Thursday, July 14, 2011

jiwa yang seakan mati

kadangkala aku tertanya;
adakah dia turut merasa rindu?
untuk aku;
dia dimana-mana;
setiap masa.
di mata;
di minda;
di jiwa;
hanya dia!
adakah itu cukup meyakinkan aku;
dia sememangnya untuk aku?
sedang aku memang tahu hati aku sedari dulu.
aku memang gilakan dia!
namun;
bagaimana jika dia tidak begitu...?
mungkinkah jarak masa ini meyakinkan dirinya;
bahwa bukan aku yang dia cinta?
bukan aku sebenarnya dihatinya?
tak perlu aku dalam hidupnya?
segalanya hanya simpati semata...?

hmmm...
jawapan yang sudah aku sedia mendengarnya...
yela,
kata orang tua itu ada benarnya;
pilihlah orang yang suka kita,
bukan orang yang kita suka...
degil aku!
aku yang tak percaya.
masih mahu berjuang.
mengejar cinta;
menongkah arus melawan takdir;
sedang rupanya masih tak mampu melawan fitrah dunia.
di sini,
rupanya masih lelaki sahaja boleh memula langkah..
tidak perempuan seperti aku.
perempuan hanya perlu menanti.
menanti lelaki yang betul-betul cintakan diri,
melebihi kita cintakan dia,
terima;
bernikah;
hidup bersama...
sedang perempuan yang mengejar cinta lelaki,
dituduh perigi cari timba;
terhegeh-hegeh;
murahan;
menjaja diri;
terdesak;
seakan sudah tidak punya harga!

begitu sekali rupanya tanggapan masyarakat terhadap aku?!
tersungkur aku!
tak mampu buat apa-apa.
kan...?

bila difikir kembali,
ada juga benarnya...
perempuan kalau menagih cinta,
dan ditolak cintanya,
apa lagi yang ada padanya?
dicemuh;
dihina;
tak berguna.

sedari dulu,
aku berjuang mati-matian,
berharap dia turut bersama aku;
menutup mulut semua,
membuktikan salah semua tanggapan yang terlempar pada aku.
namun,
dia masih ragu-ragu.
takut tersilap langkah katanya.
masih tak bersedia...

andai memilih aku terbukti silap lagkahnya;
bagaimana aku...?

~haih...~
tewas aku.
tak mampu melawan fitrah rupanya.
degil dan gila aku tak mampu mengubah dunia...


kalau semua ini berlaku;
rela aku sendiri.
tak mahu bercinta lagi.
kerna jiwa ini telah mati...

No comments:

Post a Comment