Saturday, May 12, 2012

Jangan

jika perlu,
katakan saja.
faham aku.

aku akan tetap tunaikan.
kamu tahu itu!

jadi,
jangan gulakan aku!
tak perlu~


kerna tanpa kata manis itu pun,
aku tahu maksud kamu...


aku mohon,
jangan.


kerna,
terkadang aku merasa,
kata manis itu hanya mukadimah semata...


ini bukan kali pertama;
kata manis sebagai pembuka bicara,
sebelum hasrat hati dipinta..


jadi,
jangan.


kini;
aku mula goyah,
aku dah tak mampu fikir semua kata itu luahan kamu.
tulus lahir dari hati.
untuk aku semata.
hanya aku!


sedang sebenarnya,
ada maksud disebaliknya...


tolong,
jangan.


aku mahu jaga hati aku.
aku luka dengan laku kamu itu..


walau sebenarnya;
jauh di sudut hati aku,
aku tak mahu meragu ikhlas kamu mengucap kata manis itu.


namun
kebanyakan kali kamu begitu,
ada sesuatu kamu perlu dari aku..
sedang,
tika aku perlu kamu,
kamu kembali lupakan aku...


aku rayu,
jangan.


jika kamu bukan begitu,
tolong aku.
buktikan pada aku,
kamu bukan seperti yang aku fikirkan...


kerna kini,
aku dah tak mampu terima kata manis kamu itu~
maaf aku!


Encik Yang Terhebat,
aku melutut merayu;
tolong JANGAN.
JANGAN GULAKAN AKU.
cukup!

2 comments:

  1. hurmmm.. sedih nyer. kuatnyer awak btahan. klu saya dh xmampu btahan selama ni..

    ReplyDelete
  2. entahlah.
    saya pun tak tahu sampai bila saya mampu...

    ReplyDelete