Wednesday, January 25, 2012

remove

Iya, sejak kebelakangan ni aku suka remove komen aku atau status aku dalam fb.Aku akui semua tu.Sebab sebenar aku buat macam tu ialah sebab aku nak jaga hati aku.Selalunya akan ada sebabnya kenapa aku remove sesuatu komen atau status yang aku dah buat. Biasanya semua tu menyebabkan hati aku terusik.. Antara sebabnya, biarlah aku je yang tahu kenapa.... Dan daripada komen atau status tu menyebabkan hati aku lebih terluka, cara terbaik yang aku buat ialah remove je semuanya. sekurang-kurangnya bila benda tu dah takde, aku dah tak fikirkan tentang perkara tu lagi... Tapi bila dah ada orang lain pun meremove komen dia dari status aku,buat aku tersentap!benda ni buat aku terfikir, apa sebab sebenar orang remove komen dia ye..? Entah, aku jadi kaku; kosong. Tak tau nak react macamana.. mungkin dia nak balas dendam dengan aku?atau mungkin dia tersalah tulis komen komen sebenarnya? atau dia rasakan komen dia tu tak penting...? Setelah lama berfikir, aku pun tak tau apa sebabnya... Benda yang berlaku ni jugak buat aku terfikir, aku dah taknak la komen apa-apa lagi. Biarlah jadi silent reader je lepas ni... Sebenarnya dengan cara macam tu jela hati aku tak terluka kot.. agaknya la.. yela, kata orang; prevention is better than cure. MAYBE! ~hmm...

Monday, January 23, 2012

Mimpi-Mimpi

sejak kebelakangan ni,
aku selalu mimpi yang pelbagai..
segala berkisar tentang dia.
serasa macam ngeri semuanya.
aku selalu khabarkan pada diri aku sendiri;
mainan tidur semua itu.
mungkin syaitan mahu menggoyah tekad aku..
membuat aku ragu-ragu dengan tindakan aku.
membuat aku fikirkan pelbagai keraguan.
ARGHH!
kuatlah Shamimi Hanifa!
iya,
aku tahu harga yang harus aku bayar demi jarak ini.
dan segala itu perlu pengorbanan yang maha besar dari aku!
aku cuba bertahan.
semoga aku kuat....

Wednesday, January 11, 2012

Coretan buat 'Mimi'

'Mimi',
awak tau tak yang mimi tu betul-betul cintakan awak?
awak buat la apa-apa pun kat dia,
in the end,
dia mesti balik semula kat awak!

bila fikir-fikir balik,
bodoh jugak kan mimi tu sebab masih nak bersama awak.
lepas banyak benda dah berlaku kat dia,
dia masih lagi nak cintakan awak...

apa ada pada awak ye 'Mimi'?
hebat sangat ke?!

cinta tu buta agaknya...

mimi cakap dia jatuh cinta pandang pertama kat awak.
sejak hari tu,
dia tak pernah putus asa untuk kenal siapa awak.
setiap show awak dia akan cuba pergi,
kadang-kadang event yang awak nak pergi pun dia akan pergi jugak,
semata-mata nak jumpa awak...
sebab dia tahu,
dengan cara tu jela dia boleh jumpa awak.

bukan setakat tu je yang mimi buat,
mimi add awak kat fb, kat ym,
sebab nak tau perkembangan awak.
nak chat dengan awak.
mimi pun selalu mesej awak kan?
dia akan pastikan dia mesej awak pada setiap waktu tu.
takkan pernah lupa!
kalau dia lambat tu bukan sebab dia lupa,
ada la sebab lain yang mengganggu dia..
awak masih ingat lagi kan hari apa dan pukul berapa dia mesej?
dia tetap tak jemu,
walaupun awak jarang sangat balas mesej dia.
tak putus asa mimi tu..

kenapa dia buat semua tu ye?
tak tau malu ke mimi tu?!
kuat berangan agaknya dia tu!
tak sedar diri, perasan nak kawan dengan artis cam awak.
apa yang dia harapkan sebenarnya...?
nak couple dengan awak ke?
tak malu ke perempuan ngorat lelaki?!

mimi ada bagitau,
dia jenis orang yang percaya kata hati dia..
kata hati dia kata, dia suka kat awak.
dia nak kenal awak,
dia nak kawan dengan awak,
tapi dia tak berharap pun awak cintakan dia.
sebab dia tau awak tak kenal dia.
mimi hanya peminat awak.
peminat biasa.
yang setia menyokong awak,
memandang awak dari jauh..
mimi cakap awak berkebolehan.
awak sangat berbakat.
dia suka tengok awak perform.
sebab dia tau itu passion awak..

iya,
mulanya memang mimi kata dia tak harap awak cintakan dia,
tapi di sudut hati dia,
sebenarnya dia pernah menaruh harapan...
iyela,
setiap orang pun akan harap orang yang dia suka,suka kat dia balik.
betul tak?
mimi pun tak terkecuali...


tapi mimi sendiri tau risikonya.
dia selalu cakap dekat diri sendiri,
jangan berharap sangat.
benda tu mustahil berlaku!

dan akhirnya mimi dah buat keputusan,
dia nak putus asa.
sebab ada satu ayat yang awak keluarkan buat dia putus asa..

masa tu mimi pasrah,
setelah dekat dua tahun,
dia tau perkara ni lambat laun akan jadi jugak.
dia dah bersedia.
tepuk sebelah tangan; sampai bila pun takkan berbunyi...
walaupun ada sedikit kecewa dalam diri mimi,
tapi dia tetap kuatkan semangat.

sejak tu,
mimi cuba positifkan diri.
dia dah taknak ganggu awak lagi.
dia cuba lupakan perasaan dia pada awak.
tapi dia kata dia masih menyokong karier awak,
sebab dia sangat suka tengok awak perform.
dia cuma taknak kacau hidup peribadi awal lagi..

tapi hidup ni selalu tak dijangka kan?

awak ingat lagi hari ayah mimi meninggal dunia?
dia down sangat masa tu.
sudden death kan.
memang susah dia nak terima.
mimi rapat dengan ayah dia..
masa tu dia rasa dia perlukan awak.
dia harap sangat awak boleh ada untuk dia.
sebab mimi selalu kata, awak semangat bagi diri dia.
dia mesej awak,
dia harap sangat awak balas.
sebab awak selalu tak balas mesej dia...
masa tu dia sangat-sangat perlukan awak.
dan awak balas jugak mesej dia.
dia rasa besyukur sangat,
sebab awak ada masa dia dalam keadaan paling bawah...

tapi,
lepas tu hubungan awak dengan mimi dah mula dingin..
mimi tetap dengan pendirian dia.
taknak ganggu peribadi awak.
mimi pun dah mula hilangkan perasaan dia pada awak.
hidup macam biasa tanpa rasa cinta...

tahun baru tiba dengan semangat baru;
mimi mula kerja tahun tu.
dia dah mulakan hidup baru dia.
tapi dia mula pelik,
awak mula jadi lain.
cara kata-kata awak pun dah mula berubah.
pelik la awak ni!

lepas beberapa kali tertanya-tanya,
akhirnya mimi temui sebab peliknya 'Mimi' tu.
sebabnya ialah 'Mimi' pun dah mula sukakan mimi...
mimi bersyukur sangat masa tu.
dia tak sangka semua ni boleh berlaku.
di saat dia cuba lupakan awak,
awak datang menyambut cinta dia yang dah mula terpadam.

selepas tu,
awak dan dia mula cuba kenal antara satu sama lain.
memang banyak jugak peristiwa yang berlaku antara awak dan dia.
yang membahagiakan, yang melukakan pun ada,
tapi semua tu perlu ada dalam proses saling kenal...

'Mimi'
setelah dekat setahun menjalin hubungan dengan mimi ni,
awak tau tak dia ni orang macamana..?
sedikit sebanyak mesti awak tau kan?

mimi ni orangnya suka mesej2,
dia pun suka jugak call2 dan kadang-kadang kalau boleh,
dia nak jumpa awak.
yela, rindu katanya..
tapi,
semua tu awak tak suka.
semuanya...!
kalau mesej tu, mimi faham la awak selalu tak tengok hp.
jarang nak mesej dengan dia.
kalau mimi call, katanya awak selalu macam bosan je cakap dengan dia.
yela setiap kali dia call, awak tengok tv la, berangan la, main game la..
kalau mimi ajak jumpa, awak orangnya sibuk.
mimi nak jumpa awak pun kena buat appointment seminggu sebelum tu.
itupun kadang-kadang tak dapat jumpa pun...
iya,awak memang orangnya sibuk.
ada masanya, mimi teringin nak komen2 kat status fb awak,
kadang-kadang mention nama awak kat status dia,
tapi selalunya awak akan ignore dia...
macam komen tu tak wujud je.
tu sebab selalunya dia akan remove balik komen dia tu
sebab dia tau,takde gunanya pun komen sebab awak buat tak nampak je..
lepas tu mana ada dia tulis apa-apa lagi...
orang dah tak suka,katanya...
jadi,
dia cuba ikutkan cara awak.
dia cuba tak buat semua tu.
tapi mimi terseksa,awak...
dia rindukan awak.
dia cuba berbincang dengan awak.
dia tak tau nak buat apa.
dia nak jadi diri dia bila dengan awak,
tapi dia pun taknak buat perkara yang awak tak suka..
dia buntu.
dia stuck di tengah-tengah.
dia harap awak boleh tolong dia,
bincang sama-sama,
cari penyelesaian,
tapi awak cakap,
tukar la topik lain...

mimi terus terkedu.
tak tau nak cakap apa.
memang dia tukar topik lepas tu.
cakap perkara lain.
tapi dia tak boleh sembunyikan rasa kecewa dia..
dia rasa nak menangis.
dia tanya kat awak,
kalau dia menangis, awak nak pujuk tak?
awak cakap awak tak pandai pujuk.
mimi faham.
selama ni pun mimi tak pernah mintak awak pujuk.
mimi tau pujuk diri sendiri.
dia hanya perlu masa je.
yela, awak buat macamana pun kat dia,
dia tetap cinta awak jugak.
dia nak marah kat awak pun,
dia akan balik kat awak.
dia nak merajuk pun,
dia tetap tak boleh hilang awak...

memang dah gila mimi tu.
buta pun iya jugak!

kadang-kadang mimi rasa awak ni macam tak ready je
untuk memberi komitmen dalam hubungan awak dan dia
mungkin awak sibuk,
masih banyak kerja yang awak perlu selesaikan,
tak mahu fikir tentang cinta.
mungkin lah..

kadang-kadang mimi rasa dia macam buat awak terpaksa terima dia.
terpaksa bersama dia.
nampak macam mimi je beriya-iya,
sedang awak nak yang biasa-biasa je.
mungkin awak masih perlukan masa,
mimi yang gelojoh sangat kot.
fikir awak dah boleh jadi macam bf yang boleh berkomitmen..

tapi,
11 bulan itu boleh tahan lama jugak..
mimi pun tahu penat jugak katanya.
kalau dia je keep the fire burning,
sedang pihak lagi satu buat relax je,
dia pun pandai kecewa jugak...

'Mimi'
kalau awak rasa belum boleh bagi komitmen,
jangan bagi harapan..
jangan declare couple..
jangan tabur janji palsu..

bukan mimi tak sayangkan awak,
bukan dia tak cintakan awak,
dia memang suka awak dari dulu.
sejak awak tak pandang dia pun,
sekarang awak dah mula suka dia.
takkan la dia nak tinggalkan awak...

cuma,
dia banyak rasa terluka.
sebab hubungan awak dengan dia tak macam orang lain.
katanya saling cinta,
tapi hakikatnya...?






entah la.
mungkinkah 'Mimi' dan mimi sebenarnya tak sepatutnya bersama...?
~haih~

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang

2012
akhirnya muncul
banyak resolusi tahun baharu yang aku cuba laksana
banyak juga harapan yang disemai
semoga dipermudah segala..
insyaAllah!