Monday, June 27, 2011

Bisikan...

ada yang berlegar-legar dalam kepala;
tak mampu aku hindari.
dah berhari-hari begini!
kata-kata itu;
sudah umpama barah dalam jiwa aku.
hanya tunggu masa untuk merebak dengan cepatnya;
melahap segala hingga tak tinggal sisa!
aku sudah tak punya asa.
aku mahu berbicara.
untuk yakinkan diri bahawa semua ni dusta belaka!
bisikan itu semakin bermaharajalela.
tak tertahan aku!
sepatutnya aku tak perlu goyah;
kerna sudah melafaz yakin percaya.
namun;
sedikit sebanyak ada benarnya...
AARRGGHHHH!!!
tolong aku!
terlalu dalam rasa ini.
pabila rasa berperang dengan kata dalam jiwa;
aku perlukan ruang dan masa.
mencari tahu maksud segalanya.
sendiri nampak gayanya...

No comments:

Post a Comment