Saturday, February 26, 2011

Nikmat sebuah penantian

Selalu aku dengar,
Kesabaran itu ada hikmahnya...
hikmah itu adalah sebuah nikmat
nikmat yang sangat bermakna!
aku nantikan saat itu..
kerana aku tau,
kesabaran aku selama ini
akhirnya akan terima ganjaran jua
nikmat dari sebuah penantian....

Wednesday, February 23, 2011

Bahagia mula bertamu?

adakah bahagia sudah menjelma?
menyinar di sebalik kabus-kabus tandatanya?
atau aku hanya tersalahsangka?

Tuesday, February 22, 2011

Petunjuk...

Ya ALLAH,
berikanlah aku petunjuk
suatu kepastian
apa pengakhirannya
agar aku tidak ragu-ragu
untuk menyerahkan hati ini
yang sarat dengan cinta
kerna aku sangat-sangat mengharapkan dia..

Friday, February 18, 2011

Insecure

Dah beberapa malam aku tak dapat lelapkan mata..
hati dan perasaan aku berlumba-lumba
meredah masuk ke dalam minda
membuatkan aku terpaksa banyak berfikir..
bila aku lelapkan mata,
hal ini menguasai fikiran aku.
perasaan takut aku jadi berganda!
aku jadi insecure..
perempuan ni kompleks kan?
kenapa semua kebarangkalian harus aku fikirkan?
mungkin sebab aku masih tak yakin.
tak percaya dengan perasaan dia pada aku.
entah-entah dia kesian je dengan aku...
lepas dia jumpa orang yang dia suka,
dia tinggalkan aku..
jadi apa yang perlu aku lakukan???
aku buntu!



Thursday, February 17, 2011

Suria...

Terima kasih, Suria..
kerna terus menceriakan hari-hari aku.
aku sungguh terharu.
semoga kau kan tetap terus menyinari hidup ini...
I'm glad being your Amaterasu.. =D

Tuesday, February 15, 2011

Mencari jawapan..

Aku sangat gembira.
Hati mula berbunga;
saat ini yang aku tunggu dari dulu.
akhirnya tiba juga..
Alhamdulillah!
tapi,
realiti tak semuanya indah..
aku anggapkan semua mimpi aku jadi nyata,
segala penatian aku sampai ke penghujungnya;
namun semua hanya khayalan semata...
jawapan yang ku nanti,
menimbulkan lebih banyak soalan lagi...
di mana kunci peleraiannya?
hanya pada dia..
apa yang aku harus lakukan?
menanti lagi.
hingga sampai nanti...

Thursday, February 10, 2011

Soalan yang tak terjangka

Kenapa dia tiba-tiba begitu?
Apa yang dia mahu tahu?
Untuk apa jawapan kepada soalan itu?
Kenapa dia harus tanyakan kepada aku?
kenapa lepas peroleh jawapan, dia terus membisu?
Apakah aku sudah tersalah kata?
Apakah aku sudah tersilap bicara?
Apakah aku sepatutnya tak perlu katakan semuanya?
Arrrgghhhhh!!!!
Soalan-soalan ini menyesakkan aku!
Aku harus temui jawapannya..
Sebagai kunci untuk meleraikan kekusutan ini.
Agar aku dapat membuat keputusan yang pasti!
Adakah aku perlu tanya soalan yang sama pada dia..??


Monday, February 7, 2011

Aku Seorang Guru!

Akhirnya,
cita-cita aku tercapai juga.
Aku Seorang Guru!

Hari pertama di wilayah ini,
membuat aku rasa gentar;
namun aku sudah bersedia.
untuk menjadi seorang guru yang berguna!
aku sangat-sangat berharap
agar aku dapat menyumbang tenaga di sini.
supaya segala ilmu yang telah aku timba
selama 5tahun setengah di institut perguruan
dapat aku curahkan di sini...

SK Presint 11(2) Putrajaya
tempat aku mencurah ilmu
semoga aku dapat menjadi pendidik
yang menghasilkan insan berguna
InsyaALLAH!

~sayangnya abah tak sempat melihat semua ni...
MISS YOU LOT, T_T