Wednesday, July 6, 2011

Panggilan;Gelaran itu

aku bukan tidak suka,
jauh sekali untuk merasa tidak bersyukur.
aku sayang kerjaya ini.
ini cita-cita aku.
sejak dari kecil dulu.
aku hidup untuk menjadi seorang guru.
hanya itu matlamat aku.
iya;
GURU atau lebih dikenali sebagai cikgu.
aku seorang cikgu.
tapi,
aku juga seorang manusia biasa.
punya atur hidup aku sendiri.
punya keinginan sendiri.
punya hidup peribadi.
aku perlu ruang.
bukan 24/7 aku mahu memakai imej itu.
gelaran itu.
namun;
jika kamu mahu mendepani aku dengan imej guru itu,
aku bersedia bila-bila masa.
hatta kamu mahu meminta pandangan dari sudut seorang guru pun aku mampu.
tiada masalah bagi aku.
bila-bila masa.
katakan sahaja.
tapi,
jika kamu mahu mendekati aku sebagai aku;
Shamimi Hanifa binti Dulhisham yang biasa-biasa sahaja orangnya ini,
aku mohon;
jangan dipanggil gelaran itu.
cikgu.
kerna aku tak selesa.
bukan kerna aku benci.
namun aku tak mahu punya jurang antara kita.
panggilan itu terlalu formal buat aku.
buat aku tak betah lepaslaku.
kerna aku perlu juga menjaga nama baik gelaran itu.
jadi;
andai kamu panggil juga,
kamu takkan dapat jumpa aku yang aku lagi...
Aku harap semua boleh faham;
panggilan itu terlalu suci.
aku tak mahu campuradukkan dengan hidup peribadi aku.

aku juga perlu sedikit masa;
dari 24/7 aku,
untuk menjadi diri sendiri...



1 comment:

  1. kdg org xfhm. kita pon py hidup sndiri. xkn sntiasa mau serius 24/7... xkn every status pon nk bsandar kpd tugas guru. xbley nk hv fun. geram pd org yg ske label kite cmtu.

    ReplyDelete