Friday, November 27, 2009

Aku BENCI orang yang suka berDENDAM!

kenapa orang suka berdendam?
apa yang kau dapat dengan berdendam?
keburukan semata-mata!
aku cukup benci!
lebih-lebih lagi orang yang konon sempurna!
berpura-pura mengaku yang kau mudah memaafkan..
tapi hakikatnya,
kau menyimpan dendam kesumat yang maha hebat!
hei engkau, sedarlah!
kau tetap seorang manusia!
fitrah seorang manusia tu tidak sempurna.
kita berhak marah,
kita berhak menangis,
kita berhak ketawa.
kau kena ingat tu!
semua tu fitrah manusia...
tak salah kau mengekspresikan apa yang kau rasa.
kenapa kau nak berpura-pura baik?
berlagak tak ada apa yang berlaku?
menguntum senyum terpaksa?
padahal dalam hati penuh dendam!
aku penat la dengan engkau..
apa salahnya,
kau bertemu bertentang mata.
berbincang apa yang tak kena.
bukan semua simpan dalam lubuk dada!
engkau, berhentilah berpura!
dendam kau tu tak boleh bawa kemana.
kau tetap perlu selesaikan semuanya.
tak salah kan kalau kau hadapi sahaja masalah tu?
dan terus selesaikannya.
tak perlu berdendam selamanya.
wahai seorang engkau,
berubahlah!
aku akan menanti..

Sunday, November 22, 2009

Terima Kasih

aku ketemu dia juga akhirnya.
aku masih tetap gusar...
soalan-soalan masih berlegar di kepala.
berganti dengan tanggapan negatif tentang dia.
namun pabila dia muncul,
aku jadi beku!
semua soalan dan tanggapan hilang lenyap!
bagai disedut ke ruang vakum.
yang tinggal hanya,
tumpuan bola mata aku pada dia!
arrrgggghhhhhhh!!!!
persetankan semua soalan dan tanggapan itu!
semua itu sudah tak penting lagi.
aku hanya mahu lihat dia!
hanya dia!
tatkala terlihat kelibatnya,
aku sudah menguntum senyum..
luruh segala rindu aku.
terhenti penantian aku.
tertunai hasrat aku.
dia,
ada di depan mata.
bagai mimpi jadi nyata.
aku,
tidak dapat menghalang diri,
dari terbang seperti selalu...
aku cukup gembira!
bertemu dengan dia.
merenung matanya lagi,
menatap wajahnya lagi,
menghidu harumnya lagi,
melihat senyumnya lagi,
segala yang aku rindukan!
terima kasih Ya ALLAH.
terima kasih atas segalanya!
aku masih dapat ketemu dia.
semua kerna dengan izinMu.
terima kasih aku pada dia,
kerna dia masih seperti dulu..
Aku menaruh harap,
agar dia tidak akan berubah,
dan takkan pernah berubah!

Friday, November 20, 2009

Menanti Detik Itu..

Serasa sungguh lambat masa berlalu..
aku menghitung detik demi detik,
dah tak tertanggung rasa di hati!
penantian itu satu penyeksaan...
tapi,
aku dah mula rasa gusar!
adakah dia masih seperti dulu?
insan yang aku kenali dulu?
adakah dia akan tetap melayan aku?
atau dia hanya sekadar terpaksa?
argghhhh!!!
aku buntu!
semoga penantian aku ini akan mendapat ganjarannya.
aku takut!
aku takut dia berubah!
walaupun dia selalu berada di bawah takat beku,
namun dia tak pernah dingin pabila bersua!
hanya tinggal beberapa detik lagi,
aku akan bersua dia...
Ya ALLAH!
lembutkanlah hatinya.
agar dia akan tetap kekal,
seperti yang aku kenali dulu...
aku mohon!

Monday, November 16, 2009

Suara itu???

Suara itu...
sentiasa menemani aku.
membangkitkan semangat dalam diri aku!
aku akan tetap mendengar suara itu.
berulangkali tanpa jemu!
Suara itu..
membuat aku tersenyum.
dan takkan berhenti tersenyum!
sungguh mudah ia menceriakan hari aku.
membuatkan aku kuat.
kuat menghadapi hari-hari sukar yang melanda aku.
me'neutral'kan kembali rasa aku kepada normal,
yang sebelum ini telah turun ke tahap negatif!
aku perlukan dia..
tapi dia telah kembali berada di tahap beku...
tidak mengapa!
aku masih ada suara itu.
suara yang sentiasa bergema di telinga aku.
suara itu; suara dia!
memberi aku SEMANGAT untuk terus bertahan!

Monday, November 9, 2009

SEMANGAT yang dihembus pada aku

aku dah mula kecamuk.
fikiran tak tentu.
hati mula tak tenang.
wajah mula beriak resah.
semua soalan berlegar dalam benak,
menagih jawapan pasti!
kata orang,
penantian itu satu penyiksaan!
namun...
setiap kesabaran itu juga ada ganjarannya!
ALHAMDULILLAH!
aku bersyukur hari ni.
dia keluar sebentar dari tahap beku;
walau seketika...
memberi aku satu ganjaran yang paling berharga.
Terima kasih atas SEMANGAT itu!
aku terharu!
aku amat-amat hargainya!
SEMANGAT ini akan aku abadikan dalam diri.
menjadi perisai untuk aku melangkah ke depan,
menuju ke medan juang!