Tuesday, May 31, 2011

ro.ya.nun.dal.wau. dal.ya.alif....

Ya ALLAH.
aku rindu...
GILAKAH aku??

Monday, May 30, 2011

imysm 549...

aku rindu dia.
SANGATSANGAT!!
aku tak tau kenapa aku angau overboard kali ni!
asyik nak call dia je..
padahal dia tu *sebukTAKHINGAT*
aku pun tak tau kenapa aku jadi macam ni!
rasa macam 'LOSER' pun ada jugak.
adoiyai!
kenapa ni Shamimi Hanifa?

Sunday, May 29, 2011

Bila rindu

dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua oo...

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat
menghormati, ikhlas, kasih,
sabar, insya-allah
kita akan bertemu semula

aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian dikala sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

oh bila rindu, terkenang mu sayang, ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini


~ SANGATRINDUKAMU, yang tercinta~
hadirlah temani mimpiku....
ANGAU overboard sungguh!

Saturday, May 28, 2011

Tetap di hati

walau ke mana aku pergi;
walau apa jua yang aku lakukan;
dia tetap di hati.
benar,
aku gembira bersama yang lain.
aku tak nafikan.
namun,
masih ada ruang kosong dihati tak terisi...
terkadang aku dambakan jua saat begini,
untuk aku bersama dia.
alangkah indahnya!
mungkin,
hari itu akan tiba jua.
satu hari nanti..
ketika itu,
aku harap aku dapat meminjam,
sedikit masa lapang dari banyak masa sibuknya;
untuk mencipta sebuah memori bersama.
antara aku dan dia.
berdua sahaja...

~aku akan tetap tunggu satu hari nanti itu...

Friday, May 27, 2011

Semalam

semalam itu bahagia.
masih tak lenyap di layar mata.
hingga kini getar masih terasa,
dari saat bertentang mata.
sungguh berat perpisahan itu.
aku tak mahu berpisah dengan kamu!
mahu terus disisi kamu!
kamu sahaja!
namun masa cemburu pada kita;
aku tak dapat lupa kamu.
aku rindu!
dalam fikiran hanya ada kamu..
Encik yang tercinta;
cinta kamu dari segala aku...
adakah kamu turut merasa yang aku rasa?

Thursday, May 26, 2011

Sebuah kejutan

aku berkeputusan
aku mahu menjejak dia
walau apa pun terjadi
aku mahu jumpa dia
hari ini!
dia ada di sana.
sibuk sentiasa..
aku katakan padanya
aku mahu kesana
berjumpa dia
biarlah seketika cuma.
hanya untuk menatap wajahnya
melepas rindu yang ada...
pabila tiba
darah terus menyerbu ke muka
walau tadi berkobar-kobar,
tika melangkah di situ,
kekuatan aku lenyap entah kemana!
aku senyap sendiri.
serasa ingin patah balik semula.
tak mampu menatap dia..
sedangkan jarak tinggal selangkah cuma.
segan aku pada dia bukan mainan!
adoiyai!
akhirnya aku kumpul kekuatan yang tinggal sisa,
menuju ke arah dia.
duduk di sebelah dia yang sedang bekerja.
menatap sisinya;
aku jadi lebur!
aku jatuh cinta lagi..
dan lagi..
lagi..
dia insan yang aku cinta.
hanya dia.
namun pabila dia memandang aku,
aku tak mampu menatapnya.
aku kembali segan.
mungkin aku hanya mampu
memandang dia dari kejauhan.
tak mampu menatap indah sinar matanya...
tika itu,
masa mencemburui aku.
aku tak mampu berlama dengannya
walau dalam hati mau disisinya selama-lama.
aku minta izin untuk pulang.
dan dia mau menemani aku!
sungguh aku terharu!
serasa mau menitis airmata aku.
terharu!
sepanjang perjalanan dia menemani aku;
melalui jalan-jalan yang sering aku tempuh dulu;
untuk menjejak dia.
dulu aku keseorangan,
kini aku berteman.
sungguh aku tak dapat gambarkan,
betapa bahagia aku rasa!
tika itu,
walau dia di depan dan aku menurutinya,
lebih banyak berdiam dari berkata-kata;
namun inilah saat-saat milik aku dan dia!
terima kasih tuhan.
kerana memberi aku ruang dan masa;
berdua bersama.
walau seketika.

~sungguh aku angau sampai sekarang!adoiyai..~

Lara Tari Pencinta



Telahku lagukan
Irama yang suram ini
Gementarku memuja tarimu kasih
Tarian melara
Apakah erti..semua?
Inginku cuba fahaminya...

Telahku nyanyikan
Nada lagu hitam ini
Meremangnya kurasa
Menghantu jiwa..
Mogakan teruja
gemalai tari bermula
satukan lagu dengan irama

Kau yang terluka
Kerna cinta
Kerna fana asmara
Lagi terang
Lagi suram..terasa

Lepaskanlah segala
Wahai penari cinta
Agarku bisa
Merasa pedih kau rasa

Akulah si pemuja
Kaulah lambang pendengar
Meronta tuk menari bersama
Telahku lagukan..
Lagu cinta..
Kita..

~dekat dengan rasa di hati~

Wednesday, May 25, 2011

Di awangan

setelah sekian lama,
aku tak merasakan perasaan ini.
aku bagai terbang di awangan~
kaki tak mencecah ke bumi.
kata-kata dia yang terucap;
terngiang-ngiang tiap kali.
seperti pita rakaman tak berhenti.
dia telah melafaz kata itu.
walau hanya menyahut kata aku,
sungguh ia cukup indah di telinga aku!
aku takkan boleh berhenti senyum.
terima kasih yang tercinta.
untuk momen indah ini.
sehingga sekarang aku masih dapat merasakannya...




Tuesday, May 24, 2011

Dia

Aku berkeputusan,
aku mahu berjuang untuk cinta ini.
aku perlu tinggalkan kisah yang lalu!
Fath tetap Fath;
dia tetap dia.
takkan pernah sama.
aku sedar salah aku.
aku selalu samakan dia dengan Fath.
selalu harap dia jadi seperti Fath.
semoga dia lakukan semua yang Fath pernah lakukan.
mungkin sebab tu aku selalu kecewa sendiri...
salahkan aku!
aku tahu!
situasi sekarang takkan sama dengan yang dulu.
aku perlu berjuang untuk masa depan,
bukan untuk bandingbeza dengan yang dulu..
maafkan aku..
itu sebabnya aku tanya pada dia,
apa kemahuan dia.
aku mahu turuti kata dia.
bukan kata hati aku yang mahu ubah dia;
jadi seperti apa yang aku mahu.
biar dia kekal menjadi dia;
kerana dia itulah yang aku jatuh cinta.
aku mula terima segala tentang dia;
cuba turuti kehendak dia;
faham tingkahnya;
cintai seadanya dia.
tak perlu ubah apa-apa..
kini,
aku dah bersedia.
melangkah satu fasa lagi.
berjuang demi hubungan yang punya nama.
agar aku punya tempat istimewa dihati dia...
agar aku dapat khabarkan pada dunia,
dia semangat aku.
cinta hati aku.
kekasih aku.
nyawa aku.
jiwa aku.
dia.

~aku harap dia juga sudah bersedia.
namun aku tahu dia masih perlu masa...

Monday, May 23, 2011

Tenang

Segala persoalan sudah terjawab.
hidup mula kembali tenang.
Alhamdulillah..

Sunday, May 22, 2011

Harapan...

Aku mau selesaikan hari ini.
ini pentas terbaik.
masa terbaik.
moga dapat kesempatan bertemu.
kerna andai aku terus membisu;
jawapan tetap aku tak ketemu.
aku berkeputusan,
lebih baik meluah rasa dengan tuan punya.
mencari tahu kehendak dia.
agar aku dapat berjuang kembali.
merebut cintanya lagi...

~dia tak muncul pun tika itu...~

Saturday, May 21, 2011

Stuck!

Aku mula jadi seorang yang reserved.
bukan lagi seperti risktaker yang kau kenal dulu.
aku jadi takut..
aku lelah dengan kecewa.
terluka kecewa tu sakit yang amat!
lantas aku berkeputusan;
aku tak mau melangkah lagi,
membeku disini.
stuck!
tak tau nak buat apa...

Friday, May 20, 2011

Lelah aku...

di saat ini;
aku sunyi sendiri.
bukan cuba untuk lari,
tapi banyak bersoal dengan diri sendiri..
antara soalan yang membelit aku;
semuanya mempersoal tindakan aku.
salahkah segala rasa aku selama ini?
melampaukah tindakan aku selama ini?
terlalu mendesakkah aku selama ini?
terlalu tinggikah harapan aku selama ini?
berlebihankah kelakuan aku selama ini?
memalukankah aku selama ini?
tak masuk akalkah aku selama ini?
semuanya menekan aku.
berlegar-legar dalam kepala aku.
terkadang aku rasakan;
aku dah lakukan semuanya.
segala cara telah aku cuba,
namun aku lihat hasilnya;
tak seperti aku duga.
hambar selalunya...
apa lagi harus aku lakukan..?
bila semua yang tak diingini berlaku,
aku selalu boleh positifkan diri;
sebab aku yakin dan percaya dengan cinta dia.
namun,
aku juga manusia biasa.
jika lari dan terus berlari,
mengejar sesuatu yang tak pasti;
akan tiba masa lelahnya..
bukan bermaksud mahu berputus asa,
namun aku perlu masa;
untuk berhenti seketika.
agar dapat bernafas semula...

~sayang, apa lagi aku harus lakukan untuk merebut cintamu...?
Haihh..


Thursday, May 19, 2011

di sudut kecil Kuala Lumpur

hujan menitis,
membasahi bumi Kuala Lumpur..
aku disini;
kembali semula.
mencari jawapan kepada persoalan,
yang berlegar-legar dalam kepala.
tatkala aku menyelusuri ruang ini,
aku berfikir sendiri.
dulu,
aku ketemu indah aku disini.
tenang aku disini.
jiwa aku disini.
tempat ini..
namun,
mengapa tiba-tiba aku rasa sepi?
tempat ini pernah mengisi kekosongan aku.
kini mengapa tidak lagi?
setiap ruang seakan ada yang hilang.
tidak sempurna...
Duhai Kuala Lumpur,
dimana indahku?
indahku lenyap secara tiba-tiba.
kini,
hati ini seakan sepi;
meratapi indah yang pergi...
mungkin kenangan itu meragut indah tempat ini.
adakah dia lebih indah dari tempat ini...?
kerna bila dia pergi;
indahku turut lenyap sendiri....
~entah; aku tak tahu~


Aku Lupa

Aku cinta dia!
aku tetap cinta dia.
cinta dia dah meresap ke segenap tubuh aku;
sebati dengan darah yang mengalir...
sebegitu agung cintanya pada aku!

dia;
yang telah membawa pergi hati aku,
aku dambakan cintanya sedari dulu.
segalanya aku lakukan;
agar bisa menghuni sudut kecil hatinya.
agar dapat memiliki cintanya.

kini;
dia mula menerima aku.
dia mula menghargai aku.
aku tak boleh sorokkan perasaan aku.
aku rasa bahagia.
sangat-sangat bahagia!

aku sangat besyukur.
aku ekpresikan rasa aku padanya;
menyatakan betapa aku cinta dia!
dengan ayat-ayat cinta;
dengan ucapan dan kata-kata;
dengan hasil kerja;
semuanya sebagai tanda penghargaan,
kerna aku cinta dia.

namun,
aku mula jadi tamak.
aku mula anggap dia milik aku.
aku mula menaruh harapan.
mengharap tindakan yang sama dari dia.
aku jadi lupa...

dia;
insan yang sangat-sangat aku cintai.
tetapi,
cintanya pada aku masih belum tentu...
setinggi aku;
sedalam aku;
seagung aku;
kerna bukan dia yang kejarkan aku!
aku terlupa itu... T_T

dia;
masih sedang mencuba.
membuka hatinya,
menempatkan aku di sudut kecil hatinya.
dia masih mencuba;
belum pasti lagi keputusannya!
aku masih BUKAN siapa-siapa pada dia.
aku terlupa itu... T_T

aku,
berjuang untuk hubungan yang tiada nama.
aku bukan miliknya;
dia bukan milik aku;
aku terlupa itu... T_T

semua ni bukan salah dia.
aku yang memulakannya.
aku yang menagih cinta.
aku yang cintakan dia.
aku perlu tanggung segala akibatnya.
tidak dia...

aku tak boleh paksa dia menjadi seperti aku.
berusaha setekad aku.
berkomitmen seperti aku.
sentiasa disisinya seperti aku.
setia selalu seperti aku.
gilakan dia seperti aku.
kerna hakikat sebenarnya;
dia adalah dia.
aku adalah aku.
dia takkan pernah jadi aku.
aku terlupa itu... T_T

sekarang,
aku perlu waktu.
untuk memikirkan kembali semua yang berlaku....
adakah aku tersalah langkah sebenarnya..?

~apa lagi aku perlu lakukan? haih...



Seorang gila yang karam dalam cinta

"Taking Over Me"

you don't remember me but i remember you
i lie awake and try so hard not to think of you
but who can decide what they dream?
and dream i do...

i believe in you
i'll give up everything just to find you
i have to be with you to live to breathe
you're taking over me

have you forgotten all i know
and all we had?
you saw me mourning my love for you
and touched my hand
i knew you loved me then

i believe in you
i'll give up everything just to find you
i have to be with you to live to breathe
you're taking over me

i look in the mirror and see your face
if i look deep enough
so many things inside that are just like you are taking over

i believe in you
i'll give up everything just to find you
i have to be with you to live to breathe
you're taking over me

i believe in you
i'll give up everything just to find you
i have to be with you to live to breathe
you're taking over me

Taking over me
Your Taking Over Me
Taking over me
Taking over me

~kau punya segala aku;
sehingga aku tak mampu buat apa.


Tuesday, May 17, 2011

Apa saja

benar aku dah gila.
aku sanggup buat apa saja;
asalkan aku punya kesempatan bertemu.
harapan aku sangat tinggi.
sangat-sangat tinggi!
aku tak pinta berlama-lama.
cukup sesaat dari 24jam dia.
andai hanya menatap wajahnya sekilas cuma;
sungguh itu cukup buat aku!
aku mencari dan terus mencari;
di sejuta wajah yang melepasi aku.
mencari raut wajah dia,
orang yang paling aku rindu!
aku tunggu dan terus menunggu;
agar dia dapat kembali,
bertemu aku disini..
aku tak kemana-mana!
aku ada disini!
kembalilah!
ketemu aku!!!
aku jadi tak keruan;
serasa sudah hilang pertimbangan;
mahu saja aku jeritkan namanya;
agar segenap ruang tahu,
sungguh aku mengharap kehadirannya!
setiap detik berlalu;
aku tak berputus asa,
kerna aku yakin harapan masih ada!
namun,
segalanya bertukar suram.
hati mula rapuh;
emosi mula menguasai.
dia tau aku masih disini;
tapi dia hanya diam membisu...
kalau dia mahu,
dia akan tetap datang ketemu aku.
aku tetap boleh menunggu.
namun,
dia tetap jua membeku...
aku masih jua menanti,
dengan harapan yang tinggal sisa;
tapi dia tetap tak kembali...
menjenguk aku disini..
lagi...
mungkin betul apa orang kata;
aku masih bukan orang penting bagi dia.
tak perlu dia susahkan diri.
datang kembali kesini.
mencari aku.
iya,
aku mula sedar.
terima kasih kerana mengetuk tengkorak kepala aku.
menyentak dan menyedarkan aku.
aku bukan siapa-siapa;
hanya seorang gila,
yang cuba mengubah impi jadi realiti.
bodoh rupanya aku ni!


~Wahai orang gila;
selalu ingat ini.
REALITI TAKKAN PERNAH DAPAT JADI SEINDAH IMPI!!!
pahat dalam kepala otak ye!




Satu hari yang panjang...

Hari aku bermula dengan tersimpan sebuah harapan; Aku mahu jumpa dia. Berkobar-kobar hati aku menuju kota Kuala Lumpur. ~Walaupun di sudut hati kecil aku, aku tahu kemungkinan untuk tidak ketemu dia agak tinggi~ Tak apa la. Kuala Lumpur sendiri pun masih sebuah tempat indah buat aku. Tenang aku di situ. Perjalanan aku bermula di Mid Valley, Seronok dapat makan Kimchi Ramyun! Terasa dah lama tak makan. Selesai makan, aku gerak ke Pudu. Hajat di hati nak beli sesuatu buat hadiah, malangnya dah kehabisan... ~Masa tu dia kata dia dah habis kelas. Dia kata dia nak pergi makan. Kesian dia; mesti dia dah lapar... Dari Pudu aku pergi LowYat beli wayar laptop yang tercinta. Lepas tu berjimba-jimba di Times Square. ~MyOwnPlace~ Hati aku berlabuh disini. Aku boleh habiskan masa seharian aku di sini. Sini tempat aku.. Masa tu aku dapat mesej dari dia. Dia kata dah dekat Pavilion. Dah dekat sangat tu! Aku nak je gegar dia kat sana. Ala, setakat jalan kaki dari Times Square ke Pavilion tu dah biasa sangat! Tak jadi masalah buat aku! Aku tanya kat dia nak aku gerak sana ke, tapi mesej tak sampai. Hp dia off. Dah takde bateri agaknya. Aku rindu dia... Aku nak sangat jumpa dia... Aku terus gerak Pavilion. Aku cari dia. Aku harap sangat aku dapat jumpa dia. Habis satu Pavilion tu aku tawaf tapi aku tak jumpa dia.. Mana dia...? Nak contact dia tak dapat pulak.. Kenapa dia tak telefon aku ye?pakai je pakai public phone ke?entah-entah dia tak ingat kot nombor telefon aku... Masa aku pusing-pusing ukur besar Pavilion tu, ayong call aku cakap dia update status FB dia. Dia cari aku kat Time Square?! Kenapa dia tak bagitau?! aku cari dia kat sini, dia cari aku kat sana.. Aku nak jumpa dia! nak sangat jumpa dia! masa tu hujan dah rintik-rintik.. Aku gerak balik pergi Time Square. Orang dekat Times Square SANGAT ramai! Tapi aku tetap nak cari dia. Aku pergi Sony Centre; tapi dia dah takde.. Aku pergi setiap level kat Times Square; masuk setiap kedai; pandang setiap orang yang melepasi diri aku dengan harapan aku dapat jumpa dia. tapi aku tak jumpa... rasa nak menangis dah masa tu. Kenapa dia selalu rasa dekat tapi jauh dari aku...? Masa tu banyak perkara bermain dalam fikiran aku.. mungkin usaha aku masih tak cukup buat aku dapat jumpa dia... entah la. sedih sangat hati ni.. aku nak jumpa dia.. aku nak jumpa dia.. aku nak jumpa dia.. aku jerit macamana pun; aku kena terima hakikat aku tak dapat jumpa dia... lepas tu aku terpaksa balik Putrajaya. Hari dah malam.. Terpaksa tinggalkan Kuala Lumpur dengan hati yang hiba T_T

~aku tak boleh tipu diri aku yang aku rasa sangat sedih.. Shamimi Hanifa, semua yang berlaku ada hikmahnya... Sabar ye.. Takpela, masa akan mengubati rasa. aku hanya perlu masa untuk hilangkan rasa sedih ni. Semoga hari mendatang akan lebih memberi sinar bahagia buat aku...

Monday, May 16, 2011

Diam Sebentar

Shamimi Hanifa;
rasional.
jangan biar emosi merajai.
tarik nafas sedalamnya;
bertenang.
fikir semula.
diam sebentar...

Tahun Pertama

Cikgu Shamimi Hanifa,
SELAMAT HARI GURU!
buat pertama kalinya;
menyambut hari ini dengan erti kata,
guru yang sebenar-benarnya.

Sunday, May 15, 2011

Masa itu

Ada sesuatu perkara;
yang kita hanya boleh dapat di masa itu sahaja.
tidak sebelumnya;
tidak selepasnya;
hatta walau satu saat jaraknya.
kerna pabila masa itu dah berlalu,
segalanya tak berguna lagi...
rasa itu dah hilang lenyap.
takkan pernah kembali lagi..
terbeku hanya di masa itu!

Kadangkala..

Kadangkala;
aku juga punya masalah aku sendiri.
terkadang;
ia dapat diselesaikan.
terkadang;
aku masih mampu bertahan.
terkadang;
ia sungguh berat buat aku...
hingga tak tertanggung seorang aku.

aku tak pernah lari;
terkadang tak boleh lari pun.
masalah tetap perlu aku selesaikan.
walau apa cara sekalipun..

tika aku tak mampu;
aku perlu dia...
Ya, dia sibuk!
sangat-sangat!
jangan kacau dia!
aku faham.
sangat-sangat faham!
tapi,
dia semangat aku.
kekuatan aku.

aku bukan mahu dia pinjamkan telinga;
untuk dengar segala keluh kesah aku.
aku bukan mahu dia pinjamkan bahu;
untuk aku curahkan tangis aku.
aku bukan mahu dia pinjamkan jemari;
untuk menyalur kekuatan buat aku.
itu mustahil semuanya...

cukuplah aku dapat dengar suaranya..
walau sepotong ayat.
atau;
cukuplah mesej kata semangat..
walau sepatah perkataan.
sungguh ia cukup buat aku!
kan aku jadikan bekal kekuatan aku.
untuk aku terus bertahan..

Kadangkala;
aku tetap tak dapat itu.
tak mengapa;
tak pernah terlintas untuk salahkan dia.
sebab aku faham dia.
sangat-sangat faham dia.

aku cari semula kenangan aku;
kata-kata yang dulu;
bina yakin sendiri.
GAMBATTE, Shamimi Hanifa!!!



lemah kah aku,kekasih?
kerna perlu selalu ada kamu...?
~haih...~

Saturday, May 14, 2011

I JUST CAN'T!

I'm hurt.
REALLY!!!
I'm Fragile..
I can't take it anymore.
I Just CAN'T!
Leave me.
Ignore me.

salah kah aku??

salah aku ke?
aku tak rasa itu satu kesalahan.
dah selalu macam tu!
malah lebih dari tu pun pernah berlaku.
jadi kenapa mesti dipersoal lagi?
aku tak pernah kesah pun!
tapi..
kenapa hasilnya tak seperti dijangka?
Entahlah!
aku mana tahu!
jangan tanya aku!
aku sendiri pun dah ragu-ragu.
kecewa pun ada.
macam ditikam belakang rasanya!
betul ke tindakan aku ni?
ARGHHH!

Cuba

aku disini;
menanti.
namun mungkin dia terlupa...
tak mengapa,
sungguh banyak dugaannya hari ini.
aku faham.
aku hanya mencuba.
cuba ada untuknya..
tapi mungkin;
usaha aku tidak mencukupi...
tak mengapa,
aku akan tetap cuba.
cuba mencari ruang untuk aku;
bertapak dalam hatinya.
agar aku tak terlupakan...

Friday, May 13, 2011

Mahu; Perlu?

aku mahu; aku perlu~
seorang teman..
teman untuk berkongsi segala.
walau ramai yang ada;
tapi aku hanya mahu dia!
gilakah aku?

entah!

aku mahu; aku perlu~
seorang kekasih;
untuk bermanja dan dimanja.
merasa nikmatnya cinta.
bagai dunia milik aku dan dia!
namun mampukah aku?

entah!

aku mahu; aku perlu~
lelaki milik aku;
hak mutlak aku.
kepunyaan aku sahaja!
namun layakkah aku?

entah!


AKU MAHU ATAU AKU PERLU??

Thursday, May 12, 2011

Alhamdulillah

Akhirnya!
dia membuka sedikit ruang di hatinya.
untuk mula menerima aku;
untuk mula mencuba hargai aku;
untuk mula menyedari kehadiran aku disisi.
Alhamdulillah.
Aku mula terasa hangatnya cinta dia.
Terima kasih,bahagia!
kerna mula bertapak dalam hidup ini...

Wednesday, May 11, 2011

Sedikit masa lagi...

Serasa dia jauh...
tak mengapa.
sedikit masa lagi..
sikit lagi...

Monday, May 9, 2011

Hanya mampu merancang..

aku sedikit kecewa;
perancangan aku terhenti..
tak mengapa,
semua yang berlaku ada hikmahnya...
aku cuma berharap,
ia tetap akan berlaku.
walau apa cara sekalipun!
aku mahu laksanakannya.
kerna ini sangat penting buat aku.
SANGAT-SANGAT!!!
akan aku pertaruhkan segalanya.
semoga dipermudahkan...



Sunday, May 8, 2011

Mungkinkah?

aku tak sempurna.
banyak sisi hitamnya..
terkadang,
aku rasakan..
langkah aku rapuh;
aku tak berani melangkah lagi..
cahaya itu terlalu indah sirnanya.
seakan tak mampu aku milikinya!
serasa diri ini kerdil,
penuh tersalut kekotoran;
tidak layak kesana..
menikmati sinarmu yang putih bersih.
entahlah,
aku masih punya rasa;
aku jua masih punya hati..
meronta-ronta ingin memiliki.
yang boleh menjadi hak mutlak aku.
hanya aku...
namun aku sedar,
aku bukan sesiapa.
cuma ada harapan;
agar segala mimpi jadi nyata..
mungkinkah?

~I want him to be mine
can't I?

Saturday, May 7, 2011

Selamat hari MAMA


She used to be my only enemy
and never let me be free
Catching me in places
that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line
I didn't mean to be so bad
I never thought you would become
the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you .
Mama my friend.
You're my friend
I didn't want to hear it then
but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did
was right for me
I had a lot of to think about,
about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes,
all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend
You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,
You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend,
You're my friend



~Harta Terindah dari Tuhan~
I LOVE YOU!!!


Wednesday, May 4, 2011

Izinkan aku...

Dia yang terindah;
Dia yang teristimewa;
Dia yang tercinta.
dikala dia berduka;
aku ingin ada bersama.
berdiri disisinya;
erat memegang jemarinya;
teguh meyokongnya;
berkongsi rasa dengan dia..
seandainya aku mampu buat begitu~
tak mengapa,
aku tetap ada disini.
tetap terus mendoakan dipermudahkan segala.
insyaAllah...
walau aku jauh;
dia tetap keutamaan aku.
izinkan aku setia disisimu...

Tuesday, May 3, 2011

Rindu

RINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDUrinduRINDU

~Shamimi Hanifa dah gila agaknya~

Monday, May 2, 2011

Soalan?

benarkah apa dikatakan?
adakah aku harus berubah fikiran?
atau perlukah aku tetap bertahan?
akukah yang perlu buat pilihan?
masihkah aku punya kesempatan?
bagaimana harus aku lakukan?
haruskah aku membiarkan?
mestikah aku mengambil tindakan?
bagaimana dengan aku punya perasaan?
adakah semua ini sekadar mainan?
mengapa semua soalan bertemu soalan?
kerna aku masih tak punya semua jawapan....

Kelu..

hati meronta-ronta nak berbual kata,
bila dah terdengar suara;
terus kata tertelan semuanya!
terasa darah menyerbu ke muka.
lidah aku jadi kelu.
tak terluah rasa rindu..
Segan;Tuhan saja yang tahu!
kau ni dah kenapa, Shamimi Hanifa?
SENGAL!!
adoiyai!
mungkin;
kerna aku terlalu cinta dia...


~dah kena perli dengan dia.
padan muka! =P

Sunday, May 1, 2011

Ku lihat dia!

Aku teruja!
dapat juga aku melihat dia.
persetan apa orang kata;
aku hanya mahu lihat dia!
berulang-ulang kali;
tanpa rasa jemu!
namun,
terbit satu rasa..
aku rindu dia.
sangat-sangat!
mampukah aku bertemu dia...?
mungkin tidak.


Shamimi Hanifa,
Faham sikit orang sibuk ya!

Cinta Indah

Hari ini indah;
aku bahagia,cinta.
terima kasih yang tak terhingga!
semua yang dia lakukan hari ini;
semuanya buat aku terharu.
aku tak dapat berhenti senyum!
dada bergetar tiap kali;
bagai terkena kejutan yang manis.
indahnya semua ini!
dah bertahun aku tak merasakannya...
dia yang indah;
membuatkan aku bagai bermimpi.
berjumpa dengan sisi indahnya dia...
sungguh aku tak mau terjaga!
aku mau hanyut dalam mimpi ini.
Tuhan,berikanlah aku kesempatan;
agar aku dapat menikmati sisi indah dia ini,
sebentar sahaja lagi..
untuk aku jadikan bekalan;
sebagai semangat aku di kala dia beku kembali nanti...
Izinkan aku: