Saturday, April 2, 2011

Aku tak mahu kehilangan lagi... T_T

pulang dari bertemu atuk..
aku terfikir sejenak.
apakah masih panjang umurnya..?
apakah aku masih berpeluang bertemunya..?
apakah dia akan pulih seperti sediakala..?
semua persoalan sebegini berlegar-legar di minda.
mungkin aku tak sepatutnya berfikir sejauh itu!
namun di sudut hati aku,
aku masih perlukan dia.
hanya dia seorang yang tinggal di dunia.
hanya dia;
nendaku nan satu yang tercinta.
aku datang mendekati dia,
hati aku sayu melihatnya.
dia terbaring lesu tidak berdaya
namun dia masih mampu mengukir senyum
senyum pabila melihat aku,
indahnya senyuman itu~
aku bersyukur
kerana aku dapat menggembirakan hatinya
mungkin kerana aku mampu melawatnya
tak seperti cucunya yang lain
terikat dengan komitmen belajar dan kerja.
maafkan aku atuk,
aku tahu selama ni bila atuk sakit,
abah yang akan jaga atuk.
tapi sekarang abah dah takde~
kami jauh,atuk;
tak dapat nak jadi pengganti abah
jaga atuk dekat hospital...
mesti atuk rasa sunyi dan sepi.
sesunyi hati kami.... T_T
Ya Allah,
aku jadi makin rapuh..
perpisahan abadi ni menekan aku.
saat pakngah dan abah pergi,
sakitnya masih terasa..
tolong aku,
aku tak mahu kehilangan lagi!
disaat semangat aku sudah jauh dari diri aku,
aku lemah...
aku pohon,
jangan khabarkan berita itu.
aku masih belum bersedia!
aku takut;
andai aku jatuh,
tiada siapa yang mampu bangunkan aku...

No comments:

Post a Comment