Tuesday, June 7, 2011

Encik yang tercinta

terkadang;
ingin aku laungkan namanya.
ingin aku khabarkan pada seluruh dunia.
siapa pemilik hati aku;
siapa belahan jiwa aku;
siapa cinta hati aku;
siapa arjuna jiwa aku;
biar namanya sentiasa di bibir.
takkan pernah jemu menyebut...
namun,
semua itu tak berlaku;
kerna aku tak mampu...

aku dan dia;
masih misteri.
masih saling mengenali.
masih mencari.
belum punya keputusan pasti..

terkadang aku terpaksa banyak berfikir,
sebelum menulis apa-apa di dinding laman sosial dia.
tulis; padam; tulis; padam lagi; tulis; padam lagi;
akhirnya,aku terus tak menulis langsung.
semuanya kerana aku risaukan penerimaan dia...

dia masih belum bersedia.
dia masih perlu masa.
dia masih banyak kerja.
tak dapat nak melayan soal remeh cinta..

biarlah;
dia tak kemana.
cuma perlu masa.
sabar perlu ada.
semoga satu hari nanti,
aku dapat ucapkan namanya;
dengan bangga;
tanpa ragu.
beritakan pada dunia,
dia; Encik yang tercinta!

7 comments:

  1. terima kasih. Perasaan yang tak terluah dengan ucapan tu kadang-kadang perlu medium lain untuk diluahkan. =)

    ReplyDelete
  2. yup. tp kdg2 seksa sbb xdpt luah pd tmpt (org) yag sptutnyer... hehe

    ReplyDelete
  3. blog ni;kalau x banyak,sket pun jadilah untuk bantu kita meluah rasa melepas seksa. =)

    ReplyDelete