Sunday, April 29, 2012

Soalan kekal soalan...

nanti dan terus menanti;
namun soalan masih kekal soalan..
sibuk tak mahu diganggu,
mungkin.
hmm..
soalan itu tak penting barangkali;
aku saja yang risau tak tentu..
haih..
biarlah sahaja.
lenyap seiring angin~
tunggu pun dah tiada asa;
badan dikerah rehatnya perlu,
mata pun dah menghampiri lena....

Selamat malam,dunia~

*SilentModeActivated*
~BEHAVE AGAIN,ShamimiHanifa!!!

Friday, April 27, 2012

Behave again!


ShamimiHanifa!
Please BEHAVE again!!

jangan diganggu dia.
Diam sahaja...


Wajah Itu

iya!
wajah itu;
bukan milik aku..

aku sangka,
reaksi wajah itu hanya untuk aku,
hanya aku;
namun aku salah.

iya!
wajah itu;
bukan milik aku..

kini,
semua orang bisa menatapnya.
bukan hanya aku;
seorang sahaja...
hmm.
biarlah~

Tuesday, April 24, 2012

Gambaro!

aku akan tetap bertahan.
memperjuangkan cinta ini.
ayuh;
mari bersama aku!


GAMBARO!
Saya akan berjuang untuk Cik Shamimi.



~Im still here for you.. and you always know. only if; you dont need me anymore, then I'll go with the wind...

Monday, April 23, 2012

Indah


Indah;



bukan...?




~Nama itu INDAH! <3

Sunday, April 22, 2012

I'm sorry...



I'm so sorry but I love you...



I'm so sorry;

but I love you.




I love you more, more...




I'm sorry but I love you.

That all I gotta say.



Look,

everything gonna be alright.

isn't it?




so damn!

why am I crying...?

Saturday, April 21, 2012

andai...

seandainya aku mampu;
aku mahu jadi seperti dia...

bebas mengatur hidup sendiri.
melakukan segalanya tanpa halangan.
menjalani keseronokan hidup ini dengan penuh nikmat.

sedang aku;
hanya fikirkan dia di setiap ketika..


hmmm~



*mungkinkah aku bisa lupakan dia untuk menikmati hidup aku juga...?


Friday, April 20, 2012

Soal itu..

Entah lah..
tiap kali aku menatap wajah itu;
wajah itu tetap paling indah di mata aku..

aku masih jatuh cinta.
lagi.
dan lagi...

dia tetap pemilik hati ini.

haih~

iya.
betul kata dia.



kun fa ya kun~



semua yang berlaku,
bukan ketentuan kita.
walau betapa kuat kita mencuba,
andai itu bukan ketentuanNya;
TETAP bukan milik kita...


Maaf aku;
aku hanyut.
aku lupa.

dia bukan milik aku sebenarnya~
aku juga bukan siapa2 pada dia.

untuk apa aku persoal masa depan dengan dia?
untuk apa?

Sebab kau LUPA, ShamimiHanifa!

dia ada hidup dia sendiri.
perancangan dia sendiri.
impian dia sendiri.
dan kau MASIH bukan dalam waiting list.

hmm~

Terima kasih.
sebab kembali sedarkan aku;
siapa aku di mata kamu...



Baik.
aku takkan tanyakan lagi.
soal masa depan itu.
cukup sekali kamu utarakan jawapan.
faham aku;
apa maksud kamu itu.


biarlah~

Wednesday, April 18, 2012

Itu Hanya Semalam...

Semalam;
sungguh aku tak sabar menantikan hari ini.
Bangun pagi ini dengan penuh pengharapan,
agar sang merpati dapat sampai ke destinasi;
untuk menyampaikan hasrat ini...

Namun,
penantian dah mula tak penting lagi.
kerna sudah selamat sampai pada penerima.

Alhamdulillah.
Syukur bila mendapat pesanan penerimaan itu.

Tapi,
hati ini tercuit sedikit;
bila bungkusan itu tak sepenting mana rupanya.
hmm~

Tak apalah.
dia sibuk.
bila dia free,dia tengok la.
tak apalah~

hati,
sila positif ya!



malam tiba;
kepala mula sakit.
sakit perut.
nak muntah.
Pakej LENGKAP datang balik!

haih~
aku dah tertewas.
teruja semalam dah tiada.
tak mampu tunggu reaksi dia lagi.
aku tak mahu fikir lagi.

sudah!
aku nak telan panadol.
aku nak tidur.
hanya itu tenang aku.
SELAMAT MALAM Dunia!

36 Lagu

Jika boleh dihitung,
bukan hanya angka itu yang akan muncul,
malah akan lebih banyak lagi;
lagu-lagu yang mampu
menterjemah rasa cinta ini
pada si dia...

SEMUANYA;
Teristimewa buatmu sang kekasih.




36 Lagu ini~
saya tujukan buat awak;
insan yang paling saya cinta.

awak,
carilah makna di setiap satunya.
hayatilah semua.
walau saya sebenarnya tahu;
bukan itu cara awak mendengar lagu,
namun kali ini
saya mohon pada awak,
hayatilah dengan cara saya.
kerna di setiap bait lirik itu,
ada luahan hati saya...







Encik Yang Tercinta,
esok genap tiga tahun;
cinta ini saya persembahkan.
Terimalah 36 lagu ini,
Sebagai satu perlambangan cinta ini...









*
awal sehari kerana kekangan hari ini...

Tuesday, April 17, 2012

Terbanglah Merpati


Mengirim khabar pada merpati~

terbanglah kamu;

ku lepas kau pergi.

semoga kan selamat tiba;

ke destinasi...

Friday, April 13, 2012

MENTARI KEMBALI BERSINAR

MENTARI KEMBALI BERSINAR

Pantun

Hujan turun membasah bumi,

Tanda agungnya kuasa Ilahi,

Nelayan gigih mencari rezeki,

Sekadar untuk sesuap nasi.


Ombak berkejaran antara mereka,

Sama berlumba menghempas pantainya,

Membanting tulang tak kira masa,

Di darat di air rezekinya ada.


Angin bertiup sepoi bahasa,

Nyiur melambai indah suasana,

Walaupun masih muda belia,

Tanggungjawab digalas dengan sempurna.


Laut membiru mendamai jiwa,

Luas terbentang penyejuk mata,

Susah senang hadapi bersama,

Dugaan bukan untuk berputus asa.


Walau hujan menyiram bumi,

Mentari tetap kan muncul lagi,

Kesempitan akhirnya berlalu pergi,

Kejayaan digenggam ganjaran diri.


Syair

Nelayan tua gundah gulana

Gelora tengkujuh menggamit jiwa

Lantaran rezeki di laut tiada

Duka dan lara melanda keluarga


Si anak turut berasa simpati

Melihat ayah bersusah hati

Ingin membantu menawar diri

Meringan beban keluarga sendiri


Ibu serikandi sanggup berkorban

Menggadai emas untuk bekalan

Harta benda bukan ukuran

Demi bahagia jadi taruhan


Peneman diri sukar dicari

Namun rakan tetap disisi

Susah dan senang sama harungi

Itulah tanda sahabat sejati


Gelora di hati terlerai akhirnya

Bantuan diterima tanpa dipinta

Mengucap syukur pada yang Esa

Mentari kembali bersinar jua


Sajak

Hujan

Mula membasah bumi

Ribut petir sabung-menyabung

Membawa petanda

Panas yang menjelma

Rupa-rupanya

Hanya gurau semata


Malam ini

Gundah dijiwa tak terbendung

Mata tertutup

Lena tiada

Ayah di laut apakan berita?


Mentari masih malu

Menyapa pagi memulakan hari

Sedang aku

Sudah disini

Setia menanti di sisir pantai

Tangan menadah langit

Memohon Ilahi


Sepenuh hati aku berserah

Berdoa penuh harapan

Semoga ayah kan pulang

Kembali semula ke sisi


Gurindam

Ujian melanda bukan halangan,

Tabahkan hati harungi hidup.


Anak-anak bersatu hati,

Tolong menolong jadi amalan,


Sahabat sejati jadi sandaran,

Membawa sinar dalam kehidupan.


Mengucap salam amalan mulia,

Amat dituntut dalam agama.


Berbuat baik sesama manusia,

Dalam hati dikenang orang.



HAKCIPTA TERPELIHARA

ENCIK MOHD FAZLI BIN ISMAIL

PUAN SAZIATUL WENDY BINTI SAIPOL BAHARI

CIK SHAMIMI HANIFA BINTI DULHISHAM

CIK SITI ZUBAIDAH BINTI OMAR



KURSUS PENGHAYATAN BAHASA SASTERA

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MALAYSIA (SR)

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Cheras

10-13 April 2012





*proud to be with all of this AWESOME people!





Wednesday, April 11, 2012

Cuba


Bukan niat aku memaksa

aku cuma mahu dia mencuba,

mencuba memberi sedikit waktu;

untuk aku.



sesaat,

dalam 86400 saat 1harinya

untuk aku.

hanya aku.

cukup.

aku tak minta lebih dari itu.



sekurang-kurangnya,

aku tahu;

ada aku dalam dia.




dan itu buktinya!

Tuesday, April 10, 2012

Cemburu?!


Salahkah aku merasa cemburu..?



iya.
aku manusia biasa.
rasa cemburu tetap mengalir
dalam pembuluh darah aku.
itu normal seorang aku.

tapi,
aku juga sedar dan tahu.
aku tak perlu cemburu;
aku percaya dia,
dia percaya aku.
cukup dengan itu.
benar cukup.
kerna itu keyakinan aku!

namun,
tak disangkal;
fitrah wanita juga
turut hadir dalam diri aku.
aku tak boleh lari
dari rasa KUAT cemburu...

iya,
wanita itu KUAT cemburu.
hakikat.
walau sekuat mana aku tak peduli,
rasa itu merebak selaju virus!

melihat dia bersama seseorang,
aku boleh diamkan saja.
iya;
itu memang cara dia.
sejak dulu.
aku terima itu.

lantas,
walau bergelodak rasa di hati,
mendidih darah diprovokasi,
namun aku butakan mata.
itu biasa.

oh,
Bagusnya ShamimiHanifa!
dia cool je?
*SuaraDalamHatiSarkastik*

PERGH!
Berdarah rasa!

Iya,
aku tipu.
aku bukan setenang itu!
aku CEMBURU!

letaklah sesiapa pun disamping dia;
hatta kawan sepermainan dia,
yang kenal dia jauh lebih lama dari aku;
aku tetap rasa CEMBURU!

inikan seseorang itu;
dengan gaya begitu;
dengan komen itu;
PERGHHH!!!
memang aku rasa nak MELETUP!

Tapi,
Cemburu aku bukan cemburu buta.
mungkin~

sebab,
cemburunya aku,
bukan bermakna aku tak faham.

aku faham dia.
itu cara dia.
itu gaya dia.
itu kata-kata dia.

jauh di sudut hati aku,
aku tetap percaya dia.


cuma;
aku harap dia cuba jaga hati aku juga...


~Awak, tau tak saya CEMBURU?!



Monday, April 9, 2012

The greatest AWESOME FOURSOME!






MIMI
;



The greatest AWESOME FOURSOME!





Menonton kembali buat aku lebih pasti;
Cinta aku memang hanya pada dia!
kerna;
mata aku hanya mahu lihat dia.
dia sahaja!

iya,
hati sudah mulai terpaut;
sejak pandang pertama.



Kisah ini menemukan kami.



hingga kini,
walau apa terjadi;
masih dia.
dia yang paling AKU CINTA.



ilysm,sayang...





~harta ini akan aku jaga dengan nyawaku.
PERCAYALAH!

Sunday, April 8, 2012

Kembali Bertemu

hampir empat bulan tak bertemu;
iya.
aku rindu!

walau sebenarnya
mahu terus rajuk aku,
namun tak sanggup aku.
aku perlu jumpa dia,
hari ini.
sangat perlu!
kerna aku tak dapat ada untuk dia
tika dia perlukan aku;
nanti.

tika bertemu,
aku seperti selalu.
tak mampu menatap mata itu.
*KetukKepalaSendiri*

namun,
janggal itu tak lama.
aku mahu menatap dia.
kekasih aku yang aku damba.

belum habis bertukar cerita,
dia mula gelisah.
iya,
aku tau dia mahu pergi.
jasadnya di depan aku,
fikiran dah menerawang jauh~

aku lepas dia pergi.
walau dia katakan masih mahu bersama,
tapi aku tau dia cuma nak menyedapkan hati.
tak perlu!
Pergilah.
buat apa masih di depan aku,
sedang segala dia sudah hilang tinggalkan aku?

Tak perlu risau aku.
aku faham.
perkara disana lebih penting dari aku.

tentang aku,
pandailah aku pujuk sendiri~

bukan;
aku tak merajuk.
cuma,
sedih dan kecewa tu tetap ada.
tapi itu biasa.
aku dah mampu tanganinya.

namun aku terkilan;
sekejapan saja masa dia untuk aku.
lepas ini,
entah bila lagi dapat ketemu...
hmm~