Wednesday, April 11, 2012

Cuba


Bukan niat aku memaksa

aku cuma mahu dia mencuba,

mencuba memberi sedikit waktu;

untuk aku.



sesaat,

dalam 86400 saat 1harinya

untuk aku.

hanya aku.

cukup.

aku tak minta lebih dari itu.



sekurang-kurangnya,

aku tahu;

ada aku dalam dia.




dan itu buktinya!

Tuesday, April 10, 2012

Cemburu?!


Salahkah aku merasa cemburu..?



iya.
aku manusia biasa.
rasa cemburu tetap mengalir
dalam pembuluh darah aku.
itu normal seorang aku.

tapi,
aku juga sedar dan tahu.
aku tak perlu cemburu;
aku percaya dia,
dia percaya aku.
cukup dengan itu.
benar cukup.
kerna itu keyakinan aku!

namun,
tak disangkal;
fitrah wanita juga
turut hadir dalam diri aku.
aku tak boleh lari
dari rasa KUAT cemburu...

iya,
wanita itu KUAT cemburu.
hakikat.
walau sekuat mana aku tak peduli,
rasa itu merebak selaju virus!

melihat dia bersama seseorang,
aku boleh diamkan saja.
iya;
itu memang cara dia.
sejak dulu.
aku terima itu.

lantas,
walau bergelodak rasa di hati,
mendidih darah diprovokasi,
namun aku butakan mata.
itu biasa.

oh,
Bagusnya ShamimiHanifa!
dia cool je?
*SuaraDalamHatiSarkastik*

PERGH!
Berdarah rasa!

Iya,
aku tipu.
aku bukan setenang itu!
aku CEMBURU!

letaklah sesiapa pun disamping dia;
hatta kawan sepermainan dia,
yang kenal dia jauh lebih lama dari aku;
aku tetap rasa CEMBURU!

inikan seseorang itu;
dengan gaya begitu;
dengan komen itu;
PERGHHH!!!
memang aku rasa nak MELETUP!

Tapi,
Cemburu aku bukan cemburu buta.
mungkin~

sebab,
cemburunya aku,
bukan bermakna aku tak faham.

aku faham dia.
itu cara dia.
itu gaya dia.
itu kata-kata dia.

jauh di sudut hati aku,
aku tetap percaya dia.


cuma;
aku harap dia cuba jaga hati aku juga...


~Awak, tau tak saya CEMBURU?!



Monday, April 9, 2012

The greatest AWESOME FOURSOME!






MIMI
;



The greatest AWESOME FOURSOME!





Menonton kembali buat aku lebih pasti;
Cinta aku memang hanya pada dia!
kerna;
mata aku hanya mahu lihat dia.
dia sahaja!

iya,
hati sudah mulai terpaut;
sejak pandang pertama.



Kisah ini menemukan kami.



hingga kini,
walau apa terjadi;
masih dia.
dia yang paling AKU CINTA.



ilysm,sayang...





~harta ini akan aku jaga dengan nyawaku.
PERCAYALAH!

Sunday, April 8, 2012

Kembali Bertemu

hampir empat bulan tak bertemu;
iya.
aku rindu!

walau sebenarnya
mahu terus rajuk aku,
namun tak sanggup aku.
aku perlu jumpa dia,
hari ini.
sangat perlu!
kerna aku tak dapat ada untuk dia
tika dia perlukan aku;
nanti.

tika bertemu,
aku seperti selalu.
tak mampu menatap mata itu.
*KetukKepalaSendiri*

namun,
janggal itu tak lama.
aku mahu menatap dia.
kekasih aku yang aku damba.

belum habis bertukar cerita,
dia mula gelisah.
iya,
aku tau dia mahu pergi.
jasadnya di depan aku,
fikiran dah menerawang jauh~

aku lepas dia pergi.
walau dia katakan masih mahu bersama,
tapi aku tau dia cuma nak menyedapkan hati.
tak perlu!
Pergilah.
buat apa masih di depan aku,
sedang segala dia sudah hilang tinggalkan aku?

Tak perlu risau aku.
aku faham.
perkara disana lebih penting dari aku.

tentang aku,
pandailah aku pujuk sendiri~

bukan;
aku tak merajuk.
cuma,
sedih dan kecewa tu tetap ada.
tapi itu biasa.
aku dah mampu tanganinya.

namun aku terkilan;
sekejapan saja masa dia untuk aku.
lepas ini,
entah bila lagi dapat ketemu...
hmm~

Monday, March 26, 2012

Komunikasi

komunikasi,
antara kita;

berkesankah?



aku percaya dia;
dia percaya aku.
syukur ALLAH kerna itu.



soal hati kita;
masih penuh misteri.
selalu saling tak memahami...



namun,
aku yakin,
kita dah cukup matang;
untuk menyelesaikan secara tenang.



~Terima Kasih, dugaan!
kernamu,
aku mula memahami;
KOMUNIKASI cara kami ...

Sunday, March 18, 2012

dekat tapi jauh...

jika kau mahu;
kau sudah katakan pada aku.

namun aku tahu,
kau takkan mahu...



jauh di sudut hati aku;
sungguh aku mahu!
andai kau lafaz pada aku...

tapi aku juga tahu,
kau masih tak mampu.



kerna itu kau masih tetap membisu...



aku pedih;

aku sedih;

aku jerih;

kerna aku tahu;
kau ada di situ.

dan aku tak mampu ke situ;
kerna kau tak mahu aku...



aku; kau:
dekat tapi jauh.





~mungkin; masih belum masanya... hmmm...

Wednesday, March 14, 2012

secebis bingkisan

Gagah keranamu;
Hancur keranamu.
Jiwa tergelincir olehmu..
Namun salah siapa..?
Salah aku?
Menjunjungmu terlalu tinggi?
Menggantung harapan di hujung jemarimu?
Kekasih;
hanya nama tanpa erti...



~Reza Budiman~




*andai aku juga mampu meluah kata seindah ini...