Saturday, December 5, 2009

KeTIDAKADILan itu berlaku lagi!

Seperti biasa,
Nama aku dilaung tiap masa.
berulang-ulang kali!
sampai rasa nak pecah gegendang telinga ni!
kamu tu dah lupa ke?
aku ni manusia biasa.
punya hati,
punya perasaan.
aku bukan robot.
yang boleh ditekan punatnya dan bekerja tanpa henti.
aku hanya seorang perempuan...
walaupun aku mampu membuat segala kerja,
tapi aku juga tak sekuat mana...
apalah sangat kudrat seorang perempuan?
aku gagahkan juga melakukan segalanya,
walaupun badan ni dah tak tertanggung penatnya..
semua ni atas dasar tanggungjawab yang diberi pada aku.
aku buat semuanya kerana aku sedar aku perlu!
tapi yang paling melukakan hati aku,
kenapa hanya AKU??!!
mana yang lain?
kamu biarkan mereka bersenang-lenang.
sedangkan aku??
apa istimewanya mereka?
apa kurangnya aku?
kami tetap sama tarafnya...
aku dah penat.
aku tetap tak mampu bersuara.
apa yang aku boleh buat?
hanya berserah...

No comments:

Post a Comment