Thursday, June 28, 2012

Menjejak Realiti

Kasih,
Indah ini tak mampu terlupakan.
bait kata pun tak mampu menggambar
betapa indah rasa ini yang kau beri.
Sangat istimewa!

Namun,
aku berkeputusan melepas ia pergi.
kerna aku tahu kamu tak mahu,
melihat aku hanyut dalam kamu...

kini,
aku akan kembali.
menempuh realiti.
menjadi sang aku yang kental.
menjalani hidup sehari-hari..

Indah itu,
telah aku kurungkan segalanya
di dalam sebuah coretan.


Seandainya;
Tika aku rindu indah itu,
coretan itu bisa membawa aku
terbang ke awangan;
mengulit indah itu sekali lagi...


Jadi sekarang,
ShamimiHanifa;
Tinggalkanlah segala,
Selamat kembali.
Untuk menjejak realiti...






Wednesday, June 27, 2012

Tentang rasa

Tentang rasa;
Hati masih mahu hanyut dalam pelukan mimpi indah,
Namun akal keras menegah agar merempuh realiti!
Jadi apa aku perlu...?!
haih~

Maaf.
aku tewas.

aku lemah.

aku masih tak mampu.
aku masih rindu~




Indah ini bikin aku hanyut lagi...

Cukup Sudah

ShamimiHanifa,
Sudah.
Cukup-cukuplah.
Kembalilah pada realiti.
Indah itu,
Biar tinggal jadi mimpi...


Ruang ini

Perasaan ini;
masih di awangan.

iya,
aku hanyut lagi.
tak mampu menjejak bumi.

Indah itu bikin aku menguntum senyum.
senyum sepanjang hari.

asyik terfikirkan dia;
mungkinkah aku gila?!

Arghhh!
aku memang sudah lama gila.
gilakan dia!

Berikan aku masa,
aku masih tak mahu kembali.

Berlegar di ruang ini,
mengulit indah dia untuk sedetik waktu lagi...



izinkan aku~


Monday, June 25, 2012

Indah


sayang,
walau tiada kata yang terluah,
namun segala getar itu terasa;
mengisi setiap rongga,
membalut segenap jiwa..


Indah itu milik kita~


Aku tahu;
Kamu tahu;
Hanya kita.
Bersama berdua..



Terima kasih,sayang~ <3 <3 <3



Hari Ini

Hari ini.
Hari yang aku nanti-nanti.
Setelah lapan bulan berlalu;
Aku mahu bersama dia,
Dalam sebuah pertemuan yang aku damba;
selama ini.

Hari ini,
Berikan aku cuma hari ini.
Hari ini sahaja.
Cukup.

Aku mahu bersama dia.
Hanya aku dan dia.
Berdua sahaja...

Sunday, June 24, 2012

Tolong

Mahu rehat awal malam ni.

Pitam, sakit kepala.
Mohon semua lenyaplah malam ni.

jangan la datang lagi esok pagi...

Tolong.