Thursday, June 7, 2012

Hari Kamu

Di hari penting kamu,
aku disini.

aku mahu kamu tahu,
kamu keutamaan aku!

walau penat mana aku,
walau susah mana aku,
aku tetap mahu.
disini.
bersama menyokong kamu.

iya,
aku bodoh.
aku menggigil.
aku cuak.
aku tak mampu menatap kamu..

kamu tahu aku~

namun,
aku sungguh-sungguh bersyukur.
pertama kali kamu ketemu keluarga aku,
kamu melayan sebaik mungkin.
terima kasih, Encik yang tercinta.
aku sangat-sangat terharu...

aku juga berterima kasih,
kerna kamu perkenalkan aku kepada keluarga kamu.
walau aku agak kaku,
tapi aku sangat-sangat hargainya.
terima kasih yang tak terhingga..


kekasih,
aku tahu segala susah senang kamu;
untuk sampai ke tahap ini.
terkadang kamu mahu berputus asa,
aku cuba sedaya upaya membantu yang termampu,
agar kamu masih dapat teruskan perjuangan.

aku turut menangis tika kau dilanda musibah,
aku tersenyum tika kau diberi harapan.
walau aku bukanlah sesiapa,
aku sentiasa ada untuk kamu.

kekasih,
terima kasih kerna masih bertahan hingga akhir ini.
perjuangan kamu sudah sampai ke penghujungnya.
tinggal selangkah lagi.
kuatlah!


~sekuntum mawar merah dari aku buat kamu;
tanda sokongan dan cinta aku.
terimalah...

No comments:

Post a Comment