Monday, October 26, 2009

Rindu!!!

Aku rindu!
aku rindukan semua!













Tak tertahan rasanya..
Kenapa terasa singkat sangat masa kita bersama?
aku rasa kosong!
aku rasa sepi!
kalau tak, sekarang aku dah berjalan ke Stor DBP...
ARGHHH!!!
Cukup indah kenangan itu.
Walau aku kelewatan,
namun kemesraan itu tetap aku rasakan.
Terima kasih atas segalanya!
Terima kasih kerana menerima aku di dalam keluarga kamu.
aku cukup terharu...
Semoga ukhwah ini akan tetap kukuh.
Sekukuh janji kita bersama!
I LOVE YOU ALL SO VERY MUCH!!!














~Terima kasih nab atas gambar ni...~

Friday, October 16, 2009

Bukan Pilihan...

Pilihan...
aku seringkali tertanya,
apa maksud pilihan tu?
tapi yang paling aku pasti,
aku tak pernah menjadi pilihan.
kenapa?
sebab aku tak pernah ada kelebihan...
itu kata orang.
mungkin betul agaknya..
bertuah ke menjadi insan terpilih?
aku selalu tertanya-tanya.
aku sebenarnya hanya insan biasa.
aku juga bukan orang bertuah..
bukan juga orang terpilih..
jadi,
siapa aku?
mungkin rezeki aku tiada.
mungkin masih belum kelihatan..
aku akan tetap sabar.
satu hari nanti,
mungkin aku akan menjadi pilihan,
kepada orang yang memerlukan aku...
aku akan tetap setia menunggu!

Sunday, October 11, 2009

Ini Karya Siapa??!!

Aku disuruh mencipta satu karya.
dan aku lakukannya dengan sepenuh jiwa raga aku.
aku memerah otak, masa dan keringat demi karya itu.
akhirnya semua rasa bergaul mesra.
dan aku bangga dengan hasilnya!
inilah curahan isi hati aku,
terluah dalam bentuk muzikal...
aku tak peduli apa orang kata!
yang penting ini karya aku!
ini naskah aku!
hak mutlak aku!
tapi aku kesal,
kenapa karya aku diusik?
diubah sesuka hati?
hello!!
ini karya siapa??!!
aku atau kau??!
aku dah tak kenal lagu itu lagi..
jiwa aku dah tak ada lagi..
rasa aku dah tak ada lagi..
semua hilang bila lagu itu berubah!
jadi, ini karya siapa??!!

Sunday, October 4, 2009

Aku hanya manusia biasa...

Aku hanya seorang manusia...
seorang manusia biasa!
aku bukan orang yang sempurna..
masih tetap punya sisi gelap yang hina,
masih punya kelemahan yang nyata.
namun itu semua salah aku ke?
menjadi orang yang tidak sempurna?
setahu aku,
fitrah manusia itu tiada yang sempurna.
namun kenapa ada yang mendambakan kesempurnaan dalam hidup aku?
aku benci orang yang suka menilai dan menghukum orang.
bagi komen macam-macam,
kritik orang sehebat-hebatnya!
kau tu hebat sangat ke nak menilai orang?
kau tu sempurna sangat ke nak menghukum orang?
YA, AKU SEORANG YANG HINA!
jadi apa masalahnya pada kau?
aku sedar siapa diri aku!
siapa kau nak menghukum aku?
aku pernah mengalami zaman gelap aku.
tapi tu semua dah berlalu..
aku dah mulakan hidup baru.
tapi kau tak nampak perubahan aku!
kau tau tak betapa merananya hidup aku untuk melupakan kisah hitam tu?
kau hanya tau menghina, mencaci aku sewenangnya!
kau tak pernah tau derita aku!
kau takkan nak tau pun.
sebab kau rasa kau tu mulia...
memandang hina aku yang terpalit kekotoran silam ni...
aku kesal dengan kau...
orang lain menyanjung kemuliaan kau tapi kau hanyut rupanya!
hanyut dengan lumrah manusia..
memandang keburukan dari kebaikan.
biarlah...
mungkin ini dugaan untuk aku.
engkau, ingatlah!
Hidup ni ibarat roda...
tak mustahil satu hari nanti,
semua ni akan berlaku pada kau.
apa aku akan buat masa tu?
aku serahkan segalanya pada DIA...