Thursday, May 7, 2009

Bersabarlah wahai hati...

kenapa aku jadi macam ni..?
aku pun buntu....
memang aku tak nafikan,
hati ni terusik dengan kehadiran dia dalam hidup aku.
tiap kali nama dia muncul,
hati aku macam terkena kejutan!
dan berdegup kencang serta-merta!
tak sangka macam tu sekali penangan dia!
itu baru nampak nama,kalau nampak orangnya?
aku pun tak berani nak membayangkan..
apa yang aku tengah rasakan ni?
aku suka dia ke?
aku minat dia ke?
aku cintakan dia ke?
macamana aku nak bezakan semua rasa ni?
yang pasti semua rasa ni,
mencipta satu perasaan dalam hati aku!
iaitu RINDU pada dia...
rasanya dia tau tak perasaan aku pada dia?
aku taknak berharap..
harapan tu membuatkan aku sakit!
mulut aku boleh menipu,
mata aku boleh menipu,
ekspresi wajah aku boleh menipu,
bahasa tubuh aku boleh menipu,
segalanya tentang aku boleh menipu!
semua ni terjadi sebab aku tahu,
"i'm a good pretender!"
orang selalu menggelar aku begitu...
tapi aku tak boleh lari dari hakikat,
hati aku takkan pernah dapat menipu!!!
mulut aku cakap,
"tak payah berharap dengan dia. engkau tak beerti langsung pada dia!"tapi kenapa hati ni tetap degil??!!
kenapa aku masih berharap,
agar aku dapat menghuni disudut kecil hati dia..??
manusia diciptakan dengan fitrah..
aku tak pernah menghalang rasa tu!
untuk kembali bertandang dalam jiwa aku yang sepi ni...
pada mulanya,aku hanya ingin jadi peminat misteri,
yang hanya memandang dari kejauhan...
memuja dalam senyap...
tapi,rindu itu menyesakkan!
apa harus aku buat?
aku masih belum ada kekuatan untuk berterus-terang!
aku takut dikecewakan...
tiba-tiba,
ada seseorang dah mula membuka mata hati aku!
dan aku juga terkesan dengan provokasinya itu...
lalu aku buat keputusan,
aku harus memperjudikan nasib aku!
aku harus berusaha melangkah setapak lagi,
untuk cuba mendekati dia!
pada mulanya aku hampir putus asa..
dan aku menyalahkan diri aku,
sebab terpesona dengan provokasi.
namun sesuatu yang tak aku duga berlaku!
dia mula memberi respon!
syukur,alhamdulillah!
tapi,hidup ni tak selamanya indah..
bila aku mula berharapan,
dia mula dingin..
aku mengajar diri untuk tak berharap lagi..
tapi bila aku memutuskan untuk berputus asa,
dia kembali dengan tindakbalas yang meyakinkan!
dan aku berharap lagi...
begitulah kitaran yang aku hadapi bersama dia.
macam main tarik tali tiap kali berbicara...
tak apa!
bersabarlah wahai hati!
mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini..
aku patut bersyukur sebab dia masih terdaya,
untuk melayan aku yang hadir dalam hidup dia secara tiba-tiba...
aku harapkan perkembangan yang lebih positif akan berlaku,
walaupun aku tau dia tak mengetahui tentang perasaan aku...
tapi aku harap dia tak menyisihkan aku...
bersabarlah wahai hati!

No comments:

Post a Comment