Friday, April 1, 2011

Kembali tenang

Aku mula rasa tenang
mungkin sebab aku sudah meluah segalanya
tidak lagi menjeruk rasa;
segala persoalan dan tanggapan
sudah terjawab semuanya..
terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan
sebab sudi berbicara
dari hati ke hati bersama aku.
aku rasa sangat bersyukur
kerna peristiwa ini juga
membuat aku belajar memahami dia..
dia masih perlukan masa
aku hormat permintaan dia
dan akan aku penuhinya.
terdetik di fikiran aku,
untuk kembali setapak ke belakang
mencari semula erti hubungan ini..
mungkinkah aku perlu belajar mengenalinya
dengan menjadi seperti seorang kawan biasa sahaja...??


No comments:

Post a Comment