Monday, July 11, 2011

Melawan Masa...

aku;
sedaya upaya.
cuba melawan masa.
mencari waktu dan ketika;
untuk merapatkan jurang yang ada;
mengisi ruang-ruang terbuka,
agar kita dapat saling bersama...
aku berjuang,
dengan segala usaha;
sepenuh daya,
disisimu sentiasa ada.
walau apa terjadi!
agar tak terlupakan.
agar tak terpinggirkan.
agar tak terindukan...
namun aku rasa hampa!
kerna aku tewas juga dengan masa.
masa kuasai segalanya!
aku tak mampu buat apa.
masa;
menjadikan jurang di antara;
makin jelas ketara.
menjauh seiring masa..

aku sudah mula rapuh.
aku sudah mula lelah.
aku mula breathless.
apa lagi yang mampu aku lakukan?!
berserah?
putus asa?
entahlah!
aku tak suka rasa ini!
perjuangan aku masih belum selesai!
aku tak mahu usaha aku bertahun sia semata!
aku mesti buat sesuatu.
aku perlukan time-out!
sendiri!
mencari kekuatan.
bangkit semula.
berjuang!
untuk neutralkan kembali semua rasa aku.
agar aku dapat kembali meneruskan perjalanan ini...

No comments:

Post a Comment