Sunday, May 27, 2012

Lenyap Segalanya...

sungguh berat aku menerima hakikat,
kenangan aku bersama dia;
segalanya telah hilang lenyap...!!

sedih aku.
indah aku ada disitu.
bahagia aku.
rindu aku.

Segalanya dah tiada!

namun kini,
walau pecah seribu hati aku,
aku perlu belajar melepaskan;
kerna aku perlu terus melangkah..

semoga dalam dia;
masih kekal ada...

*TahanTangis*

T_T

Thursday, May 24, 2012

Abah

tersentak aku.
serasa kering darah aku!
melihat perkataan abah dalam sms tu.

abah dia rupanya...

Ya Allah,
selamatkanlah abah dia.
semoga sentiasa dilindungi.
insyaAllah.



~masih diberi kesempatan menyebut perkataan itu.


Thursday, May 17, 2012

Sweet Suprise!




sungguh,

aku terharu dengan KEJUTAN ini.

terima kasih,CINTA.

kerna menghargai aku di hari Istimewa aku ini.






aku masih cinta kamu,kasih.

kamu tahu.

Masih


tiap malam;
masih
mimpikan dia.
bikin aku rindu~


Haih.


cinta itu masih dihati.
tak pernah mati.

namun;
hati ini masih luka.

sampai bila..?




entah.

Sekadar renungan



terkadang,

pabila terlalu mencintai;
sepenuh hati,
seluruh jiwa raga,
malahan melebihi nyawa sekalipun,
namun,
masih lagi tak cukup.
tak mampu untuk memiliki
sekeping hati yang dipuja.

kerna;
mungkin dia bukan ditakdir buat kita...





*sekadar renungan dari tayangan semalam.



Wednesday, May 16, 2012

Semalam

Semalam;
aku luruhkan segala rasa;
kerna aku perlu dia.

tika itu,
ada orang menyentak aku.
mengingatkan aku kembali,
aku anak yatim.
aku dah takde abah... T_T

Rasa yang aku tidurkan selama ini,
tersentak terjaga semula.
tangis aku dah tak mampu diempang lagi;
mengalir laju mengundang esak.
serasa aku jatuh paling bawah...

disaat-saat aku terasa kehilangan abah,
aku tahu aku ada dia.
aku perlu dia.
dia semangat aku.

aku terus dail nombor dia..
tunggu.
tunggu.
tunggu.

tapi,
seperti biasa;
panggilan tak disambut.
hmmm~

dia sibuk,ShamimiHanifa!
Lupa ke!
masih lagi nak menaruh harap.
sedarlah!
berhenti berharap!
BODOH kau ni!
*KetukKepalaSendiri*

aku tak salahkan dia.
masa selalu kejam dengan aku.
lagipun aku tak penting.
andai aku penting,
dia pasti akan kembali tanya,
kenapa aku memanggil dia.
tapi,
sunyi sampai aku lelapkan mata.
hmmm...

Hari ini,
walau jasad aku meraikan,
namun jauh disudut hati aku;
terasa ada ruang kosong...



entahlah.
hati aku dah tak boleh nak generate apa-apa perasaan.
aku tak tau.
tak tau.
tak tau~







Selamat Hari Guru


abahmama;

Terima kasih yang tak terhingga.

kerna kalian,

aku jatuh cinta.

kerna kalian juga,

kami turut menjadi pendidik.

Terima kasih.

SELAMAT HARI GURU!


Tuesday, May 15, 2012

Bibir ini






Bibir ini, dah tak mampu bersuara..
hanya luahan mampu aku coret;

sebagai pengganti ~



Monday, May 14, 2012

Andai


Andai kamu benar kenal aku;

kamu pasti tahu.

segala aku,

berpaksi disini~





fahamilah!




BODOH!


hahahaha!

BODOH aku ni!

mati-mati aku ingat bunga tu untuk aku.
padahal?!

hahahahaha!

memang kau BODOH,ShamimiHanifa!





*Sila berhenti berharap, Shamimi Hanifa.

Ucap itu



serasa luluh rasa hati
tika terpandang ucap rindu~



kasih,
pernahkah satu hari aku berlalu
tanpa terfikirkan kamu...?







aku juga rindu.
kamu tahu bukan..?

Titis airmata itu

kini,
aku menangis dalam hati.
menangis tanpa airmata.
dan sakitnya,
menyiksa hati dengan MAHA HEBATNYA!

airmata;
mengalirlah!
aku ingin menangis semahunya.
meluah segala seksa terluka~
agar sakit ini mampu lenyap;
di setiap titis airmata itu...

Sunday, May 13, 2012

Katakan segalanya!

katakan aku bodoh;

katakan aku buta;

katakan aku pekak;

katakan aku degil;

katakan aku gila;

katakan segalanya!



dan aku iyakan semuanya!

benar itu aku!



iya,
aku bodohkan diri..
lakukan segalanya tanpa harapkan balasan.
hanya untuk dia~


iya,
aku buta.
aku dah tak nampak orang lain.
hanya dia~


iya,
aku pekak.
aku persetankan nasihat2 orang lain.
hanya kerna dia~


iya,
aku degil.
aku tak mahu yang lain.
hanya mahu dia~


iya,
aku gila.
gilakan dia.
hanya dia~



aku tahu.
aku masih luka.
namun aku tak mampu lari.
aku masih disini.
bertahan~

hanya kerna sebuah cinta.
cinta pada seorang lelaki.
cinta agung yang terpatri di hati..



Walau;
berkali aku luka,
masih berdarah namun senantiasa dihiris lagi~

berkali aku sedih,
menangis selautan sehingga kering airmata~

berkali aku seksa,
menahan segala sakit yang maha hebat~

aku masih tetap;
tak mampu melepas dia...


kerna,
sejauh mana aku pergi;
aku tetap akan kembali.

berjuang;
demi cinta ini.
cinta aku!






*pathetic ke aku ni...? haih~

Saturday, May 12, 2012

Misteri Hati




Mengapa masih muncul rindu tak tertahankan?



sedang hati masih luka berdarah!



haih~




*Cinta itu MISTERI, kan?


Jangan

jika perlu,
katakan saja.
faham aku.

aku akan tetap tunaikan.
kamu tahu itu!

jadi,
jangan gulakan aku!
tak perlu~


kerna tanpa kata manis itu pun,
aku tahu maksud kamu...


aku mohon,
jangan.


kerna,
terkadang aku merasa,
kata manis itu hanya mukadimah semata...


ini bukan kali pertama;
kata manis sebagai pembuka bicara,
sebelum hasrat hati dipinta..


jadi,
jangan.


kini;
aku mula goyah,
aku dah tak mampu fikir semua kata itu luahan kamu.
tulus lahir dari hati.
untuk aku semata.
hanya aku!


sedang sebenarnya,
ada maksud disebaliknya...


tolong,
jangan.


aku mahu jaga hati aku.
aku luka dengan laku kamu itu..


walau sebenarnya;
jauh di sudut hati aku,
aku tak mahu meragu ikhlas kamu mengucap kata manis itu.


namun
kebanyakan kali kamu begitu,
ada sesuatu kamu perlu dari aku..
sedang,
tika aku perlu kamu,
kamu kembali lupakan aku...


aku rayu,
jangan.


jika kamu bukan begitu,
tolong aku.
buktikan pada aku,
kamu bukan seperti yang aku fikirkan...


kerna kini,
aku dah tak mampu terima kata manis kamu itu~
maaf aku!


Encik Yang Terhebat,
aku melutut merayu;
tolong JANGAN.
JANGAN GULAKAN AKU.
cukup!

Tuesday, May 8, 2012

Faham

aku pernah berada disitu.
aku tahu keadaannya.

fokusnya bagaimana;
sibuknya bagaimana;
serabutnya bagaimana;
aku tahu semua.

aku dah merasa.
SUNGGUH!

jadi,
aku faham.


memang;
sebenarnya jauh disudut hati aku,
aku perlu kamu~

namun,
tak mengapa.
aku akan menunggu.
hingga tiba saat akhir itu.
takkan aku ganggu~





Wednesday, May 2, 2012

Masih tak mampu

dua hari berlegar sendiri;
di tengah kota metropolitan.
mata aku meliar,
memandang di setiap wajah-wajah di depan aku.
kegembiraan terpancar di mata mereka.
berjalan beiringan;
berpegangan tangan;
senyum bahagia terukir di bibir setiap mereka.
aku mula rasa cemburu..
aku mahu.
namun aku tahu;
aku masih tak mampu...
hmm~

Tuesday, May 1, 2012

Yang Pernah

mata itu;
yang pernah memukau aku.

senyum itu;
yang pernah menggoda aku.

wajah itu;
yang pernah memikat aku.

cinta itu;
yang pernah singgah di hati aku.

segalanya indah belaka~

namun,
itu semua hanya tinggal kenangan.
secebis memori dalam lipatan hidup aku.
dah bertahun aku tinggalkan...

kini,
susuk itu kembali.
tiba-tiba menjelma.
mengetuk pintu hati ini.
buat aku terpana...

mata itu;
senyum itu;
wajah itu;
masih kekal.
seperti yang pernah aku kenali dulu...

namun;
keadaan sudah berbeza.
mungkin dulu hati kita masih bertaut sama;
kini,
aku dan engkau sudah berpunya.
pertemuan ini hanya sekadar teman semata.
aku hargai penyatuan semula kita.

terima kasih,
kerna kembali menegur aku.
mengajak aku kembali berkawan dengan kamu.

yang kita punyai sekarang;
masa depan.
yang pernah kita punyai dulu;
biar tinggal kenangan.

semoga kita akan tetap berkawan~






terima kasih, Adam~