Sunday, May 24, 2009

Berhenti berharap...

"BERHENTI BERHARAP!"
Aku cukup tak suka perkataan tu.
dan akhirnya aku gunakan jua.
aku sudah berkeputusan,
aku berhenti berharap...
Dia terlalu tinggi.
Tak tercapai aku untuk menyentuhnya.
hanya dapat memandang di kejauhan...
Adakah aku bodoh?
sebab berputus asa tanpa mencuba?
mencuba untuk memberitahunya betapa aku sukakannya?
tak apa la...
Hidup ni penuh dengan pengorbanan.
aku takkan menyesal!
sebab aku sudah melakukan segalanya,
sehingga ke tahap maksima,
untuk menarik perhatian dia.
supaya memandang aku yang duduk di satu sudut sepi ini...
menjadi pemerhatinya tiap masa,
menegur tiap kali bersua,
cuba melakukan segala-galanya untuk bertemu muka.
namun mungkin dia sudah bosan.
bosan dengan aku yang menggangu kitaran hidup dia...
akhirnya aku dengar juga dari mulut dia hari ni.
siapa aku padanya...
dan aku rasa tak perlu lagi aku melafazkan,
rasa yang terpendam dalam hati aku.
aku berhenti berharap!
namun,
aku menyimpan satu hasrat.
andai aku berjumpa dengannya selepas ini,
dengan cara yang tak disangka-sangka,
aku akan melafazkan betapa aku sukakannya.
awak,saya memang sukakan awak!
hidup memang satu perjudian,
dan akhirnya aku tertewas kali ni...
terima kasih sebab pernah hadir dan menjadi istimewa
di dalam hati aku.
sekarang aku perlu merelakan kenyataan.
aku perlu cuba lupakannya,
walaupun aku tau aku takkan pernah dapat lupakannya....
airmata mengalir,
hati berdarah kembali,
tanda merelakan keputusan ini...

1 comment:

  1. Tarik napas panjang2
    Teruskan melangkah
    Pasti ada sinar menanti di hadapan!

    ReplyDelete