Saturday, April 30, 2011

Terasa Cintamu

Bila sendirian terbayang wajahmu
Bila kerinduan terasa cintamu
Bila keresahan inginku dibelai
Sepenuh kasih dan sayang

Bilaku terluka tersiksanya hati
Bila kau tiada kusetia menanti
Pernah kumencuba lupakan dirimu
Tapiku tak daya menanggung rindu

Sukarnya untukku berpisah denganmu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Meronta hatiku menangis kernamu
Kau kunci cintaku didalam hatimu

Sehingga kulemas bila kau tiada di sisiku
Bawalah daku bersama denganmu
Dan janganlah engaku biar kusendiri
Dulu dan kini hingga selamanya
Engkaulah kesayanganku…


Aku terharu,sayang.
Terasa cintamu meresap di dalam kalbu
Terima kasih untuk cinta ini
Tiada kata dapat aku ungkapkan
untuk menyatakan betapa aku cinta kamu...

Friday, April 29, 2011

G for ?

Akhirnya!
aku dah dapat gaji.
Alhamdulillah.
Lega hati aku.
tak payah nak berhutang dengan orang lagi.
Lepas ni dah boleh bantu family.
Rasa nak menjerit,
AKU SANGAT GEMBIRA;
sebab aku dah dapat GAJI!!!
G for GAJI GEMBIRA! =P

Thursday, April 28, 2011

Abah.. T_T


Saat ini;
hati aku meronta-ronta!
jiwa aku kosong;
airmata tak berhenti mengalir,
aku betul-betul rindukan abah...
tiap pagi,
aku perlu ingatkan diri aku sendiri;
abah dah takde...
aku kena kuat!
aku tak boleh hanyut dengan perasaan;
aku tetap perlu teruskan hidup.
tapi,
kadangkala aku tewas juga..
ada waktu terdetik;
rindu pada abah membuak-buak!
dan airmata terus mengalir...
iya!
semua orang boleh nasihatkan;
baca doa,
baca Yasin,
sedekah Al-Fatihah,
mengadu pada Allah.
aku tau semua tu!
tapi aku manusia biasa.
masih tetap terasa sakitnya!
rindu pada yang tiada..
tak dapat lagi dengar suaranya,
tak dapat lagi merasa ciumnya,
tak dapat merasa hangat peluknya,
dah tiada...

~Sakit ditinggalkan lebih sakit dari segalanya...
kerna kita takkan mampu buat apa~


siapa yang mampu jadi pengganti abah..? T_T


aku rasa down sangat sekarang.
aku tak tahu kenapa jauh di sudut hati aku
aku perlu dia..
dia mampu buat aku tenang..
tapi; dia terikat.
sibuk dengan urusan..
aku faham,
aku kena pujuk diri sendiri..
Shamimi Hanifa,
Jangan menangis lagi ya...
kau kena kuat untuk diri kau sendiri!




Tuesday, April 26, 2011

Ditekan lagi dan lagi!

Semua perkara menekan aku!
ingat aku ni robot tak berperasaan ke?

Monday, April 25, 2011

Alhamdulillah

Lega hati mendengarnya. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini.. InsyaAllah.

Turut merasa.

Cinta aku pada dia bukan hanya untuk menikmati indahnya semata;
izinkan aku berkongsi segala duka yang membalutnya
kerna sakit dia turut aku terasa..
semoga hatinya terbuka agar aku dapat sama berkongsi segala...
ini hanya impi smua.
Aku sedar dia masih perlu waktu...

Saturday, April 23, 2011

Tenang aku

Aku pulang.
Segala beban serasa lepas semuanya.
kesakitan seakan lenyap segala!
aku hangat dalam dakapan mama.
nyaman dalam pelukan dan ciuman adinda.
dua minggu tak bertemu;
memang menyesakkan aku.
kini,
aku tenang.
sungguh tenang.
disirami kasih sayang sejati.


Friday, April 22, 2011

Hurt; my love and myself...

I'm truly sorry;
I've hurt myself by hurting you..
Coz I love you so much!

Now,
I accept my punishment..

Take your time,sayang
I'll patiently waiting for you..
although it takes forever...

Wednesday, April 20, 2011

It's killing me!

Sakit GILA kepala ni!
muntah-muntah lagi.
panadol dah habis 1 botol.
tak pernah aku sakit kepala berhari-hari macam ni..
KENAPA DENGAN AKU NI??!!

Tuesday, April 19, 2011

Untukmu...


140 + 3

=143





143 & 7

=1437!







imysm & ilysm...
~semoga awak sudi terima...~

Hati aku dibawa pergi

Hari ini tiba lagi.
Tak kusangka dua tahun berlalu sudah..
Aku masih lagi di sini.
menagih kasih dan cinta;
Pada si pencuri hati..
Masih terbayang di saat itu;
seperti gerak perlahan
terlayar di ruang mata.
dia buatkan aku terjatuh;
lantas hati aku dibawa pergi...
selama dua tahun,
segala rasa;
segala usaha;
segala kegilaan aku;
hanya kerna dia.
hanya dia!
andai aku punya waktu seribu tahun lagi;
aku harap aku masih tetap boleh teruskan.
setia mengejar cinta dia...

Monday, April 18, 2011

Lemah aku!

aku tertekan.
Aku tewas juga akhirnya...
Tiap Isnin aku akan begini!
Emosi aku akan diuji berkali-kali!
Aku selalu duduk termenung,
memikirkan apa salah aku;
Mencari kelemahan aku;
Jawapan tetap tak aku temui...
Sungguh lemah kah aku?

Friday, April 15, 2011

Lagu Cinta Agung AbahMama

SENYUMLAH KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua

~dan cinta aku juga tertinggal di Kuala Lumpur.~
s u n g g u h a k u r i n d u d i a ! ! !

Tuesday, April 12, 2011

Berbicara dengan Alam

Matahari,
Dimana suria ku?
walau ia bersinar;
namun kehangatannya tidak terasa...

Bulan,
Dimana cahya mu?
yang kurasa hanya gelap pekat malam;
terlindung di balik hutan konkrit ini...

segala di sekeliling aku serasa sepi...
segalanya serasa sunyi...

Angin,
sungguh aku rindu..
tak tertanggung rasanya..
sampaikanlah rasa rindu ku ini pada dirinya..

Hujan,
gerimismu mengundang titis airmataku;
semua kerna diri yang hanyut dalam rindu..

Duhai Alam,
maafkan aku kerna tidak mengecap indahmu.
mungkin ini hanya aku.
hanya aku yang larut dengan rasa.
membuatkan tampak suram segala...

aku berbicara dengan alam
kerna aku tidak dapat berbicara denganmu...

sayang,
sungguh aku rindu kamu...
aku tahu situasi kamu.
aku akan tetap setia menunggumu,sayang..
jika berkesempatan,
tegurlah aku disini.
agar rindu yang tak tertanggung ini,
punya penyembuhnya..

Monday, April 11, 2011

Fath...

Terkenang engkau;
segala memori menerjah minda,
tergambar satu persatu di layar mata.

adakah akan aku ketemu seperti engkau lagi...?

Malam dalam kesakitan...

Pabila mata tidak mampu dipejam;
hati mula bersoaltanya..
segalanya menerjah ke ruang minda,
semua yang berlaku antara aku dan dia.
apa terjadi pada aku?
kenapa aku begini?
apa harus aku lakukan?
aku jadi beku
kembali ke ruang paling dalam
lembah ini memanggil aku
untuk terus berada di situ
kadangkala kesunyian ini membunuh aku!
aku harus bertahan
sikit masa lagi
sikit je lagi!
bersabarlah,Shamimi Hanifa!
semoga nanti akan kecapi indahnya...



Saturday, April 9, 2011

Perlu Kamu...

Dia semangat aku.
Dia penguat aku.
Hanya dia!
di kala aku jatuh,
aku perlu dia.
di kala aku lemah,
aku perlu dia.
dikala aku kesakitan,
aku perlu dia.
aku tahu dia bukan penawar segalanya,
namun aku masih perlu dia...
dia penting buat aku.
aku harap aku juga penting buat dia...

~awak,awak akan ada untuk saya... kan?

Thursday, April 7, 2011

Maafkanlah...

Maafkan aku.
Rasa ini menyesakkan aku.
Aku tau aku tak perlu katakannya.
Namun inilah aku...
Maafkan aku kerna mengucap rindu...
Maafkanlah...

Saturday, April 2, 2011

Aku tak mahu kehilangan lagi... T_T

pulang dari bertemu atuk..
aku terfikir sejenak.
apakah masih panjang umurnya..?
apakah aku masih berpeluang bertemunya..?
apakah dia akan pulih seperti sediakala..?
semua persoalan sebegini berlegar-legar di minda.
mungkin aku tak sepatutnya berfikir sejauh itu!
namun di sudut hati aku,
aku masih perlukan dia.
hanya dia seorang yang tinggal di dunia.
hanya dia;
nendaku nan satu yang tercinta.
aku datang mendekati dia,
hati aku sayu melihatnya.
dia terbaring lesu tidak berdaya
namun dia masih mampu mengukir senyum
senyum pabila melihat aku,
indahnya senyuman itu~
aku bersyukur
kerana aku dapat menggembirakan hatinya
mungkin kerana aku mampu melawatnya
tak seperti cucunya yang lain
terikat dengan komitmen belajar dan kerja.
maafkan aku atuk,
aku tahu selama ni bila atuk sakit,
abah yang akan jaga atuk.
tapi sekarang abah dah takde~
kami jauh,atuk;
tak dapat nak jadi pengganti abah
jaga atuk dekat hospital...
mesti atuk rasa sunyi dan sepi.
sesunyi hati kami.... T_T
Ya Allah,
aku jadi makin rapuh..
perpisahan abadi ni menekan aku.
saat pakngah dan abah pergi,
sakitnya masih terasa..
tolong aku,
aku tak mahu kehilangan lagi!
disaat semangat aku sudah jauh dari diri aku,
aku lemah...
aku pohon,
jangan khabarkan berita itu.
aku masih belum bersedia!
aku takut;
andai aku jatuh,
tiada siapa yang mampu bangunkan aku...

Friday, April 1, 2011

Kembali tenang

Aku mula rasa tenang
mungkin sebab aku sudah meluah segalanya
tidak lagi menjeruk rasa;
segala persoalan dan tanggapan
sudah terjawab semuanya..
terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan
sebab sudi berbicara
dari hati ke hati bersama aku.
aku rasa sangat bersyukur
kerna peristiwa ini juga
membuat aku belajar memahami dia..
dia masih perlukan masa
aku hormat permintaan dia
dan akan aku penuhinya.
terdetik di fikiran aku,
untuk kembali setapak ke belakang
mencari semula erti hubungan ini..
mungkinkah aku perlu belajar mengenalinya
dengan menjadi seperti seorang kawan biasa sahaja...??