Wednesday, April 28, 2010

Airmataku Tumpah Jua...

mereka yang suci,
mereka yang naif,
mereka yang sangat aku sayangi;
jiwa-jiwa kecil ini.
memang lumrah mereka;
ada yang nakal,
ada yang degil,
ada yang tak mendengar kata,
namun aku tahu,
mereka masih berjiwa bersih.
sayang-sayangku,
cuma satu aku pinta,
walau senakal mana,
sedegil mana,
dengarlah kata-kata gurumu.
semoga dengan airmata yang tumpah ini,
dapat menyedarkan mereka,
betapa besar kasih sayang aku,
untuk menjadikan mereka insan yang berguna!

Tuesday, April 27, 2010

Jiwa-jiwa Kecil

Dihari-hari terakhir,
aku makin sebak.
aku tak sanggup,
nak meninggalkan jiwa-jiwa kecil ini.
merekalah penyeri aku,
penyembuh duka aku,
mereka juga membuat aku tersenyum!
aku sayangkan jiwa-jiwa kecil ini,
sukar untuk aku hadapi minggu ini.
Ya ALLAH,
kuatkan lah semangat aku!

Friday, April 23, 2010

Belahan Jiwaku...

Dingin pagi yang terasa,
menghembuskan rasa rindu aku;
sungguh sarat,
hingga memenuhi setiap rongga.
rindu ini milik siapa?
minda berbisik,
bibir terkunci;
hanya hati tahu jawapannya.
bilakah rindu ini bisa terlerai?
kerna rindu ini,
makin hari makin menghimpit aku;
menjadikan aku seorang perindu,
yang menanti belahan jiwaku..
hadirlah seperti selalu,
kerana aku takkan pernah tewas menunggu!

Thursday, April 22, 2010

Hakikat itu sangat menyakitkan.

Aku sangat stress.
Aku sangat emosi.
Aku sangat tertekan.
Serasa ingin aku menjerit,
Serasa ingin aku memekik,
Serasa ingin aku laungkan pada dunia,
KENAPA WUJUDNYA KETIDAKADILAN??!!
setitis demi setitis airmata aku mengalir..
mengenangkan dugaan yang menimpa diri aku ni.
aku tak mampu bertahan lagi.
aku dah kecundang.
jatuh terduduk dengan keputusan itu.
sebuah hakikat yang sangat menyakitkan;
untuk aku telan semuanya!
ARGHHH!!!
kepala aku sangat sakit.
setiap hari.
kerana keadaan ini.
Aku rasa SIAL!!!
sudah lah...
aku tak tahan nak makan ubat tiap hari...

Thursday, April 8, 2010

Dia kembali lagi??

Aku sudah terima hakikat,
aku harus berputus asa;
kerana aku yakin,
aku takkan pernah dapat duduk sama tinggi dengan dia.
selama ini pun,
hanya aku yang memandam rasa.
jadi aku tak pernah kesal andai aku bukan pilihan dia.
segalanya dah berakhir sebelum apa-apa sempat bermula!
namun,
bila aku senang jalani hidup sendiri,
rasa itu juga semakin menghilang dari dalam diri aku,
kenapa dia muncul semula?
dia datang dengan tiba-tiba,
seperti memberi satu peluang!
untuk maju setapak ke hadapan,
dalam perhubungan aku dan dia...
aku terkesima dan tersentak!
kenapa mesti begitu?
adakah dia hanya menduga?
atau mungkin harapan sudah kembali bersinar?
aku tertanya-tanya,
apakah erti semua ini?
aku buntu sebenarnya.
jangan permainkan aku!
jangan beri harapan pada aku!
aku takut...
takut andai semua ini hanya seperti mimpi.
mimpi dengan mata terbuka.
nanti aku yang terluka.
aku tak mahu kecewa lagi.
aku tak sanggup!!!