iya!
aku sedang hanyut dalam perasaan.
perasaan yang sangat indah!
jangan kejutkan aku,
aku tak mahu tersedar;
masih mahu dalam memori itu!
tika ini,
hati masih berdegup kencang;
kenangan itu masih menggamit.
sentuhan itu mendamaikan;
hangatnya masih aku terasa:
menggetar naluri aku.
tak mampu hilang dari fikiran...
aduhai!
sengaja buat aku hilang arah;
sengaja buat aku rindu!
GILA~
kekasih,
aku tahu,
kamu tak suka aku hanyut dalam kamu..
beri aku masa;
cuma malam ini sahaja...
esok,
aku akan mulai kembali;
kembali melupakan kamu.
aku masih mencuba;
agar aku mampu hidup tanpa memikirkan kamu...
Tuesday, November 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment