Thursday, April 8, 2010

Dia kembali lagi??

Aku sudah terima hakikat,
aku harus berputus asa;
kerana aku yakin,
aku takkan pernah dapat duduk sama tinggi dengan dia.
selama ini pun,
hanya aku yang memandam rasa.
jadi aku tak pernah kesal andai aku bukan pilihan dia.
segalanya dah berakhir sebelum apa-apa sempat bermula!
namun,
bila aku senang jalani hidup sendiri,
rasa itu juga semakin menghilang dari dalam diri aku,
kenapa dia muncul semula?
dia datang dengan tiba-tiba,
seperti memberi satu peluang!
untuk maju setapak ke hadapan,
dalam perhubungan aku dan dia...
aku terkesima dan tersentak!
kenapa mesti begitu?
adakah dia hanya menduga?
atau mungkin harapan sudah kembali bersinar?
aku tertanya-tanya,
apakah erti semua ini?
aku buntu sebenarnya.
jangan permainkan aku!
jangan beri harapan pada aku!
aku takut...
takut andai semua ini hanya seperti mimpi.
mimpi dengan mata terbuka.
nanti aku yang terluka.
aku tak mahu kecewa lagi.
aku tak sanggup!!!

1 comment:

  1. menyimpan satu perasaan itu, namanya tidak salah mimi.. saya juga simpan satu perasaan.. biarkan diri kita hormat dengan perasaan kita sendiri :)

    ReplyDelete