Sunday, April 8, 2012

Kembali Bertemu

hampir empat bulan tak bertemu;
iya.
aku rindu!

walau sebenarnya
mahu terus rajuk aku,
namun tak sanggup aku.
aku perlu jumpa dia,
hari ini.
sangat perlu!
kerna aku tak dapat ada untuk dia
tika dia perlukan aku;
nanti.

tika bertemu,
aku seperti selalu.
tak mampu menatap mata itu.
*KetukKepalaSendiri*

namun,
janggal itu tak lama.
aku mahu menatap dia.
kekasih aku yang aku damba.

belum habis bertukar cerita,
dia mula gelisah.
iya,
aku tau dia mahu pergi.
jasadnya di depan aku,
fikiran dah menerawang jauh~

aku lepas dia pergi.
walau dia katakan masih mahu bersama,
tapi aku tau dia cuma nak menyedapkan hati.
tak perlu!
Pergilah.
buat apa masih di depan aku,
sedang segala dia sudah hilang tinggalkan aku?

Tak perlu risau aku.
aku faham.
perkara disana lebih penting dari aku.

tentang aku,
pandailah aku pujuk sendiri~

bukan;
aku tak merajuk.
cuma,
sedih dan kecewa tu tetap ada.
tapi itu biasa.
aku dah mampu tanganinya.

namun aku terkilan;
sekejapan saja masa dia untuk aku.
lepas ini,
entah bila lagi dapat ketemu...
hmm~

No comments:

Post a Comment