Monday, March 26, 2012

Komunikasi

komunikasi,
antara kita;

berkesankah?



aku percaya dia;
dia percaya aku.
syukur ALLAH kerna itu.



soal hati kita;
masih penuh misteri.
selalu saling tak memahami...



namun,
aku yakin,
kita dah cukup matang;
untuk menyelesaikan secara tenang.



~Terima Kasih, dugaan!
kernamu,
aku mula memahami;
KOMUNIKASI cara kami ...

Sunday, March 18, 2012

dekat tapi jauh...

jika kau mahu;
kau sudah katakan pada aku.

namun aku tahu,
kau takkan mahu...



jauh di sudut hati aku;
sungguh aku mahu!
andai kau lafaz pada aku...

tapi aku juga tahu,
kau masih tak mampu.



kerna itu kau masih tetap membisu...



aku pedih;

aku sedih;

aku jerih;

kerna aku tahu;
kau ada di situ.

dan aku tak mampu ke situ;
kerna kau tak mahu aku...



aku; kau:
dekat tapi jauh.





~mungkin; masih belum masanya... hmmm...

Wednesday, March 14, 2012

secebis bingkisan

Gagah keranamu;
Hancur keranamu.
Jiwa tergelincir olehmu..
Namun salah siapa..?
Salah aku?
Menjunjungmu terlalu tinggi?
Menggantung harapan di hujung jemarimu?
Kekasih;
hanya nama tanpa erti...



~Reza Budiman~




*andai aku juga mampu meluah kata seindah ini...

Monday, March 12, 2012

PLEASE!

STOP ALL DAMN NONSENSE+STUPID QUESTION! 
I BEG ALL OF YOU.
PLEASE...!
IT HURT ME SO F**KING MUCH!T_T

mama, ati, adik,
Berhentilah berharap!
jangan lagi aku disuruhtanya pada dia.
jangan juga tanyakan sendiri pada dia.
soalan-soalan itu tiada makna!
 
dia BELUM BERSEDIA.
itu hakikat!
aku pun tak mampu buat apa-apa...

aku ini;
yang paling merasa SAKITnya!!!

hubungan ni masih jauh lagi perjalanannya.
dua-tiga tahun lagi pun masih belum pasti;
akan ada sinar ke arah itu...




~alangkah bagus andai hubungan ini belum ada nama;
  sekurang-kurangnya aku tak MULA menaruh harapan,
  apatah lagi seisi keluarga aku...
 haih...

Thursday, March 8, 2012

sunyi

Malam ini;
tak mampu lelap mata.

sakit.
lagi~

panadol dua biji;
telan lagi.

kurangkah sakit ni?!
harapnya...

mata terbuka;
fikiran melayang jauh~

tiba-tiba satu perasaan seakan meresap;
jauh ke dalam lubuk hati..

Hmmm~






rindu kamu,sayang...

Wednesday, March 7, 2012

sakit T_T

Ya Allah,
sakit tak tertahan.
menangis aku.

duduk tak boleh~
berdiri tak boleh~

aku telan panadol,
aku cuba tidur;

meniarap tak boleh~
mengiring tak boleh~
terlentang tak boleh~

sakit itu masih tetap ada...

Ya ALLAH,
sakit.

bangun pagi;
menangis lagi.
telan panadol lagi.



adakah sakit itu akan berkurangan hari ini...?

~kerja tetap kena pergi... haih

Tuesday, March 6, 2012

Hanya biasan

Kau;
disitu.

Aku;
disini.



antara kita;



s e n y a p.



s u n y i.



s e p i.



hanya biasan di cermin;
cerita segala...




~bila kita mampu berbicara
tanpa sunyi antara kita berdua...?