kehadirannya;
penerimaannya;
layanannya;
segalanya tentang dia.
semua yang dia lakukan,
tak pernah terfikir oleh aku.
segalanya menjelma menjadi realiti.
aku masih takut,
takut dia berubah hati...
sebab itu setiap malam aku akan berterima kasih
berterima kasih untuk segalanya
kerana aku masih mengecap bahagia bersama dia.
dan pabila aku bukakan mata di pagi hari,
aku harap dia takkan pernah berubah
kerana realiti ini seindah mimpi
aku mahu hanyut di dalamnya..
dia,
menjadikan aku seorang pemimpi
pemimpi dengan mata yang terbuka...
No comments:
Post a Comment