Tuesday, November 29, 2011

Bidadari Aku

Bidadari;
kamu yang aku sayangi.
kamu yang aku sanjungi.
kamu yang aku puja selama ini.
kamu terpenting dalam hidup aku.
tinggi aku menjunjung kamu.
kerna kamu bidadari aku!
namun;
hidup ini tak mudah dijangka,bukan..?
aku terlupa itu!
mungkin,
selama ini aku terleka;
merasakan bahwa aku juga penting buat kamu.
sedang hakikatnya,
aku bukan siapa-siapa rupanya...
hari ini segalanya terbukti.
buat aku seperti tersentak dari lena!
bidadariku,
terima kasih atas segalanya...
terima kasih juga kerna menyedarkan aku.
aku faham segalanya,
memberi kasih bukan untuk menagih balasannya..
kini aku berkeputusan;
melepas kamu pergi,bidadariku..
aku takkan ganggu kamu lagi...
aku doa kamu bahagia.
selamanya...



SELAMAT TINGGAL, bidadari!








ku lepaskanmu dengan airmataku...








`

Wednesday, November 23, 2011

Mata yang tajam menikam

Sepasang mata itu;
bikin aku terpana!
ia tajam menikam;
sesaat pun tak mampu,
untuk aku menatap dan mengecap,
indah sinar cinta aku di mata itu...
sekejapan sudah aku palingkan pandangan,
sedang itu yang aku damba selama ini.

ARRGGHHH!!!
aku segan;
aku malu;
aku tak mampu..
~haih~
*KetukKepalaSendiri!*

namun,
walau seketika;
lirikan itu bikin aku rindu...
SangatSangat~! T_T
bila aku dapat menatapnya lagi..?



Tuesday, November 15, 2011

Perjalanan kita masih jauh...

Perjalanan kita ini masih jauh...
kita tak seperti yang kita sangka sebenarnya.
masih punya banyak ruang yang nyata..
yang bikin kita jadi tak sefahaman..
namun;
aku masih tetap yakin dan percaya,
dengan rasa cinta ini.
aku akan terus mencuba;
mencari titik persamaan kita.
kekasih,
aku akan tetap berjuang,
demi rasa yang satu ini.



~majulah dan kan ku undur kebelakang; agar kita ketemu di pertengahan...~

Sunday, November 13, 2011

Masih terjaga

Masih terjaga;
Tak mampu lelapkan mata.
Semua memori menerjah minda..
Aku rindu...
sangat-sangat!
mungkinkah dia turut merasakannya...?
Hmm...

Friday, November 11, 2011

~Short & Sweet~

I really love it when you make it short...
you know it,darl.
Now,
I feel like you fulfill my wish;
to see you with your new style.
and its look short & sweet!
love it! <3 <3 <3
Thanks so much, sayang.




Shamimi Hanifa
Thx syg! U know I really love u make it short. Bikin aku jatuh cinta lagi! Apa saja tentang kamu yang tak bikin aku jatuh cinta?kamu terlalu sempurna,syg..

Thursday, November 10, 2011

Maaf aku

maaf ketidakdayanya aku.
bukan aku sengaja..
kali ini,
aku benar tak dapat membantu..
kerna aku juga tak mampu.
maaf aku, kekasih...

Monday, November 7, 2011

Terbang tinggi

Lebaran ini aku sunyi.
aku perlu dia...
mengisi kosong hidup aku.
kerna hanya dia yang mampu...
namun;
dia seperti selalu.
tak hirau aku...
hmm...~
iya;
aku sedar siapa aku.
masih bukan yang penting buat dia.
aku tahu...
semua ini menyedarkan aku;
aku masih perlu cuba melupakan...
agar aku tak menaruh harapan;
dan merasa kecewa,
seperti ini lagi...



jangan terbang terlalu tinggi, Shamimi Hanifa.
kalau jatuh, kau yang parah...
ingat itu!

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha ini..

Takbir ini masih membuat aku sayu...
Setahun serasa semalam;
dan sakit pedihnya masih terasa...
Aku masih belum kuat rupanya...~


rindu abah... T_T

Friday, November 4, 2011

Behave!

SUDAH!
Hentikan semuanya!
jangan dikacau anak orang tu lagi...
dia tak hirau kau pun.
persetan saja angau tu.
BEHAVE YOURSELF Shamimi Hanifa!

Thursday, November 3, 2011

Hati yang Tertutup

kekasih;
bukakan hatimu.
tabahlah!
teruskan perjuangan kamu.
jangan berputus asa.
tinggal selangkah lagi!
aku ada disini.
sentiasa ada untuk kamu.
sambutlah tanganku,
biarlah kita hadapi bersama...


~andai aku mampu menjadi penguatnya...
namun aku sedar siapa aku.
takkan pernah mampu~



~haih!

Wednesday, November 2, 2011

Distraction!

YES!!!


I found a distraction.


FINALLY!!!


I can get 'dia' out of my head for a while.





~masih mencuba penuhi hasrat supaya tidak hanya terfikirkan dia...

Tuesday, November 1, 2011

Cuma malam ini sahaja...

iya!
aku sedang hanyut dalam perasaan.
perasaan yang sangat indah!
jangan kejutkan aku,
aku tak mahu tersedar;
masih mahu dalam memori itu!
tika ini,
hati masih berdegup kencang;
kenangan itu masih menggamit.
sentuhan itu mendamaikan;
hangatnya masih aku terasa:
menggetar naluri aku.
tak mampu hilang dari fikiran...
aduhai!
sengaja buat aku hilang arah;
sengaja buat aku rindu!
GILA~



kekasih,
aku tahu,
kamu tak suka aku hanyut dalam kamu..
beri aku masa;
cuma malam ini sahaja...
esok,
aku akan mulai kembali;
kembali melupakan kamu.
aku masih mencuba;
agar aku mampu hidup tanpa memikirkan kamu...