Saturday, August 22, 2009

Selesai Akhirnya!

Aku cukup bersyukur.
Segalanya sudah tamat!
Tempoh akhir itu sampai jua akhirnya!
Tiada lagi tekanan,
tiada lagi kesedihan,
tiada lagi kelukaan,
tiada lagi kesakitan!
Tempat itu,
Menekan aku!
Melukakan aku!
Menyakitkan aku!
Namun,
akhirnya aku dapat bernafas kembali..
Bernafas dengan lega!
Terima kasih semua,
Kerana disisi aku ketika aku jatuh..
aku dapat bertahan hanya kerana kamu semua.
Tempat itu,
Jangan sebut namanya walau sekali,
Aku takkan kembali lagi!!!

Wednesday, August 19, 2009

Masa, bekulah buat seketika!!!

Aku masih terbayang kelibatnya..
Masih terlihat renungannya..
Masih terpesona dengan senyumnya..
Masih terasa kehadirannya..
Masih tercium harumannya..
Dan dia benar berdiri di hadapan mata!
Oh masa, bekulah buat seketika!
Aku masih ingin bersamanya,
Berdiri di hadapannya,
Merenung matanya,
Menikmati senyumnya,
Menghidu harumnya,
Menatap wajahnya...
Dan aku bagai terbang~
Menyentuh langit yang biru...
Berikanlah aku sedikit waktu!
Aku ingin melepas rindu...
Kerana aku tidak tahu,
Apakah aku akan dapat menatapnya seperti ini;
Di depan mataku lagi....