Monday, December 14, 2009

Mata yang tak mampu dipejam...

aku masih terpinga-pinga.
mata tutup dan buka.
tapi terlelap tak juga!
kenapa ya?
mungkin...
kerana aku tau dia ada!
dia masih tetap disitu..
aku tak tahu kenapa,
pabila ada dia;
aku jadi kaku!
aku jadi beku!
namun degupan jantung ini lain jadinya.
terlalu rancak hingga hampir hilang rentaknya!
adakah aku masih mengharapkan dia?
rasa ni buat aku degil rupanya!
aku masih tak mampu berhenti berharap.
walau mulut selalu melafaz janji,
takkan mengharap lagi;
namun rasa ini tetap merajai hati!
entah lah!
selagi aku mampu,
aku akan tetap setia.
setia memandang dia dari kejauhan...
semoga dia sedar kewujudan aku.
yang takkan pernah jemu,
memuja dan menyokong dia...

No comments:

Post a Comment