Friday, February 17, 2012

paling bawah...

3 hari ini;
hari paling hancur buat aku.
diri aku dah turun bawah paras negatif!
airmata ini,
dah pecah tak mampu henti...
aku jatuh.
ke jurang paling dalam.
saat kejadian itu,
batin aku;
emosi aku;
dihentam sepenuhnya!
sampai tak tertanggung dek hati aku...
aku perlu pendingin saat itu.
sangat perlu!
tapi semua orang tak mampu ada untuk aku..
di saat itu,
sungguh aku rindu abah...
abah je yang faham aku.
abah je yang tahu aku.
abah je yang selalu tabahkan aku.
bagi semangat untuk aku.
tapi,
abah dah takde...!!! T_T 
*kesatairmata*
ya Allah.
setahun aku cuba mengelak rasa kebergantungan ini.
selalu pesan pada diri sendiri;
abah dah takde.
namun kali ini aku tewas...
3 hari masih belum mampu kering airmata ini...
Shamimi Hanifa,
kuatlah!
janganlah meratap lagi...
ingat,
abah dah pergi... T_T

Wednesday, February 15, 2012

Hari ini

15 Februari 2011; 12.31am
aku tak pernah tersangka,
dia yang aku puja;
menyambut cinta aku...

kini,
genap setahun berlalu.
serasa seperti baru semalam;
indah rasa itu masih meresap dalam hati.

namun,
setahun masih tak cukup;
untuk aku kenal siapa dia.

terkadang terlintas dalam fikiran aku,
apa yang aku tahu tentang dia...?
setelah aku perah segala memori ini,
aku jadi blank.
 iya,
aku tak tahu rupanya.
setiap orang yang bertanya dengan aku tentang dia,
aku tak mampu jawab apa,
hanya mampu senyum...
hmm~

Perjalanan kita masih terlalu jauh,
kisah kita; cinta kita;
tak seperti yang lain...
aku tahu.

Di ulangtahun pertama ini,
aku harap aku masih mampu;
mengenali dia lagi,
memuja dia lagi,
mengasihi dia lagi,
mencintai dia lagi,
dengan sepenuh jiwa raga aku.

kerna dia masih;
pemilik hati ini.















~Semoga dia suka; sebab aku tak pernah tahu apa kesukaan dia... *BodohAkuNi*

Tuesday, February 14, 2012

Bicara tanpa kata

kini,
bertutur pun aku dah tak mampu.
namun,
bukan aku tak kasih;
rasa itu masih seperti dulu...

sayang,

izinkan aku berbicara bukan dengan kata;
sabarlah menunggu untuk seketika...

Thursday, February 9, 2012

Penat.

mata masih dibukapaksa.
kerja masih tak mampu disiaphabiskan.
badan dah mula nak out of service.
sungguh!
kalau selalu macam ni,
aku tak tau sampai bila badan aku boleh bertahan...
~haih

Sunday, February 5, 2012

yang tak termampu...

aku,
yang tak termampu..
serasa rapuh segala.
hati ini,
mudah rasa terluka.
bukan salah sesiapa sebenarnya!
segalanya salah aku,
aku yang tak pandai mengajar diri,
tak mampu memujuk hati,
untuk jadi sekeras besi!
sedang yang sering berlaku pada aku,
hanyut dalam emosi dan perasaan yang tak menentu...
kali ini,
aku mahu lebih banyak berdiam.
biarlah segalanya aku pendam;
simpan di lubuk hati yang paling dalam...