Tuesday, October 30, 2012

Mencari erti itu~

Terkadang;
apa yang membuat dia teruja,
bikin aku lebih mahu tahu!

walaupun aku sedar,
dengan cara itu;
aku lebih mudah terluka...

namun aku persetankan semua!

jadi,
disinilah aku.
mencari erti itu~

Saturday, October 27, 2012

Kembalilah

Kembalilah semula;
 cari tenangmu,ShamimiHanifa~
kebiasaan itu membunuh jiwamu.
hentikan semua!
Kembalilah.

Semoga dapat ketemu;

Kerna sungguh kamu perlu itu!

Sunday, October 21, 2012

Penenang aku


merasa kehadirannya;
menghidu aromanya;
menatap wajahnya;
merenung matanya;
sudah cukup buat aku tenang~

aku tak mahu yang lain;
aku tak perlu yang lain;
cukup hanya dia.
dia saja.

terima kasih untuk pertemuan ini.
walau sekejap masa,
aku cukup hargai pengorbanan itu.

hanya kamu penenang aku~
terima kasih untuk indah ini,sayang.

Monday, October 8, 2012

Ketidakdayanya kita

rindu;
bikin aku sakit.
Sangat sakit!
lantas,
aku hanyut dalam emosi...

aku mula menghukum kamu;
atas ketidakdayanya kita...

ampunkan aku.
aku keterlaluan~

I know you ignore me.
I deserve it~



Sunday, October 7, 2012

Satu niat

aku sedih.
aku pedih.
aku kecewa.
aku terseksa.

terlalu banyak perkara yang perlu dibincang;
tetapi,
aku hanya mampu merancang~

aku pergi;
hanya dengan satu niat.
serahkan hadiah.

itu saja!

namun,
panggilan kerja membataskan masa aku.
aku tak mampu ketemu...

lantas,
aku hanya titipkan pada seseorang,
aku terus pulang.

mungkin ada hikmah semuanya~
syukurlah!

sesungguhnya,
aku masih tak mampu bersua muka.
kerna rasa dihati masih bergolak.
cukuplah aku diam sahaja.
biar masa menyembuh segala~

Selamat Ulangtahun!


Friday, October 5, 2012

Menjauhlah!

Hati bergetar,
tiap kali mata bertentang;
dalam dakapan~

duhai rasa;
menjauhlah!
aku tak ingin rasa itu!

Tuesday, October 2, 2012

Cukup Faham

kadang-kadang aku selalu persoal diri aku,
kenapa hanya pada aku..?
sedang aku tahu letak diri aku dimana.
namun,
kenapa mesti aku...?
hanya aku?!

iya.
aku faham.
cukup faham.

akal boleh rasionalkan semua.
tapi hati...?

aku tak mampu tipu diri sendiri~
aku sedih dan kecewa.

 tapi apa aku boleh buat...?

aku faham.
cukup faham~