Friday, July 15, 2011

Mahu Lena

mendengar ucapan rindu;
airmata terus menitis...
betapa rindu aku lebih berlipat ganda...!!!
namun selama ini pedulikah dia segala yang aku rasa...?

yela,aku tak penting mana.
rinduku tak punya makna apa.
yela,aku faham dia kan..?
tak mampu buat apa pun tika dia sibuk.
jadi walau berapa kali aku melafaz rindu,
rindu aku tak penting pun buat dia...
dia pun boleh buat apa?

tak buat apa.
sebab dia tahu aku faham dia.
dengan itu dia tak perlu fikir aku langsung.
banyak perkara lebih penting selain aku...

aku sedar;
aku bukan siapa-siapa pun.
hanya seorang perempuan;
penagih cinta.

entahlah;
aku sudah semakin lemah;
dalam mengejar cinta dia...

SUDAH,aku perlu tidur.
aku tak mahu terjaga.
realiti ini lebih sengsara.
lelah segalanya.
emosi;
fikiran;
fizikal.
sekurang-kurangnya aku tak perlu menderita merindu tika lena...


~siapa ada stok ubat tidur? mahu terus terlena...

No comments:

Post a Comment