Monday, October 31, 2011

Kekasih Awal dan Akhir




Lagu itu.




Dia nyanyikan lagu itu buat aku.



dan aku hanya menguntum senyum.



jatuh cinta lagi!



~ Terima kasih, sayang ~

Friday, October 28, 2011

Sabar

sabarlah Shamimi Hanifa.
semua yang berlaku pasti ada hikmahNya.
semoga aku kuat, Ya Allah...





















~perlukah aku lupakan saja dan teruskan hidup seperti biasa..?









mengapa aku tetap cinta kamu,kekasih...?! ~haih~

Saturday, October 22, 2011

Ketemu Lagi

aku ketemu dia lagi.
melepas rindu.
iya!
aku tahu.
memang aku tak mampu tanpa dia...
melihat dia muncul dengan kedua-dua warna fav aku,
buat aku cair lagi~
haih...
apa saja lah tentang dia yang aku tak suka...?
semuanya tampak indah di mata aku.
semuanya tampak menarik di mata aku.
semuanya buat aku jatuh cinta...
namun,
ada yang terdetik di hati aku.
dan akhirnya aku tak mampu...
hmm..
biarlah!
bukan salah dia pun.
salah aku.
semuanya harus dari aku.
biarkan;
aku simpan segala,
dalam ruang hati yang paling dalam...
haih~

Tuesday, October 18, 2011

Seminggu 7 hari...

seminggu itu terlalu lama.
nanti pasti akan timbul salah faham.
jadi,
cukuplah dua-tiga hari sahaja ya!
ingat tu, Shamimi Hanifa?!

~seminggu cukup buat aku jadi tak normal~

Sunday, October 16, 2011

Ampun aku...

mimpi itu seakan nyata!
serasa betul benar berlaku!
menangis aku merayu-rayu;
aku mengejar namun dia tetap pergi.
pergi tinggalkan aku sendiri...
aku kejar dan terus mengejar,
namun dia tetap menghilang dari pandangan...
lantas,
tersentak aku terjaga;
serasa airmata mengalir tak berhenti..
di sudut hati aku,
aku bersyukur kerna itu hanya mimpi.
ampunkan aku, kekasih.
tolong jangan tinggal aku...
maafkan kecelaruan emosi aku semalam.
iya,
aku akui hati aku terguris,
namun aku tak mampu hilang dia...
mungkin,
ini satu petunjuk.
menyedarkan aku betapa pentingnya dia dalam hidup aku;
dan aku takkan pernah mampu tanpa dia..
ampun aku...

~tak boleh nak merajuk dengan dia...~

Saturday, October 15, 2011

Sebenarnya...

sebenarnya,
jauh di sudut hati aku,
aku ingin menjadi yang terindah di matanya;
agar tiada lain yang akan terlihatkan
lebih indah olehnya...

namun aku sedar dan tahu;
yang aku takkan pernah mampu...
kerna,
selalunya dia tidak memandang aku sebegitu...

iya,
aku bukan seorang yang mempesona;
walau berkali-kali aku cuba.
aku cuma perempuan biasa.
yang selalunya tidak punya ciri wanita...

iya,
aku sedar dan tahu.
ini semua salah aku.
tak seperti wanita pilihan lelaki biasa...
namun,
aku cuma harap dia dapat memandang aku
sebagai aku...

mencari di mana indahnya aku,
di dalam aku yang biasa-biasa itu.


~haih~


sudahlah Shamimi Hanifa,
biarkan dia menjadi dia.
tak semua yang diimpi akan jadi nyata.
belajar bersyukur;
cukup dengan cinta dia.
cukup!
jangan lagi meminta-minta.
kerna kau tak layak bersuara.
kau yang suka dia,
sebenarnya...


Indahkah hari ini?!

hari ini,
aku kembali.
meyusur jalan-jalan kenangan.
kali terakhir aku kesini;
kejutan buat dia.
tika itu,
sangat indah bagi aku.
sungguh!
kerna dia menjadi peneman setia...

namun hari ini,
aku keseorangan;
ke sini lagi.
dengan satu niat;
meraikan nia anggunku..
hanya itu!

namun,
jauh di sudut hati aku;
aku harap dapat bertemu,
dia yang aku rindu..

sesampai di situ,
lemah kakiku!
longlai segala anggota!
gigil hingga tak mampu buat apa!
kerna,
aku terlihat dia;
dia yang dalam beberapa hari ini aku cuba hindari;
dia yang cuba aku lupakan;
dia!

Ya Tuhan!
aku tergamam;
lantas terjatuh!
jatuh cinta lagi.
lagi dan lagi...
~haih~

aku terus berlalu;
aku tak sanggup ketemu,
lagipun aku kesini bukan kerna dia.
aku mahu bersama nia.

nia melepas aku,
meminta aku ketemu dia.
namun gigil aku masih ketara!
tak mampu berhadapan dia...

tika itu;
hati terus berbisik.
pergilah.
dia kekasih aku.
orang yang aku rindu-rindu...

lantas aku mengorak langkah.
berhadapan dia.
dengan segala kekuatan yang ada,
namun;
dia masih tetap dia...

satu perkataan yang sinonim dengan dia.
Sibuk!
rasa nak ketuk kepala sendiri masa tu!
aku berdiri tak tahu nak buat apa.
dia sibuk dengan kerja dia!
iya!
aku yang salah.
kalau aku tahu dia sibuk,
baik aku tak payah ketemu langsung.
tak terguris hati aku...

setelah selesai segala,
aku mahu terus pulang.
menghilang tak tinggal bayang.
membawa hati yang walang...

namun nia menghalang aku.
dipaksanya aku ketemu dia dahulu.
aku hormat dengan permintaan itu.
kerna dia bidadari aku.

di hadapan dia;
gigil aku kaku.
menatap matanya,
buat aku lebih bertambah rindu!

oh kekasih;
sungguh aku cinta!
aku mahu dia!
mahu dia!
mahu dia!
~terlupa janji aku pada diri,
untuk cuba melupakan dia...

namun tiba2 aku tersedar.
dia tak pernah rasa
apa yang aku rasa sebenarnya.
baiklah aku terus pulang.
dari aku terus menyiksa jiwa.

indahkah hari aku ini...?

Tuesday, October 11, 2011

Lena

aku perlu lena.
hanya itu dapat buat aku tidak fikirkan dia.
~walau selalunya;
dia masih tetap hadir dalam lena aku...

kekasih;
aku masih mencuba.
tolong jangan uji aku.
aku masih tak mampu...

~cari stok ubat tidur banyak-banyak...
Haih!

Monday, October 10, 2011

Kenapa?!

di saat aku cuba untuk tidak fikirkan dia,
dia mengetuk dinding itu.



kenapa?!



kenapa?!



kenapa?!




~masih tak mampu...

Yang biasa-biasa sahaja

Seksa;
aku sedang mencuba.

Sakit;
aku melawan rasa.

Pedih;
aku menahan jiwa.

aku harus terus berjuang.
untuk menjadi yang dia mahu.
aku yang biasa-biasa sahaja...

sungguh;
aku merana sebenarnya,
aku mahu kamu tahu itu!

bukan mudah untuk aku!
benar!

tidak melihat tentang kamu tika terbuka mata;
tidak mendoakan kesejahteraan di pagi-pagi kamu;
tidak teringatkan makan tidaknya kamu tika waktu makan tiba;
tidak tertanya-tanyakan ketidakaktifnya kamu;
tidak terfikirkan kamu tiap rehatnya aku;
tidak terisaukan sihattidaknya kamu di sepanjang hari;
tidak mendoakan tenangnya tidur kamu di malam sunyi;
sungguh!
itu semua aku tak mampu...

kerna;
itulah aku.
yang gila!

kau punya segala aku;
hingga aku tak mampu tanpa kamu...

namun,
aku akan tetap cuba.
cuba dan terus mencuba.
menjadi biasa-biasa sahaja.
yang kamu minta.
walau aku tahu hakikatnya,
aku terseksa di setiap ketika...

~ini untuk kamu,kekasih...

Sunday, October 9, 2011

Melepaskan; Melupakan...

iya!
aku tahu.
aku sedar.
terkadang aku menjengkelkan.
bertanya soalan yang sama;
yang aku sudah tahu jawapannya.

namun aku tetap tanyakan lagi...
dan lagi...
dengan tenang;
dia tetap menjawab,
namun beserta keluhan...
berat dengarnya...
aku tahu..

maafkan aku,sayang.
salah aku.
aku tahu..

~haih~

aku tak mampu tanpa dia.
segalanya perlu ada dia.
setiap masa.
hanya dia!
tamak kan aku?!
aku tahu..

aku perlu berubah.
segalanya tampak berlebih-lebihan.
mungkin sekarang dia masih bertahan;
mana tahu esok dia mulai berubah?
membenci aku yang melampau ni..!!!

AARRRRGGGHHHHH!!!
berperang dengan rasa dalam diri;
aku perlu kuat.
aku perlu belajar melepaskan dia..
melupakan dia..

takkan aku ganggu;
agar dia mampu tenang tanpa aku...


~mampukah aku....?



Saturday, October 8, 2011

Penat...

aku penat.
penat dengan semua ni.
aku mahu lari...

aku paling tak suka aku dalam kondisi begini.
aku yang bergantung;
aku yang berharap;
aku yang bermimpi...

aku benci.
benci bila aku hanya fikirkan dia.
cuma dia.
hingga tak mampu buat apa...

saat aku buka mata;
dia yang pertama.
saat aku diam seketika;
dia terus di minda.

dia;
di setiap pelusuk aku.
dia;
punya segala aku.
hanya dia...

namun,
aku bukan siapa-siapa..
dia tak rasa apa yang aku rasa.
langsung takkan pernah rasa agaknya.
cuma aku sahaja;
yang tak mampu tanpa dia...

mungkin,
benar aku dah gila;
gila cinta dia.


~haih...








Friday, October 7, 2011

Kian Hilang... T_T

aroma itu;
kian menghilang...
aku makin sesak;
perlu ia lagi,
untuk meneruskan hari.
kekasih;
aku mahu...
T_T