terleka aku dengan memori hingga terlupa tujuan aku!
aku keliru,
aku bercelaru,
aku serabut!
apa kehendak hati aku sebenarnya?
makin aku menyelam ke dasar hati,
makin aku tak dapat jawapannya...
hati,berilah aku petunjuk!
supaya aku tak salah membuat pilihan.
agar aku tak menyesal nanti!
aku harap, langkah yang aku ambil,
akan dapat membantu aku dalam
mencapai hasrat hati aku.
dia memang sukar dijangka!
tapi aku akan cuba!
supaya aku tak tertanya-tanya...!!!

Thursday, May 7, 2009

Bersabarlah wahai hati...

kenapa aku jadi macam ni..?
aku pun buntu....
memang aku tak nafikan,
hati ni terusik dengan kehadiran dia dalam hidup aku.
tiap kali nama dia muncul,
hati aku macam terkena kejutan!
dan berdegup kencang serta-merta!
tak sangka macam tu sekali penangan dia!
itu baru nampak nama,kalau nampak orangnya?
aku pun tak berani nak membayangkan..
apa yang aku tengah rasakan ni?
aku suka dia ke?
aku minat dia ke?
aku cintakan dia ke?
macamana aku nak bezakan semua rasa ni?
yang pasti semua rasa ni,
mencipta satu perasaan dalam hati aku!
iaitu RINDU pada dia...
rasanya dia tau tak perasaan aku pada dia?
aku taknak berharap..
harapan tu membuatkan aku sakit!
mulut aku boleh menipu,
mata aku boleh menipu,
ekspresi wajah aku boleh menipu,
bahasa tubuh aku boleh menipu,
segalanya tentang aku boleh menipu!
semua ni terjadi sebab aku tahu,
"i'm a good pretender!"
orang selalu menggelar aku begitu...
tapi aku tak boleh lari dari hakikat,
hati aku takkan pernah dapat menipu!!!
mulut aku cakap,
"tak payah berharap dengan dia. engkau tak beerti langsung pada dia!"tapi kenapa hati ni tetap degil??!!
kenapa aku masih berharap,
agar aku dapat menghuni disudut kecil hati dia..??
manusia diciptakan dengan fitrah..
aku tak pernah menghalang rasa tu!
untuk kembali bertandang dalam jiwa aku yang sepi ni...
pada mulanya,aku hanya ingin jadi peminat misteri,
yang hanya memandang dari kejauhan...
memuja dalam senyap...
tapi,rindu itu menyesakkan!
apa harus aku buat?
aku masih belum ada kekuatan untuk berterus-terang!
aku takut dikecewakan...
tiba-tiba,
ada seseorang dah mula membuka mata hati aku!
dan aku juga terkesan dengan provokasinya itu...
lalu aku buat keputusan,
aku harus memperjudikan nasib aku!
aku harus berusaha melangkah setapak lagi,
untuk cuba mendekati dia!
pada mulanya aku hampir putus asa..
dan aku menyalahkan diri aku,
sebab terpesona dengan provokasi.
namun sesuatu yang tak aku duga berlaku!
dia mula memberi respon!
syukur,alhamdulillah!
tapi,hidup ni tak selamanya indah..
bila aku mula berharapan,
dia mula dingin..
aku mengajar diri untuk tak berharap lagi..
tapi bila aku memutuskan untuk berputus asa,
dia kembali dengan tindakbalas yang meyakinkan!
dan aku berharap lagi...
begitulah kitaran yang aku hadapi bersama dia.
macam main tarik tali tiap kali berbicara...
tak apa!
bersabarlah wahai hati!
mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini..
aku patut bersyukur sebab dia masih terdaya,
untuk melayan aku yang hadir dalam hidup dia secara tiba-tiba...
aku harapkan perkembangan yang lebih positif akan berlaku,
walaupun aku tau dia tak mengetahui tentang perasaan aku...
tapi aku harap dia tak menyisihkan aku...
bersabarlah wahai hati!