Sunday, June 3, 2012

Kesunyian ini

terkadang,
kesunyian ini buat aku berfikir.
selama mana aku mampu bertahan;
tanpa dia dalam hati ini...?

terkadang juga,
terdetik dalam lubuk hati aku,
aku mahu putus asa saja!
lari sejauh mana yang aku mampu!
pergi dan tak mahu kembali terluka lagi!

terkadang lagi,
aku terasa dirantai dengan perasaan;
tak mampu bergerak.
statik.
masih disini.
kaku terikat dengan rasa ini...



Terseksanya seorang aku!



namun,
cinta itu misteri.
kan...?


aku tetap mahu kembali.
masih setia disini.

tega hadapi semua dugaan;
sedang hati senantiasa hancur terluka lagi...
menanti entah berapa lama;
sedang jiwa dah terasa kering tak disirami...


mendamba seluruh aku;
menunggu tibanya hari,
entah bila mampu kecap bahagia lagi...


No comments:

Post a Comment