Friday, January 28, 2011

Putrajaya?!

Putrajaya?!
sebuah wilayah yang gah!
Aku tak pernah mengimpikan kota itu..
Tidak pernah terlintas.
Langsung tak pernah!!
berita itu buat aku terkesima.
diam tak terkata.
Kesal mula membuak-buak dalam diri aku.
aku tak mau pergi!
aku mau di sini!
di sisi mama..
namun apa daya aku.
aku terpaksa pergi..
mungkin semua ini ada hikmah yang aku tak tahu...

Sunday, January 23, 2011

Sedang merindukan...

Rindu!



Tersangat rindu!



pada yang telah pergi...



Ya ALLAH,
kuatkanlah semangat aku...

Thursday, January 20, 2011

Fantasi realiti

adakah aku mimpi dalam jaga?
atau aku tersalah sangka?
aku keliru...
berilah kepastian pada aku
agar aku dapat bezakan keduanya
fantasi atau realiti...

Tuesday, January 18, 2011

Yang terlupakan..

Dia...
MILO aku!
Suria aku!
Semangat aku!
Kekuatan aku!
Senyumnya buat aku tersenyum..
andai dia tahu,
sungguh dia istimewa buat aku.

~Terkadang ingin aku jeritkan pada dia, AWAK adalah DIA saya!!!~

terkadang aku rasakan dia tahu segalanya;
terkadang aku rasakan dia bagai membenci segalanya..
terkadang aku rasa aku rapat dengan dia;
terkadang aku rasa hubungan aku dan dia punya jurang sangat nyata..

entahlah..
dia yang sangat misteri.
aku takkan pernah fahami..
apa yang aku mampu,
mencuripandang dia dari sudut kecil dunia ni.
semoga dia sedar kewujudan aku...
orang yang terlupakan...

Thursday, January 13, 2011

Ragu yang rapuh

Timbul rasa ragu dalam hati aku
entahlah!
ini jalan yang aku pilih
aku yakin selama ini
tapi kenapa tiba-tiba aku meragu?
mungkin aku tersalah tafsir?
atau memang itu maksud sebenarnya?
teguran buat aku
supaya membuka mata aku
tersedar akan maksud sebenar...
keraguan ini membuat aku rapuh
Sungguh!!
aku tak mahu ia berlaku
berikanlah aku petunjuk
katakan padaku segalanya dusta belaka
semua kerana aku tersalah tafsiran
katakanlah!

Wednesday, January 5, 2011

Terima kasih,kawan....

Aku meneroka blog-blog rakan aku
dan tak tersangka-sangka
aku terjumpa ini~
terima kasih, kawan
aku tahu ia memang ditujukan buat aku.
terima kasih juga semua yang lain
kerana sudi hadir
di sini;
berkongsi rasa dengan aku
dan serasa kalian memegang erat aku saat aku terjatuh
sungguh aku terharu..
aku berjanji
hubungan adik-beradik kita ini
takkan pernah terurai
selamanya...
hingga akhir nyawa aku;
akan aku pertahankan!
kalianlah kawan sejati...
LOVE YOU! Gpoint2

Aku yang tak berdaya...

Airmata aku cepat sangat mengalir sejak kebelakangan ni..
mungkin orang tengok aku kental,
tapi hakikatnya,aku je yang tau..
disudut hati aku,aku tewas
tewas dengan emosi aku sendiri…
perkara ni melibatkan keluarga aku!
aku tak berdaya..
apa-apa pun berlaku,
hidup mesti diteruskan..
aku cuma insan biasa..
tak cukup sempurna untuk menangani masalah dengan senyuman..
aku pun tak tau,bila air mata ni nak berhenti mengalir..?

Tuesday, January 4, 2011

Erti sebuah senyuman...??

Kenapa sekarang ni susah sangat untuk aku ukir sebuah senyuman?
Atau aku dah terlupa cara untuk tersenyum?
Senyum tu tandanya apa ye..?
Seronok..?
Gembira..?
Teruja..?
Bahagia..?
Soalan yang aku takde jawapannya..
Kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa yang berlaku
Sampai aku dah tak dapat nak ukir senyuman yang punya erti..
aku dah lelah dengan senyum yang aku ukir dengan paksaan,
siapakah yang mampu menguntumkan senyum aku kembali..?
aku pun masih mencari...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru

Tahun baru 2011
takkan pernah sama lagi..
yang pergi takkan kembali..
aku sedar,
bermula tahun ini
segala tanggungjawab akan aku pikul..
semoga aku akan tabah dan kuat
untuk menjadi tulang belakang
keluarga aku!
pinjamkan sedikit kekuatan,
untuk aku terus terbang tanpa sayap ini...
Abah,
miss you a lot... T_T