Monday, November 29, 2010

Aku yang sudah dilupakan...

Aku kongsi rasa gembira itu
aku berbahagia untukmu
kamu menyerlah di hari persandinganmu
Selamat Pengantin Baru,sayang...
segalanya tampak indah
seperti dalam bayanganmu
Tahniah,sayang!
namun,
masih ada kurangnya di mata aku..
rupa-rupanya kamu sudah berubah
menjadi seseorang yang bukan aku kenal lagi..
adakah si dia merubah kamu?
aku pun tak tahu...
sayang,
aku bersama kamu sejak 24 tahun lalu.
kita membesar bersama.
kenapa kamu berubah dalam sekelip mata?
di hari persandinganmu;
sepatutnya aku yang paling gembira.
kerana aku yang paling rapat dengan kamu.
namun apa yang telah kamu lakukan?
kamu lupakan aku...
mungkin aku dah tak penting
tak seperti kawan-kawanmu yang baru kamu kenali 2-3tahun itu.
tak mengapa,
aku sudah sedar sekarang..
aku perlu lepaskan kamu..
pergilah mengecap bahagia,sayang
aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu;
duhai sepupuku....

Friday, November 19, 2010

Tolong percayakan aku...

aku sedar
aku bukan orang yang boleh dibanggakan
aku banyak kekurangan
aku tak macam yang lain-lain
serba serbi sempurna
aku hanya ada pengalaman
yang menjadi sekolah terbaik aku
untuk aku belajar cara meneruskan hidup ini
namun
yakinlah pada aku
ini tanggungjawab aku
aku tetap akan pikul
dengan darah dan keringat!
ya,aku bukan pengganti abah
aku takkan pernah dapat gantikan abah..
tapi;yakinlah dengan aku!
aku akan cuba sedaya upaya
mengemudi keluarga kita..
Tolong percayakan aku!
aku mohon!

Saturday, October 30, 2010

Pergi Jua...

'Aku Anak Yatim'





akhirnya...





~hanya mampu terdiam...

Friday, October 29, 2010

Terima Kasih



Terima kasih semua
Atas kenangan indah ini
Akan aku semadikan dalam ingatan aku
Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini
Menjadi penyeri hidup aku
Semoga hubungan ini akan berkekalan
Selamanya...
~IRFAN~SYAFIQ~EKMAL~

source

Thursday, October 28, 2010

Terluah jua...

setelah aku mengumpul kekuatan
hari ini penentunya!
akhirnya rasa yang tersimpan itu
aku luahkan jua..
walau dengan tidak bertentang mata
kata-kata itu tetap terzahir
dan maksudnya sampai ke telinga si pendengar.
akhirnya aku terus berlalu
tanpa mengetahui apa reaksinya!
mengapa aku lakukan begitu?
kerana aku hanya mahu meluahkan rasa
yang terpendam selama ini.
hanya itu sahaja.
supaya aku tidak terbeban dengan rasa itu lagi.
namun,
mengapa hati ini masih tidak tenteram?
bukankah setelah aku luahkan,
beban aku akan terlepas?
hati,
mengapa begini?
adakah aku bodoh kerana terus berlalu?
atau aku bodoh dari sejak mula dengan meluahkan rasa itu?
bantulah aku temui jawapannya dimana..

Monday, October 25, 2010

Apa erti ketidakpercayaan ini??

aku hairan
kenapa masih timbul rasa tidak percaya
Puan,
kami bukan anak kecil lagi
bukan seperti murid sekolah menengah anda
kenapa anda sangat negatif dengan kami?

Sunday, October 24, 2010

Luahan rasa hati...

aku masih tercari-cari
perkataan yang paling sesuai
untuk meluahkan rasa ini...
aku juga masih keliru
bagaimana caranya
untuk aku melafazkan
kata-kata itu...
apa yang harus aku lakukan?
jika dipendam,
ia akan terkubur selamanya..
jika diluah,
aku takut dengan akibatnya..
aku buntu!!!

Tuesday, October 19, 2010

PERAMPAS!!!

cukup-cukuplah
jangan sakiti aku lagi
hati aku dah hancur tak bersisa
kenapa kau masih mahu menyeksa aku?
kenapa kau ambil dia kesayangan aku?
kenapa??!!
dia milik aku!
selama ini dia milik aku.
dan akan tetap jadi milik aku.
kenapa baru kini kau ingin merampasnya?
kerana kau baru tersedar
dirinya punya permata?
lepaskan dia
jangan kotorkan dia dengan tingkah jijik kau!
aku takkan benarkan!
pergi jauh dari dia
kerana dia terlalu suci untuk berada disisi kau
sisi orang yang pernah menghinanya dulu...
kau jangan jadi bodoh,
merampas dia dari aku.
kau hina dia dulu,
kau kutuk dia dulu,
kua benci dia dulu,
tapi sekarang kenapa?
kenapa kau jilat ludah kau semula??!!
semua kerana EGO BODOH kau!
langkah mayat aku dulu!
aku takkan benarkan!
aku sebut sekali lagi,
AKU TAKKAN BENARKAN!!!!

Tak Tertahankan...

aku dah tak boleh dengar suara kau lagi.

aku dah tak boleh pandang muka kau lagi.

aku dah tak boleh lihat kelibat kau lagi.

segalanya tentang kau sangat menyakitkan aku!

jangan salahkan aku buat begini.

kerana peluang yang aku berikan kau persia.

aku melayan kau seperti kawan aku.

tapi kau pergunakan aku.

kau mengambil kesempatan atas aku.

sabar aku sudah kehabisan.

jangan rayu aku lagi.

kerana segalanya sudah TERLAMBAT!!!

Monday, August 30, 2010

DEDIKASI BUATMU...

When the spring air was blatant
And the leaves formed on the trees
The seed that once seemed latent
There amid the icy breeze
Had become the strong foundation
For all things in life thereof
That remains an inspiration
As seen in my parents’ love.

~ Jill Eisnaugle~

Ayahbonda tercinta;

Encik Dulhisham Nordin dan Puan Saripah Ali

Separuh jiwaku;

Kembar, Shamimi Haniza Dulhisham

Penawar rinduku;

Adinda, Nurbalqis Izzati Dulhisham & Dzuldarwis Rusyaidi Dulhisham

Pemilik hati ini ...

Kasihku Padamu Sepanjang Hayat.



~selesai jua dan aku sudah boleh bernafas semula...~

Friday, August 20, 2010

Airmata seorang perempuan...

Airmata,
yang menitis dari mata seorang perempuan;
mulanya bergenang,
dan mengalir tanpa diseka,
sebenarnya mengandungi maksud yang sangat mendalam...
kerana tiap titis airmata yang mengalir itu;
mengandungi seribu satu rahsia,
terkandung di dalamnya...
tangisnya seorang perempuan,
bukanlah tandanya lemah!
namun,
dengan tangisan itu jugalah,
terlerai segala kekusutan;
terhurai segala masalah;
menjadikan seorang perempuan,
kuat untuk menempuh kembali
hari-hari mendatang!
mengangislah wahai sang perempuan,
kerana dengan tangismu,
kamu akan menjadi lebih kuat!!!

Thursday, August 19, 2010

TEKANAN!!!!

aku tertekan kali ini!
berlipat kali ganda sakitnya!
semua kerana kau!
kau yang mencelarukan kitaran hidup aku!
sabarku sudah kehabisan!
jangan disentuh aku lagi!
kerana kau pasti terbakar!!
seperti hati aku yang rentung kau hancurlumatkan!!!!

Monday, August 9, 2010

Jangan cabar aku lagi!

Kesabaran aku dah makin menipis
jangan tambahkan lagi api dalam jiwa aku
aku dah lama bertahan
melayan kerenah kau yang tak sudah-sudah!
kau ingat kau raja dalam dunia ni?
hanya kau yang layak bersuara?
hanya kau yang layak memerintah?
hanya kau yang berhak membuat keputusan?
habis tu,
siapa aku?
kuli kau yang menurut perintah?
hamba kau yang hina-dina?
memang,
selama ini aku ikutkan kehendak kau.
aku bukan bodoh,
untuk menasihatkan diri aku tentang semua kerja sia-sia aku
mengikut apa kehendak kau.
aku juga bukan bodoh,
kerana selalu dengarkan saja repek-repek kau.
tapi semua itu aku lakukan atas dasar,
kerana kita adalah sahabat.
aku tau kau tak punya sesiapa,
hanya aku yang betah berada disisi kau.
sebab aku rasa kau sendiri sedar
tiada siapa yang mahu bersama kau!
aku lakukan semua ini kerana aku ikhlas..
aku persetankan semua orang yang mengatakan aku bodoh
bodoh kerana berada disisi kau.
kerana prinsip aku didalam bersahabat,
aku takkan pernah membuang sesiapa yang bersahabat dengan aku.
tapi kau kena ingat,
aku juga manusia biasa.
aku bukan robot tiada perasaan!
aku juga punya had kesabaran!
jangan uji kesabaran hati aku lagi!
aku mungkin sudah tidak bertahan!
jangan salahkan aku
andai satu hari nanti aku takkan peduli kau lagi!!!!

Saturday, August 7, 2010

Wednesday, July 14, 2010

Memang ......!!!!!

aku sangat kecewa
segala hasil usaha aku tak berbaloi juga
aku dah cuba segalanya
walau aku jatuh, aku bangun jua
semua untuk menepati kehendak kau!
ya, kau yang sangat *******!!!
apa lagi yang kau mahu?
apa lagi yang kau perlu?
sudah puas hati kau sekarang?
mengoyak hati aku dalam cebisan kecil
dan ko tabur di setiap lautan...
terima kasih!
terima kasih banyak-banyak!

Wednesday, June 9, 2010

Perlukah aku kasihani dia??

aku temui seorang insan.
insan yang aku sayang.
sayang kah aku pada dia?
mungkin pernah aku sayang,
dulunya...
dia suka bercerita,
dia suka berkata-kata,
dia juga suka berhikayat..
namun...???

Monday, June 7, 2010

Tolong jangan sebut lagi!

"MACAMANA KALAU MAMA DAN ABAH DAH MENINGGAL...?"
tolong jangan disebut tentang itu!
memikirkannya pun aku tak sanggup,
inikan pula mendengar dari mulut tuannya sendiri.
orang yang paling aku sayang!
tolonglah!
aku merayu sangat-sangat!
tolonglah!!
jangan disebut lagi tentang itu,
aku tak sanggup...
aku tak mampu...
aku tak berdaya...
aku masih tak bersedia dengan perpisahan abadi ini...

~aku masih tak dapat berhenti menangis ketika menulis entri ini~

Wednesday, June 2, 2010

Mainan Hati

Hati ni kadang-kadang nakal juga ya;
memainkan perasaan aku sewenang-wenangnya.
membuatkan aku jadi;
mudah tersentuh,
mudah terluka,
mudah ketawa,
mudah juga gembira.
puas sudah aku mengajar hati ini,
supaya kental atas segala yang terjadi!
namun selalunya aku tertewas juga..
pada akhirnya aku,
menjadi seorang perempuan;
yang tunduk pada kata hati jua..
tak mengapalah,
semua ini rencah kehidupan.
andai aku tidak menempuhinya,
aku takkan rasa pahit manisnya mainan hati kan?

Sunday, May 16, 2010

Hari Untuk Aku =)

SELAMAT HARI GURU kepada semua
Terutamanya ahli keluarga aku
Abah - Dulhisham Nordin
Mama - Saripah Ali
Twin - Shamimi Haniza Binti Dulhisham
Paklong - Abdul Rahman
Maklong - Fuziah Nordin
Pakngah - M. Yunos Zakaria
Makngah - Norizah Nordin
Cousin - M. Syafiq Affendi M. Yunos
Cousin - M. Amer Affendi M. Yunos

tidak lupa kepada semua guru yang pernah mengajar aku
sehingga aku berjaya menjadi seorang bakal guru.
Tidak ketinggalan juga semua rakan perjuangan
yang sama-sama mendaki ke puncak gading
untuk merealisasikan impian kita semua
menjadi seorang guru yang berguna kepada anak bangsa.
Guru-guru yang membantu aku ketika PBS dan PRAC,
Jasa anda semua sangat berharga.
TERIMA KASIH CIKGU! =D

Saturday, May 15, 2010

Muzik itu satu kesalahan?

"MUZIK PEMANGKIN ORANG MENGHISAP DADAH?!"
apa salah muzik?
kenapa dijadikan satu alasan?
APAKAH?!
aku cukup kecewa.
kecewa dengan orang yang berfikiran sempit macam tu.
aku tak sangka orang berpendidikan tinggi,
yang tinggi kedudukannya,
sanggup mengeluarkan penyataan tak berasas macam tu!
mungkin dia ada sebab tersendiri.
mungkin dia tak mengenali muzik dengan mendalam..
mungkin juga dia ada sejarah hitam dengan muzik...
mungkin juga hajat dia dalam muzik tak tercapai...
banyak kemungkinan yang menjurus kepada sebab-sebab dia membenci muzik.
tapi jangan la mengeluarkan pernyataan yang tak adil!
siap cakap kalau orang goyang bila dengar muzik,
orang tu ambil dadah.
tolong la!
sungguh aku tak dapat terima!
muzik ni satu seni.
seni yang sangat aku sayang,
sangat aku hargai,
sangat sebati dalam diri aku.
aku harap dia akan sedar satu hari nanti,
yang MUZIK ni sebenarnya tak seJIJIK yang dia sangka!

Friday, May 14, 2010

Aku yang Terasing

Aku tak mengerti,
Mengapa hanya aku yang selalu merasainya?
terasing dari yang lain;
berjalan menongkah arus;
bersendirian...
adakah hanya aku yang berbeza?
atau perjalanan aku yang tak selari dengan mereka?
aku sering tertanya-tanya,
adakah ini semua salah aku?
aku jadi buntu!
adakah aku perlu berjalan seiringan dengan mereka?
atau terus menongkah arus sendirian?
aku tak mampu,
dan takkan pernah mampu mengikut cara mereka;
kerana aku sememangnya berbeza.
pemikiran aku,
tingkah laku aku,
emosi aku,
rasa aku,
gerakan aku,
segala-galanya tentang aku,
hanya aku yang tahu.
tidak mengapalah,
selagi aku masih mampu melangkah,
aku akan teruskan perjalanan ini.
ini halatuju aku,
ini impian aku,
disini rasa aku berlabuh.
semoga segalanya dipermudahkan!

Saturday, May 1, 2010

Thank You

Thank You

I really want to say thank you but
words are not enough.
And its not for now or only once,
I've needed someone like you.
But for all the times and reasons
that your kindness has shown through.
I hope this little gift of love
will mean a lot to you,
Its a little thing to do,
but it sentiments sincere,
I thank you,
and I am so glad
that you were able to be here.

~Terima kasih Muhammad Jazli Mustaffa atas penghargaan yang cukup bermakna ini~

Wednesday, April 28, 2010

Airmataku Tumpah Jua...

mereka yang suci,
mereka yang naif,
mereka yang sangat aku sayangi;
jiwa-jiwa kecil ini.
memang lumrah mereka;
ada yang nakal,
ada yang degil,
ada yang tak mendengar kata,
namun aku tahu,
mereka masih berjiwa bersih.
sayang-sayangku,
cuma satu aku pinta,
walau senakal mana,
sedegil mana,
dengarlah kata-kata gurumu.
semoga dengan airmata yang tumpah ini,
dapat menyedarkan mereka,
betapa besar kasih sayang aku,
untuk menjadikan mereka insan yang berguna!

Tuesday, April 27, 2010

Jiwa-jiwa Kecil

Dihari-hari terakhir,
aku makin sebak.
aku tak sanggup,
nak meninggalkan jiwa-jiwa kecil ini.
merekalah penyeri aku,
penyembuh duka aku,
mereka juga membuat aku tersenyum!
aku sayangkan jiwa-jiwa kecil ini,
sukar untuk aku hadapi minggu ini.
Ya ALLAH,
kuatkan lah semangat aku!

Friday, April 23, 2010

Belahan Jiwaku...

Dingin pagi yang terasa,
menghembuskan rasa rindu aku;
sungguh sarat,
hingga memenuhi setiap rongga.
rindu ini milik siapa?
minda berbisik,
bibir terkunci;
hanya hati tahu jawapannya.
bilakah rindu ini bisa terlerai?
kerna rindu ini,
makin hari makin menghimpit aku;
menjadikan aku seorang perindu,
yang menanti belahan jiwaku..
hadirlah seperti selalu,
kerana aku takkan pernah tewas menunggu!

Thursday, April 22, 2010

Hakikat itu sangat menyakitkan.

Aku sangat stress.
Aku sangat emosi.
Aku sangat tertekan.
Serasa ingin aku menjerit,
Serasa ingin aku memekik,
Serasa ingin aku laungkan pada dunia,
KENAPA WUJUDNYA KETIDAKADILAN??!!
setitis demi setitis airmata aku mengalir..
mengenangkan dugaan yang menimpa diri aku ni.
aku tak mampu bertahan lagi.
aku dah kecundang.
jatuh terduduk dengan keputusan itu.
sebuah hakikat yang sangat menyakitkan;
untuk aku telan semuanya!
ARGHHH!!!
kepala aku sangat sakit.
setiap hari.
kerana keadaan ini.
Aku rasa SIAL!!!
sudah lah...
aku tak tahan nak makan ubat tiap hari...

Thursday, April 8, 2010

Dia kembali lagi??

Aku sudah terima hakikat,
aku harus berputus asa;
kerana aku yakin,
aku takkan pernah dapat duduk sama tinggi dengan dia.
selama ini pun,
hanya aku yang memandam rasa.
jadi aku tak pernah kesal andai aku bukan pilihan dia.
segalanya dah berakhir sebelum apa-apa sempat bermula!
namun,
bila aku senang jalani hidup sendiri,
rasa itu juga semakin menghilang dari dalam diri aku,
kenapa dia muncul semula?
dia datang dengan tiba-tiba,
seperti memberi satu peluang!
untuk maju setapak ke hadapan,
dalam perhubungan aku dan dia...
aku terkesima dan tersentak!
kenapa mesti begitu?
adakah dia hanya menduga?
atau mungkin harapan sudah kembali bersinar?
aku tertanya-tanya,
apakah erti semua ini?
aku buntu sebenarnya.
jangan permainkan aku!
jangan beri harapan pada aku!
aku takut...
takut andai semua ini hanya seperti mimpi.
mimpi dengan mata terbuka.
nanti aku yang terluka.
aku tak mahu kecewa lagi.
aku tak sanggup!!!

Wednesday, March 31, 2010

Mengimbau Masa Lalu

Jauh di sudut hati aku,
aku masih ingatkan kamu-kamu..
tak pernah luput.
andai kamu-kamu meminta aku mengecam,
akan aku sebut nama kamu-kamu tanpa ragu.
ikhlas dari hati ini,
kamu-kamu tak pernah aku lupakan;
kerna kamu-kamu pernah wujud,
dalam kitaran kehidupan aku..
cuma,
aku mahu bersendiri..
aku tak betah dengan kamu-kamu lagi.
aku bukan lagi insan yang kamu-kamu kenal dulu.
segalanya berubah,
aku juga tak terkecuali..
kamu-kamu,
sungguh aku rindu!
aku ingin bersama kamu-kamu.
mengimbau masa lalu,
yang sama kita lalui dulu...
namun,
ada sebab yang masih menghantui aku,
membuat aku tak mampu,
bersama kamu-kamu lagi...
10 tahun masih belum cukup,
untuk mengubati luka ini..
kamu-kamu,
aku akan temui kamu-kamu juga,
di satu ketika,
pabila hati ini dah temui satu rasa,
yang tidak disaluti dendam lagi...
untuk kali ini,
aku masih tak berdaya,
dengan rendah hati,
aku memohon,
maafkan aku...

Sunday, March 28, 2010

Apa Salah Aku?

Aku diuji.
dan terduduk aku kecewa,
dengan dugaanMu ini...
kenapa begini?
aku dah berusaha,
dengan sepenuh hati aku,
masih belum cukupkah?
kadang-kadang aku tertanya sendiri,
kenapa aku di'jodoh'kan dengan lec yang tegas?
aku terpaksa bekerja keras,
sangat-sangat kerja keras;
sedangkan yang lain bersenang-lenang,
dari dulu sampai sekarang!
hanya aku yang tak pernah berhenti dikritik,
dikomen dan ditegur,
kenapa hanya aku???
yang paling mengecewakan aku,
setelah semua yang aku buat,
lengkap dan sempurna;
kenapa baru kali ini ditolak semua?
SEMUANYA!!!
kenapa bukan ditolak masa kali pertama?
kenapa bukan masa ketiga?
kenapa bukan masa ketujuhlapan?
aku bukan merujuk sekali dua pada dia,
setiap kali!
dan setiap kali aku ikutkan apa katanya,
kenapa mesti setelah segalanya sempurna,
dia menolak semuanya??
Apa salah aku???
aku kecewa...
sangat-sangat kecewa...
macamana aku nak teruskan??
aku perlu kekuatan..
sungguh aku dah tak berdaya untuk bangun..
bantu lah aku!
tolong!

Saturday, March 20, 2010

AKU TAK NAK BALIK!!!

Aku tak tenang..
ada yang berkocak dalam hati ni.
membuat hati ini gelisah.
dah bertahun aku begini;
tiap kali juga begini;
kecundang di dalam ujian yang diberi...
aku selalu kuatkan diri,
kuatkan hati,
namun akhirnya aku tetap jua menangis...
ARGHHH!!!
aku tak nak balik!
aku tak nak balik!
AKU TAK NAK BALIK!!!!!

ketenangan aku disini,
keceriaan aku disini,
hati aku disini,
jiwa aku disini,
segalanya disini.
disisi keluarga aku.
adik-adik aku.

Homesick,
bila kau nak sembuh??!!

Monday, March 15, 2010

Luka Itu

Masa berlalu tanpa aku sedari,
sedar tak sedar,
10 tahun juga kisah itu berlaku..
aku sangka aku sudah cukup kuat,
untuk melupakan kisah itu.
namun aku gagal rupanya...
kenapa kau muncul lagi?
membuatkan hati aku luka lagi!!
ARRRGHHH!!!
aku masih terasa,
luka itu tak pernah sembuh rupanya...
maaf,kawan!
10 tahun itu masih belum cukup,
untuk mengubati luka aku,
yang kau ciptakan!

Wednesday, March 10, 2010

Sangat kecewa dengan manusia yang digelar KAWAN!

Kawan,
penting sangat ke dalam hidup ni?
iya,
bagi aku mereka penting.
aku sayangkan kawan-kawan aku.
sungguh2!
siapa yang jadi kawan aku,
semua akan sedar betapa aku hargai mereka semua.
tapi,
aku cukup rasa kecewa,
bila ada insan yang bernama 'kawan',
telah menghancur luluhkan hati aku!
aku rela korbankan segalanya,
untuk insan bernama 'kawan' ini.
tak kira masa,tenaga,usaha,
hatta wang ringgit sekalipun!
semuanya ikhlas demi Allah.
tapi,
kenapa ada yang menikam aku dari belakang?
mempergunakan diri aku?
tak dapat memahami aku?
apa gunanya 'kawan' itu andai hanya mereka yang mengerah aku?
memerah keringat aku?
dimana mereka di kala aku memerlukan?
dimana??!!
ya, aku adalah seorang yang berdikari.
aku boleh lakukan semuanya sendiri.
tak perlukan bantuan sesiapa pun,
tapi itu tak bermakna aku boleh hidup sendiri...
aku masih perlukan teman.
kalau 'kawan' itu tak boleh dijadikan teman,
baik aku tak payah ada 'KAWAN'!!!

Monday, March 8, 2010

Sungguh CELAKA mereka itu!

Maaf dengan bahasa kasar aku!
Segalanya sudah sampai ke kemuncaknya!
Meletup sudah rasa itu.
aku tak dapat menahan lagi.
kerana berita itu;
dengan rakusnya merobek-robek hati aku!
aku tahu,
aku sedar,
aku tak senang macam mereka.
yang duit hanya jadi mainan.
untuk membeli jiwa-jiwa yang lain...
apa yang aku ada?
aku hanya ada tenaga,
yang dikerah dari tulang empat kerat aku ini.
tapi dengan itulah aku merangkak dan menapak,
masuk ke daerah suci,
kota larangan ini,
dengan sedaya upaya aku!
sungguh sukar aku berada disitu,
namun aku tak putus asa!
kerana aku yakin dan pasti;
setiap usaha itu pasti akan ada hasilnya!
di kota larangan ini,
aku mula mendaki,
memikat jiwa-jiwa yang lain itu,
dengan hasil titk peluh aku,
jerit-perih aku.
akhirnya aku diterima..
aku bahagia dengan penerimaan itu.
namun hati aku terSENTAP tiba-tiba!
mereka itu memang CELAKA!
senang sungguh melangkah masuk,
dengan hanya menabur wang dengan megahnya!
Dunia ini tidak adil kah?
ARGHHHH!!!
CELAKA sungguh!!!

Sunday, January 31, 2010

KENTAL itu PERLU!

Realiti itu menggamit,
aku perlu kembali.
menggalas tanggungjawab demi masa depan.
aku terpaksa,
tinggalkan kamu;
wahai puteraku!
namun aku tinggalkan hatiku.
terkunci bersamamu;
di NIRWANA aku!
satu hari nanti aku akan kembali,
setia lah menanti aku.
kini,
aku disini.
menongkah arus realiti kembali.
aku perlu teguh!
aku perlu konkrit!
aku perlu kental!
semuanya untuk masa depan aku.
Shamimi Hanifa,
bersedialah;
Semoga aku kuat menghadapi segalanya!

Monday, January 25, 2010

Kemana dia...?

dia,
kemana menghilang?
aku mencari..
aku menanti..
namun dia masih menyepi;
beku seperti selalu..
aku masih disini,
dan tetap disini.
menanti dan terus menanti.
semoga dia masih dapat muncul lagi,
menyeri hidup aku seperti selalu.
aku akan tetap menunggu!

Sunday, January 24, 2010

Hati aku

Hati itu kepunyaan aku.
aku pemerintahnya!
aku penentunya!
hati perlu mengikut kata fikiran,
semuanya hanya dengan arahan;
dari seorang aku!
tapi kenapa ia selalu ingkar?
senantiasa tak selari dengan kemahuan fikiran.
oh hati yang punyai rasa,
mengapa selalu terjadi resah?
apa yang masih di fikirkan?
soalan-soalan yang berlegar itu,
kau sendiri tahu jawapannya!
kenapa perlu dipersoal lagi?
adakah masih tak cukup dengan percaya?
jadi kau harus ragu-ragu lagi?
membiarkan hati dipagut curiga?
wahai hati,
sudah-sudahlah.
dengarlah kata-kata fikirmu.
ia memang benar belaka.
jangan lah diragui lagi.
jawapannya sudah jelas hitam dan putih.
hanya tebalkan kepercayaanmu.
niat itu suci;
harap akan dipermudahkan.
Semoga dengan izin ALLAH,
segalanya akan berjalan lancar.
oh hati aku,
kuatlah!
yakinlah dengan janji ALLAH,
setiap usaha itu pasti ada hasilnya.
aku tidak akan putus berdoa,
untuk memenuhi impian itu...
harap diperkenankan!
Amin.

Friday, January 22, 2010

aku B . O . D . O . H. so WHAT?!!!.

Menang aku seorang yang BODOH!
so what?!
maafkan aku;
andai bahasa aku kasar bunyinya.
namun itu yang aku rasa di saat ini!
aku cuma rasa terkilan.
aku hanya manusia biasa.
tak sempurna.
masih ada cacat celanya.
tapi kenapa ada yang tak boleh terima hakikat?
kenapa?
ya, aku akui.
mungkin orang melihat aku punyai pelbagai kebolehan.
dan juga mampu melakukan hampir segalanya;
tanpa bantuan sesiapa pun.
tapi semua itu bukan penanda aras yang patut menjadi kayu ukur!
kayu ukur melabel aku sebagai orang yang bijak juga dalam pelajaran!
aku terguris, kawan-kawan...
aku tahu aku tak sebijak kalian.
namun aku tetap bersyukur dengan pencapaian aku.
aku bukan macam kamu semua.
membandingbeza sesama sendiri,
tak puas hati itu,
tak puas hati ini,
tak adil itu,
tak adil ini,
sepatutnya begitu,
sepatutnya begini.
maafkan aku, kawan-kawan.
itu bukan aku!
aku tahu kamu juga bersyukur seperti aku,
tapi kenapa kamu semua tak dapat menerima keputusan itu seadanya?
bagi aku,
cukuplah andai pencapaian aku itu menggembirakan hati mama dan abah.
sudah cukup bagi aku!
andai mereka tidak berkata apa,
kenapa kamu semua harus mempersoalkan aku??
aku terluka, kawan-kawan...
memang keputusan aku tak tinggi.
langsung tak tinggi!
tak mencapai tahap anugerah pun.
tapi kenapa harus disoal berkali-kali?
cuba kamu berada di sisi aku,
bila orang mempersoalkan kebodohan kau,
'Eh, kenapa pointer kau tak tinggi pun?!'
apa yang kau rasa?
gembira?
bangga?
memang aku hanya tergelak dan tersenyum bila kamu semua bertanya,
tapi dalam hati aku menangis...
tiada siapa yang suka dilabel bodoh.
bila hasil titik peluh,
jerit perih aku berusaha,
kamu label sebagai satu kebodohan!
siapa yang takkan terguris?
aku tahu kamu tak bermaksud melukai aku,
kamu memang suka menilai,
suka membandingbeza,
sebab itu memang cara kamu.
kawan-kawan,
tolonglah!
bersyukur atas segalanya...
kerana aku terluka;
terluka kerna kamu...

Tuesday, January 5, 2010

Semangat aku yang hilang...

Semangat aku dah hilang,
pergi menjauh dari diri aku...
tanpa jejak yang terkesan!
aku lemah.
aku goyah.
aku tergugah.
tenggelam di dasar yang paling dalam!
semuanya kaku!
semuanya bisu!
semuanya buntu!
bagai dah tiada cahaya untuk hari-hari aku...
Ya,
aku tau!
aku tak patut sendiri.
melayani perasaan hati yang tak pasti.
aku tau tu!
jangan dijeritkan lagi pada aku!
Semangatku,
Kembalilah!
hanya kau dapat menyeri hidup aku yang suram ni...

Saturday, January 2, 2010

Permulaan Tahun Baru 2010

Pagi aku dimulai dengan tangisan;
rindu kepada yang telah pergi menjauh!
Tengahari aku dikejutkan;
berita yang tak pernah aku sangka akan terjadi!
petang aku sungguh damai;
basah disirami hujan renyai2 di luar dan dimataku!
malam aku tak henti tersenyum;
kerana menatap dia...
hanya dia!
di pinggir malam ini aku mencoret;
kisah aku di permulaan tahun baru!
Semoga hari-hari yang mendatang,
aku akan tabah menjalani hidup yang penuh warna-warni.
Selamat Datang Tahun Baru!
Ku sambutmu dengan hati terbuka!