Tuesday, August 23, 2011

Rapuh tak tertahankan...

ada perkara,
yang berlegar di minda;
yang terkesan dihati;
semuanya menimbulkan tandatanya.
adakah aku yang terlalu banyak berfikir agaknya?
entahlah!
berdiam takkan bisa ketemu jawapan.
walau sakit mana aku;
seksa mana aku;
terlukanya aku;
aku tahu kalau aku sepi tanpa kata,
dia tetap takkan dapat menelah apa yang aku rasa.
kebenaran itu,
walau pahit;
aku tetap perlu luahkan.
katakan.
lontarkan.
pada dia yang aku teka mungkin tak tahu apa.
aku persiapkan diri,
menyusun kata;
bersedia.
untuk berbincang dari hati ke hati..
walau aku tahu risiko untuk saling melukai agak tinggi,
namun aku perlu ini,
untuk kita saling memahami.
bukan mencari salah sana-sini..
demi Allah,
bukan itu niat di hati!
namun,
bila hari berganti,
rasa ini memakan diri.
aku makin lemah;
kekuatan telah hilang lenyap,
tinggal rapuh yang tak tertahankan...
bagaimana untuk aku luahkan?
dengan cara paling lembut agar tidak disalahanggapkan?
aku takut.
di saat hari paling bermakna dalam hidup aku menjelang tiba,
aku perlu berkonfrontasi.
dengan pemilik mutlak hati ku.
dia!
bagaimana penerimaannya nanti?
adakah aku akan melukainya lagi?
atau dia dapat cuba faham apa yang tersirat dalam hati?
entah.
aku tak sangup nak fikirkan pun.
aku takut.
takut memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.
paling takut jika aku perlu hadapi sebuah kehilangan...
ARRRGGGHHHH!!!!
aku tak mahu.
sedang hari berlalu tanpa dia dalam hidup aku pun boleh buat aku jadi gila,
inikan kalau dia menyisih aku terus dari hidup dia!
lebur aku!
hancur aku!



~dapatkah aku teruskan...?~

haih~

No comments:

Post a Comment