Friday, September 30, 2011

Malam Jumaat yang Indah...

aku akan sentiasa ada;
ada untuk dia.
walau apa pun.
dia tahu itu.
pernah aku khabarkan dulu;
bukakan lah hati.
aku bukan hanya mahu berkongsi suka,
duka jua aku mahu turut harungi bersama...
malam itu terbukti,
dan aku tak pernah kesali.
semoga segalanya akan dipermudahkan.
insyaAllah.

このまさにその日、私はラッキーだった

Monday, September 26, 2011

BVLGARI VANILA

Lenaku diulit tiap hari.
terkadang tak mampu lelapkan mata...
aroma itu menusuk;
menggetar jiwa.
takkan mampu tanpa ia.
namun,
akan cuma bertahan sampai bila...?

T_T


Saturday, September 24, 2011

Selamat Ulangtahun, kekasih...

Semoga dipanjangkan umur;

dimurahkan rezeki;

dilindungi Allah sentiasa.




Selamat Ulangtahun,sayang. <3




~semoga jua aku masih mampu menyambutnya bersama kamu di tahun-tahun yang mendatang...

Thursday, September 22, 2011

sisi yang hilang

aku perlu persiapkan hati aku
biarlah rebah aku bukan di depannya
aku menyerah segala
asa dah tiada
hanya bertahan diatas rapuh
gila ini membunuh aku
aku akan lepaskan
agar pergi jauh-jauh
mencari kembali
sisi yang hilang...

Wednesday, September 21, 2011

Pudar

segalanya serasa pudar
hati seakan membisik satu rasa
rasa seperti masa itu
yang membuat aku jatuh paling dalam..
kali ini
aku perlu bersedia
walau hati sememang tak rela,
jiwa menolak sekerasnya;
namun
ini keputusan aku
aku perlu kuat hadapinya.
ini perjuangan terakhir aku.
aku sudah tak mampu,
lelah aku dengan slow itu.
maaf aku...


Saturday, September 3, 2011

Selamat Ulangtahun, Shamimi's

Alhamdulillah.
aku masih bernafas di umur suku abad ini...
terima kasih,
Ya Allah.

Thursday, September 1, 2011

Punya Segalanya...

aku punya segalanya...
segalanya untuk hubungi dia.
namun dia tetap begitu...
aku masih tak mampu buat apa.
aku masih bukan yang penting bagi dia.
mungkin,
aku lupa siapa aku.
aku hanya seorang penagih,
sepatutnya terima apa sahaja.
tak layak meminta;
inikan mahu menjadi yang teratas!
sedarkanlah diri tu.
kau takkan mampu!
kerna dia bukan milik kau!
ingat tu, GILA!