Showing posts with label mimiete's cubicle. Show all posts
Showing posts with label mimiete's cubicle. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Kian Hilang... T_T

aroma itu;
kian menghilang...
aku makin sesak;
perlu ia lagi,
untuk meneruskan hari.
kekasih;
aku mahu...
T_T

Monday, September 26, 2011

BVLGARI VANILA

Lenaku diulit tiap hari.
terkadang tak mampu lelapkan mata...
aroma itu menusuk;
menggetar jiwa.
takkan mampu tanpa ia.
namun,
akan cuma bertahan sampai bila...?

T_T


Sunday, July 3, 2011

berubah...

manusia berubah.
tak perlu tunggu lama.
seminit;
hatta sesaat sekalipun;
manusia boleh berubah.
dan pabila seseorang itu dah berubah,
dia takkan dapat kembali kepada dia yang dulu.
andai dia dapat berubah kembali,
semuanya takkan pernah sama lagi.
sama seperti yang kau kenal dulu.
mesti ada kekurangan atau kekosongan yang tak mampu terisi.
dan kau juga takkan kembali sama seperti dulu;
kau juga telah berubah...
hanya tinggal kenangan dan memori yang kekal di ingatan...

~sungguh aku rindu kamu.... T_T



Monday, June 27, 2011

Bisikan...

ada yang berlegar-legar dalam kepala;
tak mampu aku hindari.
dah berhari-hari begini!
kata-kata itu;
sudah umpama barah dalam jiwa aku.
hanya tunggu masa untuk merebak dengan cepatnya;
melahap segala hingga tak tinggal sisa!
aku sudah tak punya asa.
aku mahu berbicara.
untuk yakinkan diri bahawa semua ni dusta belaka!
bisikan itu semakin bermaharajalela.
tak tertahan aku!
sepatutnya aku tak perlu goyah;
kerna sudah melafaz yakin percaya.
namun;
sedikit sebanyak ada benarnya...
AARRGGHHHH!!!
tolong aku!
terlalu dalam rasa ini.
pabila rasa berperang dengan kata dalam jiwa;
aku perlukan ruang dan masa.
mencari tahu maksud segalanya.
sendiri nampak gayanya...

Thursday, June 2, 2011

Bertahan

perjuangan hari pertama.
aku struggle.
lelah.
nak muntah.
sakit kepala.
semua lengkap.
namun,
aku perlu bertahan.
GAMBATTE Shamimi Hanifa!


Monday, May 16, 2011

Diam Sebentar

Shamimi Hanifa;
rasional.
jangan biar emosi merajai.
tarik nafas sedalamnya;
bertenang.
fikir semula.
diam sebentar...

Sunday, May 15, 2011

Masa itu

Ada sesuatu perkara;
yang kita hanya boleh dapat di masa itu sahaja.
tidak sebelumnya;
tidak selepasnya;
hatta walau satu saat jaraknya.
kerna pabila masa itu dah berlalu,
segalanya tak berguna lagi...
rasa itu dah hilang lenyap.
takkan pernah kembali lagi..
terbeku hanya di masa itu!

Monday, May 9, 2011

Hanya mampu merancang..

aku sedikit kecewa;
perancangan aku terhenti..
tak mengapa,
semua yang berlaku ada hikmahnya...
aku cuma berharap,
ia tetap akan berlaku.
walau apa cara sekalipun!
aku mahu laksanakannya.
kerna ini sangat penting buat aku.
SANGAT-SANGAT!!!
akan aku pertaruhkan segalanya.
semoga dipermudahkan...



Monday, May 2, 2011

Soalan?

benarkah apa dikatakan?
adakah aku harus berubah fikiran?
atau perlukah aku tetap bertahan?
akukah yang perlu buat pilihan?
masihkah aku punya kesempatan?
bagaimana harus aku lakukan?
haruskah aku membiarkan?
mestikah aku mengambil tindakan?
bagaimana dengan aku punya perasaan?
adakah semua ini sekadar mainan?
mengapa semua soalan bertemu soalan?
kerna aku masih tak punya semua jawapan....

Saturday, April 23, 2011

Tenang aku

Aku pulang.
Segala beban serasa lepas semuanya.
kesakitan seakan lenyap segala!
aku hangat dalam dakapan mama.
nyaman dalam pelukan dan ciuman adinda.
dua minggu tak bertemu;
memang menyesakkan aku.
kini,
aku tenang.
sungguh tenang.
disirami kasih sayang sejati.


Monday, April 11, 2011

Fath...

Terkenang engkau;
segala memori menerjah minda,
tergambar satu persatu di layar mata.

adakah akan aku ketemu seperti engkau lagi...?

Monday, March 28, 2011

Malu...

aku malu..
aku rasa aku dah melampau
ekspresi aku serasa keterlaluan..
betul ke apa yang aku lakukan ni?
kalau benar salah,kenapa aku lakukan juga?
gila kah aku?
mungkin benar..
cinta itu gila!
aku sememangnya dah gila
gilakan cinta dia!
semua yang aku lakukan,
semuanya kerna dia!
aduhai, Shamimi Hanifa!
apa dah jadi dengan kau?
mungkin aku rasakan ini penanda arasnya...
aku harus berubah
kembali kepada aku yang konkrit.
aku kian rapuh;
bila aku dah buat segalanya,
luahkan segalanya,
sehingga ke tahap tertinggi,
tapi dia masih tetap beku~
aku takut,
sampai satu hari,
akankah aku berputus asa??

~dan takkan kembali mencinta lagi.....~

Tuesday, March 22, 2011

Hanya Aku!

tolong
jangan salahkan diri
kerna aku sememangnya begini
dan aku juga tahu dia
dia bukan macam aku
tolong
biarkan saja aku begini
tak perlu rasa bersalah
jangan buat apa-apa pun
kerna aku memang selalu memberi
dan aku takkan pinta balasan!
cukuplah pemberian aku diambil tahu
aku dah rasa sangat gembira!!
sungguh!
jadi sayang,
biarkan aku menjadi aku.
kerna inilah aku.
Hanya aku!

Sunday, March 6, 2011

Setahun sudah berlalu

Hari ini genap setahun usia
aku sudah tidak ketemu dia
adakah mungkin aku ketemunya lagi?
menatap indahnya lagi?
mendengar merdunya lagi?
merasa nyaman kehadirannya lagi?
atau aku perlu membilang waktu setahun lagi untuk direalisasi....???

Friday, February 18, 2011

Insecure

Dah beberapa malam aku tak dapat lelapkan mata..
hati dan perasaan aku berlumba-lumba
meredah masuk ke dalam minda
membuatkan aku terpaksa banyak berfikir..
bila aku lelapkan mata,
hal ini menguasai fikiran aku.
perasaan takut aku jadi berganda!
aku jadi insecure..
perempuan ni kompleks kan?
kenapa semua kebarangkalian harus aku fikirkan?
mungkin sebab aku masih tak yakin.
tak percaya dengan perasaan dia pada aku.
entah-entah dia kesian je dengan aku...
lepas dia jumpa orang yang dia suka,
dia tinggalkan aku..
jadi apa yang perlu aku lakukan???
aku buntu!



Thursday, January 20, 2011

Fantasi realiti

adakah aku mimpi dalam jaga?
atau aku tersalah sangka?
aku keliru...
berilah kepastian pada aku
agar aku dapat bezakan keduanya
fantasi atau realiti...

Thursday, January 13, 2011

Ragu yang rapuh

Timbul rasa ragu dalam hati aku
entahlah!
ini jalan yang aku pilih
aku yakin selama ini
tapi kenapa tiba-tiba aku meragu?
mungkin aku tersalah tafsir?
atau memang itu maksud sebenarnya?
teguran buat aku
supaya membuka mata aku
tersedar akan maksud sebenar...
keraguan ini membuat aku rapuh
Sungguh!!
aku tak mahu ia berlaku
berikanlah aku petunjuk
katakan padaku segalanya dusta belaka
semua kerana aku tersalah tafsiran
katakanlah!

Friday, November 19, 2010

Tolong percayakan aku...

aku sedar
aku bukan orang yang boleh dibanggakan
aku banyak kekurangan
aku tak macam yang lain-lain
serba serbi sempurna
aku hanya ada pengalaman
yang menjadi sekolah terbaik aku
untuk aku belajar cara meneruskan hidup ini
namun
yakinlah pada aku
ini tanggungjawab aku
aku tetap akan pikul
dengan darah dan keringat!
ya,aku bukan pengganti abah
aku takkan pernah dapat gantikan abah..
tapi;yakinlah dengan aku!
aku akan cuba sedaya upaya
mengemudi keluarga kita..
Tolong percayakan aku!
aku mohon!

Thursday, October 28, 2010

Terluah jua...

setelah aku mengumpul kekuatan
hari ini penentunya!
akhirnya rasa yang tersimpan itu
aku luahkan jua..
walau dengan tidak bertentang mata
kata-kata itu tetap terzahir
dan maksudnya sampai ke telinga si pendengar.
akhirnya aku terus berlalu
tanpa mengetahui apa reaksinya!
mengapa aku lakukan begitu?
kerana aku hanya mahu meluahkan rasa
yang terpendam selama ini.
hanya itu sahaja.
supaya aku tidak terbeban dengan rasa itu lagi.
namun,
mengapa hati ini masih tidak tenteram?
bukankah setelah aku luahkan,
beban aku akan terlepas?
hati,
mengapa begini?
adakah aku bodoh kerana terus berlalu?
atau aku bodoh dari sejak mula dengan meluahkan rasa itu?
bantulah aku temui jawapannya dimana..

Sunday, October 24, 2010

Luahan rasa hati...

aku masih tercari-cari
perkataan yang paling sesuai
untuk meluahkan rasa ini...
aku juga masih keliru
bagaimana caranya
untuk aku melafazkan
kata-kata itu...
apa yang harus aku lakukan?
jika dipendam,
ia akan terkubur selamanya..
jika diluah,
aku takut dengan akibatnya..
aku buntu!!!