aku dan dia;
setelah bersoal dari hati ke hati;
akhirnya jawapan ditemui.
keduanya punya hasrat yang sama.
dilafaz terus dari hati...
keduanya berkeputusan,
untuk berjuang demi hubungan ini;
berjalan seiring selari;
mencapai tujuan pasti.
aku dan dia;
sudah bersedia,
menaiki sebuah kereta umpamanya;
untuk menuju ke satu destinasi;
yang jaraknya masih belum pasti...
pada mulanya,
dia memujuk aku.
untuk yakin dan percaya;
bahawa jika aku bersama dia,
aku akan selamat segala;
tiba ke destinasi bersama dia..
untuk menghilang ragu aku;
dia memandu 60km/j.
dia mahu aku selesa dengan pemanduannya.
dia mahu aku yakin dan percaya dengan dia.
dia mahu aku tenang bersamanya.
menghapus ragu aku segala..
akhirnya aku selesa;
aku yakin dan percaya;
aku akan selamat tiba dengannya.
tika itu,
dia meminta izin pada aku;
dia mahu memandu 20km/j.
kerana itu kelajuannya yang dia selesa sebenarnya...
aku terdiam seketika;
memikir sejenak tingkahnya.
namun aku akur akhirnya;
kerna aku telah yakin dan percayakan dia.
biarlah,
dia masih perlu masa.
walau selambat mana tingkahnya;
insyaAllah kami akan tetap selamat tiba.
aku hanya perlu bersabar;
sentiasa disisinya;
menanti dengan setia.
harapnya pabila dia sudah bersedia,
dia dapat memandu di dalam kelajuan yang aku selesa..
semoga aku tetap bertahan;
didalam sebuah perjalanan ini...
Friday, June 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
comelnye baca ni!
ReplyDeletesemoga cik mimi dapat mengharungi perjalanan itu dengan selamat bersama si dia. :)
selamat sampai ke destinasi yang bakal dituju dengan penuh kesabaran. semoga bahagia!
so sweet!
terkadang realiti tak seindah impi;
ReplyDeletetapi harapan tetap ada.
InsyaAllah,semoga dipermudah segala. =)
asal masih ada harapan, insyaAllah.
ReplyDeleteTapi jgn terlalu mengharap sbb takut rosak binasa hati nnt. :)
pape pun, kamu berani berjuang. suka semangat itu!