Tuesday, June 30, 2009

Pekan Frinjan 27 Jun 2009

Pekan Frinjan 27 Jun 2009,
Terima kasih kerana menemukan lagi aku dengan mereka.
Mereka yang telah ku panggil kawan.
Ayam, Bob dan Merul.
Aku akan tetap menyokongmu wahai kawan-kawan!
Selagi termampu, akan aku turuti kamu.
Tanda sokongan aku pada kamu.
Terima kasih kerana mencorakkan lagi memori indah aku.

Sayangku Ieja,
Aku bukan orang yang sempurna.
Hanya insan biasa.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
Semoga pertemuan pertama kita akan ada susulannya..

Aku rindu hari itu!
Aku rindu malam itu!
Aku rindu saat itu!
Aku rindu suasana itu!
Semuanya aku rindu!!!
Arghhh!
Kenapa yang indah itu terlalu cepat berlalu?

Aku kembali ke ruangan ini...
Sudut kepunyaan aku di sisi sepi Kuala Lumpur.
Kembali menyambung tugas yang diamanahkan padaku.
Kadang-kadang aku jadi keliru,
Benarkah jalan yang telah aku pilih ni?
Adakah sebenarnya isi hati aku membisikkan hasrat yang lain?

Ya ALLAH,
Tetapkanlah hati ini.
Aku harus bersyukur atas nikmatMu.
Aku harus sedia menggalas cabaran ini.
Semoga aku akan terus KENTALkan diri...

~Bila lagi aku dapat bertemu kalian...???~

3 comments: