Tuesday, June 30, 2009

Menghitung Hari...

ARRRGHHHHH!!!!!
Aku cukup tertekan dengan keadaan ini!
Hati dan jiwa aku dah berkecamuk!
Fikiran dah mula bercelaru!
Pertimbangan diri dah mula goyah...
Ya ALLAH,
Kuatkanlah hatiku mengharung cabaran ini.
Aku hanya insan yang lemah...

Pekan Frinjan 27 Jun 2009

Pekan Frinjan 27 Jun 2009,
Terima kasih kerana menemukan lagi aku dengan mereka.
Mereka yang telah ku panggil kawan.
Ayam, Bob dan Merul.
Aku akan tetap menyokongmu wahai kawan-kawan!
Selagi termampu, akan aku turuti kamu.
Tanda sokongan aku pada kamu.
Terima kasih kerana mencorakkan lagi memori indah aku.

Sayangku Ieja,
Aku bukan orang yang sempurna.
Hanya insan biasa.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
Semoga pertemuan pertama kita akan ada susulannya..

Aku rindu hari itu!
Aku rindu malam itu!
Aku rindu saat itu!
Aku rindu suasana itu!
Semuanya aku rindu!!!
Arghhh!
Kenapa yang indah itu terlalu cepat berlalu?

Aku kembali ke ruangan ini...
Sudut kepunyaan aku di sisi sepi Kuala Lumpur.
Kembali menyambung tugas yang diamanahkan padaku.
Kadang-kadang aku jadi keliru,
Benarkah jalan yang telah aku pilih ni?
Adakah sebenarnya isi hati aku membisikkan hasrat yang lain?

Ya ALLAH,
Tetapkanlah hati ini.
Aku harus bersyukur atas nikmatMu.
Aku harus sedia menggalas cabaran ini.
Semoga aku akan terus KENTALkan diri...

~Bila lagi aku dapat bertemu kalian...???~

Saturday, June 20, 2009

Muhammad Adam Muhibullah b. Abdullah

Aku sayang kamu!
Betul-betul sayangkan kamu!
Sungguh!
Janganlah kamu hilang lagi...
Aku tak tahu kemana mau mencari!
Dua tahun telah berlalu,
Aku teraba-raba mencari kamu...
Bila kau tiba-tiba menjelma,
Aku tak mau kelipkan mata!
Tak sanggup lagi kau hilang dari pandangan,
Kerna dah penat menyelak tabir kenangan.
Adam Muhibullah adindaku,
Jangan pergi lagi...
Kasihani lah kekandamu ini...

Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2009

Akhirnya aku kembali.
Semuanya dah berakhir...
Namun kenangan tetap tersemat kukuh dalam jiwa,
bersemadi dengan memori indah yang lain.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
setiap perpisahan juga ada pertemuan kembali.
Dunia ni sentiasa berputar.
Kenapa setiap yang manis terlalu cepat berlalu?
Hakikat yang perlu ditelan.
Bila satu pertemuan semula itu akan terjadi?
Sambil menyulam rindu pada semua,
Aku akan menghitung hari...
Semoga aku tidak dilupakan semua...