Thursday, June 30, 2011

Jelmaan

Norman;
kenapa kau hadir depan mata aku?
bagai jelmaan Fath..
segala tentang kau seperti dia!
kenapa mesti kau ingatkan aku lagi?!
norm;
tolong jangan bertemu aku.
aku takut aku tak mampu...
aku mohon!

Tuesday, June 28, 2011

malam ini

malam ini,
disenandungkan lagu;
aku jatuh cinta lagi!
aku mahu tidur.
aku mahu bermimpi.
mimpikan dia.
semoga ketemu...

Monday, June 27, 2011

Penting!

dia penting buat aku.
Sangat-sangat!
aku perjudi segala aku;
untuk mendapatkan cinta dia.
aku akan tetap berjuang untuk cinta ini!
namun;
aku perlu berubah...
Shamimi Hanifa,
belajar untuk berubah ye...


Bisikan...

ada yang berlegar-legar dalam kepala;
tak mampu aku hindari.
dah berhari-hari begini!
kata-kata itu;
sudah umpama barah dalam jiwa aku.
hanya tunggu masa untuk merebak dengan cepatnya;
melahap segala hingga tak tinggal sisa!
aku sudah tak punya asa.
aku mahu berbicara.
untuk yakinkan diri bahawa semua ni dusta belaka!
bisikan itu semakin bermaharajalela.
tak tertahan aku!
sepatutnya aku tak perlu goyah;
kerna sudah melafaz yakin percaya.
namun;
sedikit sebanyak ada benarnya...
AARRGGHHHH!!!
tolong aku!
terlalu dalam rasa ini.
pabila rasa berperang dengan kata dalam jiwa;
aku perlukan ruang dan masa.
mencari tahu maksud segalanya.
sendiri nampak gayanya...

Sunday, June 26, 2011

DIAM!!

jangan mudah melontar kata andai tak tahu apa-apa!
kau tak kenal pun dia!
diam sahaja!


Saturday, June 25, 2011

Perjuangan dia

perjuangan dia;
dihentikan disini..
namun;
bagi aku, dia tetap TERHEBAT!
mungkin bukan rezekinya.
be strong!



Friday, June 24, 2011

Sedetik mengenali hero dan gadisku...

hari ini;
aku dapat mengenali semuanya.
berbicara dari hati ke hati.
bertemu mata ke mata.
ditemani ayahbonda mereka...
aku setia meminjam telinga;
mendengar keluh-kesahnya;
resah-risaunya;
mengharap yang terbaik buat permata mereka.
di sudut hati aku,
aku bersyukur dengan adanya hari ini.
aku dapat lebih mengenali hero dan gadisku.
sisi naif mereka;
lembut hati mereka;
suci jiwa mereka;
yang selama ini bertopengkan sifat nakal setiap kalinya.
hero dan gadisku;
cinta hati aku.
semuanya!
tiada yang terkecuali.
walau terkadang aku jatuh terduduk,
kecewa dengan kamu semua;
namun aku takkan pernah putus asa.
kerna aku tahu dirimu semua punya permata!
aku akan cuba,sayang
apa jua cara!
yang terbaik buat kamu!
agar kamu sedar;
masih ada aku,
yang akan tetap menyokong kamu.
hero dan gadisku!
bantulah aku...

Tuesday, June 21, 2011

dinihari...

Mata tak terpejam;
terbit persoalan di hati.
mungkin ia hanya bisikan syaitan semata!
entahlah.
aku yang paranoid,mungkin.
buang semua jauh-jauh!
sabarlah...

Dia Lelaki


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

~Selamat Berjuang.
Doa tak pernah putus buat dia.
Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
InsyaAllah...

Monday, June 20, 2011

JUVANIAN!


~Dedicated to Juvanian~


Mengenali teman baru;
JUVANIAN!
semua berlaku tanpa disangka.
ramahnya mereka memikat aku.
walau pertama kali bersua,
dilayan persis sahabat lama lagaknya;
bagai telah wujud kimia antara kita.
kamu;
yang sudah ku anggap sahabat,
akan aku terus menyokong kamu.
setiap waktu;
selagi ada daya aku...
aku tetap mahu!

  • Zahiril Adzim
  • Johan Arrif Asari
  • Syazwan Zulkifly
  • Adam Shah
  • Shukri Yahaya
  • Idzham Ismail
  • Talha Harith
~Kamu BEST!!!~




Kuala Lumpur tak pernah TIDUR!


Dua budak *otaksenget*!!!

tiga hari yang sangat indah.

bila lagi dapat berjimba bersama aku?

pandai-pandai tukar wallpaper Handphone aku;

sengaja buat aku RINDU!!!

ARRRGGGGHHHHHHH!!!!!!!!

~RINDU la,gila!! T_T ~


Saturday, June 18, 2011

Duka dia..

dia sedang berduka.
aku tak mampu buat apa-apa!!!
aku rasa tak berguna!
entahlah...
duka dia;
aku pun rasa juga!
aku tak dapat menahan rasa derita,
melihat dia terluka.
hati ini turut merasa sakitnya!
jauh di sudut hati,
serasa aku mahu pergi kepadanya;
memeluk erat dirinya.
memujuk hatinya.
membisik kata semangat padanya,
sekarang juga!!!
namun itu mustahil.
semuanya....!
aku tahu;
sejak kebelakangan ini,
terlalu banyak kehilangan buat dia.
insan-insan kesayangannya pergi;
meninggalkan dia disini.
sedang aku,
aku disisi dia.
namun tetap tak mampu buat apa.
kerna dia lebih rela menahan duka sendiri...
entahlah!
dia;
masih belum membenarkan aku menjenguk hatinya.
untuk berkongsi segala...
entahlah!
aku belum layak agaknya...
mungkin!

~really feel useless bila tak mampu buat apa-apa~
haih~

Thursday, June 16, 2011

Tersungkur sebelum bermula...

Aku sudah mula goyah,
Tak tertahankan!
Apa harus aku lakukan lagi?
Seharusnya aku rela.
Faham dengan tugas dia.
Bukan perlu rasa terseksa...
Shamimi Hanifa,
jangan macam ni ye!
Kesian dia.
Tak tenang dia nanti...
Bersabarlah!
ini semua mainan perasaan kamu sahaja!
bertahanlah!

Menjelang Hari Bapa

Hari Bapa ini menyesakkan aku!
Aku tak mampu mendengar tentangnya lagi.
Lemah aku... T_T

Monday, June 13, 2011

Ulangkan sekali lagi

Tuhan saja yang tahu jejaka dihatiku
Namun ku memendam rasa siapalah aku?
Dunia kita berbeza kau disanjung, dipuja
Kemana saja kau pergi ku sekadar pemerhati

Alangkah indahnya
Malam romantis ini
Kita berdua dan ku tak percaya
Apa yang kau bicara

Ulangkan sekali lagi
Bisikan manis mu tadi
Adakah ku bermimpi
Adakah ku disyurga

Ulangkan sekali lagi
Benarkah apa yang kau kata
Dikau mengharapkan cinta
Diri ku yang tak seberapa
Ya, ku juga cintamu...

Tuhan saja yang tahu betapa bahagia
Kau membuat ku sedar cinta itu buta
Sehingga ke akhir waktu kau tak berubah hatimu

Sudah sekian lama
Ku menanti cintamu
Jika ini lena tak ingin ku sedar
Dan masih ku tak percaya

Gadis paling bertuah di dunia
Begitulah yang ku rasa
Hanya kau yang ku cintai, selama ini
Yang istimewa dikaulah satunya

Ulangkan sekali lagi
Bisikan manis mu tadi
Adakah ku bermimpi
Adakah ku disyurga

Ulangkan sekali lagi
Benarkah apa yang kau kata
Dikau mengharapkan cinta
Diri ku yang tak seberapa
Ya, ku juga cintamu...


~Terima kasih,yang tercinta~

Sunday, June 12, 2011

Permata yang hilang

Apa perlunya perbualan itu?
segalanya telah berakhir.
Tak perlu mengheret aku didalam imbasan memori itu lagi.
aku sudah punya memori tersendiri...
memori yang baru!
manusia sememangnya mudah lupa.
tak menghargai tika dalam genggaman;
namun pabila terlepas,
baru tercari-cari dalam rindu...
kamu;
usah diingat aku.
aku hanya umpama sebutir permata
yang terhilangkan.
sudah terlucut dari genggamanmu.
pergilah.
carilah permata yang baru.
kerna aku sudah ada yang punya.
bukan kamu lagi!

Saturday, June 11, 2011

Rindu setengah mati



Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu


aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Friday, June 10, 2011

Sebuah perjalanan ini

aku dan dia;
setelah bersoal dari hati ke hati;
akhirnya jawapan ditemui.
keduanya punya hasrat yang sama.
dilafaz terus dari hati...
keduanya berkeputusan,
untuk berjuang demi hubungan ini;
berjalan seiring selari;
mencapai tujuan pasti.
aku dan dia;
sudah bersedia,
menaiki sebuah kereta umpamanya;
untuk menuju ke satu destinasi;
yang jaraknya masih belum pasti...
pada mulanya,
dia memujuk aku.
untuk yakin dan percaya;
bahawa jika aku bersama dia,
aku akan selamat segala;
tiba ke destinasi bersama dia..
untuk menghilang ragu aku;
dia memandu 60km/j.
dia mahu aku selesa dengan pemanduannya.
dia mahu aku yakin dan percaya dengan dia.
dia mahu aku tenang bersamanya.
menghapus ragu aku segala..
akhirnya aku selesa;
aku yakin dan percaya;
aku akan selamat tiba dengannya.
tika itu,
dia meminta izin pada aku;
dia mahu memandu 20km/j.
kerana itu kelajuannya yang dia selesa sebenarnya...
aku terdiam seketika;
memikir sejenak tingkahnya.
namun aku akur akhirnya;
kerna aku telah yakin dan percayakan dia.
biarlah,
dia masih perlu masa.
walau selambat mana tingkahnya;
insyaAllah kami akan tetap selamat tiba.
aku hanya perlu bersabar;
sentiasa disisinya;
menanti dengan setia.
harapnya pabila dia sudah bersedia,
dia dapat memandu di dalam kelajuan yang aku selesa..
semoga aku tetap bertahan;
didalam sebuah perjalanan ini...

Tuesday, June 7, 2011

Encik yang tercinta

terkadang;
ingin aku laungkan namanya.
ingin aku khabarkan pada seluruh dunia.
siapa pemilik hati aku;
siapa belahan jiwa aku;
siapa cinta hati aku;
siapa arjuna jiwa aku;
biar namanya sentiasa di bibir.
takkan pernah jemu menyebut...
namun,
semua itu tak berlaku;
kerna aku tak mampu...

aku dan dia;
masih misteri.
masih saling mengenali.
masih mencari.
belum punya keputusan pasti..

terkadang aku terpaksa banyak berfikir,
sebelum menulis apa-apa di dinding laman sosial dia.
tulis; padam; tulis; padam lagi; tulis; padam lagi;
akhirnya,aku terus tak menulis langsung.
semuanya kerana aku risaukan penerimaan dia...

dia masih belum bersedia.
dia masih perlu masa.
dia masih banyak kerja.
tak dapat nak melayan soal remeh cinta..

biarlah;
dia tak kemana.
cuma perlu masa.
sabar perlu ada.
semoga satu hari nanti,
aku dapat ucapkan namanya;
dengan bangga;
tanpa ragu.
beritakan pada dunia,
dia; Encik yang tercinta!

Sunday, June 5, 2011

Ada ketika

ada ketika;
saat terpandang barang-barang abah,
hati aku tersentuh.
emosi terus di tahap negatif.
aku ingat aku kuat;
masih rapuh rupanya.
jatuh terduduk aku.
apa lagi yang mampu aku buat...?
abah,
rindu abah... T_T

Saturday, June 4, 2011

Arjuna Jiwa

aku menanti,
dan terus menanti.
penuh kesabaran.
tak mahu ketinggalan.
akhirnya;
aku lihat dia.
susuk yang buat aku tersenyum.
mata aku tak lepas memandang dia.
iya!
aku jatuh cinta lagi.
dan lagi!
aku tak mampu nafikan.
tiap kali memandang dia;
aku tetap jatuh cinta.
hanya dia;
arjuna jiwa aku!

~tak pernah puas melihat dia~


Lepaskan.

lepaskan.
jangan difikir lagi.
rindu itu membunuh aku.
aku berkeputusan.
aku takkan mengganggu.
mungkin ini yang terbaik buat aku.
dia memang sibuk.
aku mesti terima.
jangan diusik dia;
nanti dia tak dapat lakukan yang terbaik.
duduk diam;
doakan sahaja.
semoga dipermudah segala...
aku hanya perlu yakin dan percaya.
walau sesibuk mana dia,
ada aku dalam dia.
cukup.

~bertahan untuk lagi BEBERAPA bulan ye, Shamimi Hanifa!
GAMBATTE!

Friday, June 3, 2011

Bosan!

aku bosan dengan diri aku.
kenapa mesti aku merasa rindu?
sedang aku tahu dia tak begitu..
dia ada benda lebih penting dari fikirkan aku!
aku kena sedar tu!!!
entah la.
mungkin naluri seorang perempuan.
walau aku faham dia,
aku tetap mahukan perhatian dari dia.
haih~
Shamimi Hanifa,
ini harga yang kau perlu bayar bila memilih dia.
jadi jangan merungut.
terima seadanya.



Thursday, June 2, 2011

Bertahan

perjuangan hari pertama.
aku struggle.
lelah.
nak muntah.
sakit kepala.
semua lengkap.
namun,
aku perlu bertahan.
GAMBATTE Shamimi Hanifa!


Cuti akhirnya..

Aku dapat menikmati cuti aku akhirnya!
Putrajaya sangat menekan aku.
aku mahu pulang.
menghirup damai udara.
Negeri Sembilan yang tercinta.
nantikan aku.
aku kan kembali.