Friday, August 31, 2012

Sadis sang figura

entah sejak bila;
aku mula membenci figura itu.
sedang itu yang paling menawan sejak dulu~
namun kini,
mendengar nama pun aku tak mahu lagi!
bagai punya api dalam dada.
melihatnya pun bisa aku hentakhempaskan semua!

sadis sang figura;
iakah yang bersalah?

atau rasa aku...?

ARRRGGHHHH!

untuk masa ini;
aku hanya tahu;
AKU BENCI!!!



Thursday, August 30, 2012

Pesan Mama



Biarkan aku menangis kering airmata;
biarkan aku meraung hilang suara;
biarkan aku muntahrebah sakit kepala;
biarkan sahaja aku.
BIARKAN SAHAJA!

iya,
salah aku semua sebenarnya..
Blame me for everything.
Aku akui dengan rasa paling rendah hati~ 

Mama menyedarkan aku.
jangan hanyut dengan emosi~


pesan mama;
aku yang berkeputusan.
aku yang memilih.
aku perlu hadapi semuanya.
seluruhnya tentang dia!

Betul semua kata mama;
aku lafazkan percaya tapi hakikatnya laku aku sebaliknya.
Bikin aku sedar betapa aku juga selalu sengaja sakitkan dia~

Terima kasih, mama.
kerna sedarkan aku tentang semuanya.
Menasihati aku tentang dia dan abah hingga ke nafas terakhir;
pecah empang airmata aku!
bikin aku sedar.
betapa sebenarnya aku masih mentah;
dalam mengenal erti sebuah kehidupan~

Tuesday, August 28, 2012

Tewas aku~

iya,
aku hanya perempuan biasa.
tak mampu melawan fitrah aku.
aku cemburu!

aku tak betah melihat nama itu.
terus akan bikin aku celaru!
penuh amarah di segenap aku!

maaf aku;
aku TEWAS~
 

Sumbang Langkah

Serasa sumbang tiap langkah.

Dalam setiap gerak;
Hanya akukah yang bersalah...?
Atau mungkin hanya dia..?
Atau kedua-duanya..?

Entah.

Aku tak ketemu jawabnya~ 




Sakit melukai yang tercinta itu,
 rupa-rupanya sama hebatnya 
dengan sakit dilukai..
Ampun aku;
aku bukan yang sempurna... 


Wednesday, August 22, 2012

Hanya Satu Nama


Tiada lain,

yang mampu membuat aku

HILANG PERTIMBANGAN;

melainkan,

hanya SATU NAMA...!!



AAAARRRRRGGGHHHHH!!!!!!! 

DamnYOU!

 

Monday, August 20, 2012

HatiRapuhAku

Hati rapuh aku,
Tenangnya cuma seketika~
Kenapa ia masih tetap mudah terusik...?
Salah aku kah yang tak pandai menjaga hati sendiri...?


Haih~

Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri Ini~

Tiada yang lebih membahagiakan;
di pagi Aidilfitri ini,
selain daripada panggilan dia~

Suaranya;

Kata-katanya;

Ucapannya;

Bikin aku sedar,
aku punya dia sebagai pengganti abah.
Untuk mengisi ruang kosong hati ini...

Wednesday, August 15, 2012

Ada..?

merenung jauh bagaikan tembus;
di dalam dada itu,
hati itu,
masihkah punya aku...?
masihkah aku pemiliknya...?
masih adakah ruang buat aku...?


aku rindu.
rindukan cinta aku.
arjuna jiwa aku~


namun,
apa berlaku pada kita sebenarnya...?
haih~



Iya,
walau apa soal hati;
aku perlu yakin.
cinta itu masih ada.




Bertahanlah,ShamimiHanifa.
Dia masih tetap dia...


Friday, August 10, 2012

Mudah Lupa

aku pasrah segalanya.
manusia memang mudah lupa.
segala yang tertahan;
terluah semua.
dalam perit pedih setiap titisan;
empang airmata ini pecah jua~

sudah;
aku perlu tidur.

esok aku akan kembali;
menyerap semula perit pedih luka,
mula bertahan sekali lagi...

Wednesday, August 8, 2012

Minda penuh tandatanya,
namun akal tekad pejamkan saja.
sedikit demi sedikit,
hati membisik rasa;
ragu mula bertapak dalam jiwa...

iya,
aku masih berpegang pada percaya.
kerna itu aku diamkan semua.

ShamimiHanifa,
sabarlah....