Saturday, March 19, 2011

Penentu sebuah pilihan

aku keliru
dulu aku tak diberi pilihan
aku bebas menentu kehendak aku
namun hari ini
aku terpinga tertanya
pabila muncul dua pilihan yang ketara
dan aku harus memilih satu sahaja
satu sahaja!
mampukah aku membuat pilihan yang tepat?
atau aku akan menyesal di kemudian hari?
perlukah aku mengikut kata orang?
atau aku perlu yakin dengan pilihan hati sendiri?
aku jadi buntu
kerna aku perlukan keduanya
apa yang harus aku buat?
aku masih belum cukup kuat untuk membuat keputusan
biarlah segalanya terjadi dengan sendiri...
agar aku masih punya masa
untuk membuat pilihan...

No comments:

Post a Comment