Monday, March 14, 2011

Mimpi dengan mata terbuka

semua serasa seperti dalam mimpi
kehadirannya;
penerimaannya;
layanannya;
segalanya tentang dia.
semua yang dia lakukan,
tak pernah terfikir oleh aku.
segalanya menjelma menjadi realiti.
aku masih takut,
takut dia berubah hati...
sebab itu setiap malam aku akan berterima kasih
berterima kasih untuk segalanya
kerana aku masih mengecap bahagia bersama dia.
dan pabila aku bukakan mata di pagi hari,
aku harap dia takkan pernah berubah
kerana realiti ini seindah mimpi
aku mahu hanyut di dalamnya..
dia,
menjadikan aku seorang pemimpi
pemimpi dengan mata yang terbuka...

Monday, March 7, 2011

Buat Aku Tersenyum

Terima kasih yang tak terhingga
kerana sering buat aku tersenyum
You really know how to make me smile,
and it means a lot to me.
tapi kadang-kadang aku jadi tak keruan..
adakah luahan-luahan aku selama ni menjengkelkan?
adakah aku perlu berhenti dari mengekspresi?
atau apakah kesunyian dia itu tanda penerimaan?
mungkin iya atau tidak..
hanya dia yang tahu...


Sunday, March 6, 2011

Seribu Bintang...

Seribu Bintang

Ingin ku pergi jauh darimu
Agar ku kenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar ku kenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama ku hidup melara
Telah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku...


~Bila dengar lagu ni, terasa dekat dengan rasa di hati...~

Setahun sudah berlalu

Hari ini genap setahun usia
aku sudah tidak ketemu dia
adakah mungkin aku ketemunya lagi?
menatap indahnya lagi?
mendengar merdunya lagi?
merasa nyaman kehadirannya lagi?
atau aku perlu membilang waktu setahun lagi untuk direalisasi....???

Friday, March 4, 2011

Maafkan aku..

Hero dan gadisku,
fahamilah aku
apa yang aku lakukan
segalanya untuk kamu
demi kamu!
sungguh aku sayang kamu.
kamu permata aku.
walau semua menafikan kebijaksanaan kamu,
namun aku akan cuba menggilap kamu semua.
agar kamu semua menjadi insan yang berjaya!
Sayangku,
bantulah aku!
dengarlah kata-kataku.
ubahlah sikapmu.
semua ini hanya untuk kamu,
hero dan gadisku!


Wednesday, March 2, 2011

Terima Kasih Cinta

Terima kasih,yang tercinta.
Terima kasih untuk penerimaan ini.
Terima kasih untuk rasa sayang ini.
Terima kasih untuk rasa bahagia ini.
Terima kasih untuk rasa cinta ini.
Terima kasih untuk segalanya...
Sungguh aku tenang di sisimu.
Kasih sayangku ni akan aku curahkan segala
Rindu yang terpendam ini hanya kernamu saja
Cinta ini milikmu jua
Segala rasa yang tercipta ini,
sudah lama menanti
menanti untuk dicurahkan.
Terimalah segala rasa ini duhai kekasih
kerna hanya kamu pemiliknya
sejak dari dulu
aku nanti-nanti.
kamu tahu itu kan...??

Tuesday, March 1, 2011