Saturday, October 15, 2011

Indahkah hari ini?!

hari ini,
aku kembali.
meyusur jalan-jalan kenangan.
kali terakhir aku kesini;
kejutan buat dia.
tika itu,
sangat indah bagi aku.
sungguh!
kerna dia menjadi peneman setia...

namun hari ini,
aku keseorangan;
ke sini lagi.
dengan satu niat;
meraikan nia anggunku..
hanya itu!

namun,
jauh di sudut hati aku;
aku harap dapat bertemu,
dia yang aku rindu..

sesampai di situ,
lemah kakiku!
longlai segala anggota!
gigil hingga tak mampu buat apa!
kerna,
aku terlihat dia;
dia yang dalam beberapa hari ini aku cuba hindari;
dia yang cuba aku lupakan;
dia!

Ya Tuhan!
aku tergamam;
lantas terjatuh!
jatuh cinta lagi.
lagi dan lagi...
~haih~

aku terus berlalu;
aku tak sanggup ketemu,
lagipun aku kesini bukan kerna dia.
aku mahu bersama nia.

nia melepas aku,
meminta aku ketemu dia.
namun gigil aku masih ketara!
tak mampu berhadapan dia...

tika itu;
hati terus berbisik.
pergilah.
dia kekasih aku.
orang yang aku rindu-rindu...

lantas aku mengorak langkah.
berhadapan dia.
dengan segala kekuatan yang ada,
namun;
dia masih tetap dia...

satu perkataan yang sinonim dengan dia.
Sibuk!
rasa nak ketuk kepala sendiri masa tu!
aku berdiri tak tahu nak buat apa.
dia sibuk dengan kerja dia!
iya!
aku yang salah.
kalau aku tahu dia sibuk,
baik aku tak payah ketemu langsung.
tak terguris hati aku...

setelah selesai segala,
aku mahu terus pulang.
menghilang tak tinggal bayang.
membawa hati yang walang...

namun nia menghalang aku.
dipaksanya aku ketemu dia dahulu.
aku hormat dengan permintaan itu.
kerna dia bidadari aku.

di hadapan dia;
gigil aku kaku.
menatap matanya,
buat aku lebih bertambah rindu!

oh kekasih;
sungguh aku cinta!
aku mahu dia!
mahu dia!
mahu dia!
~terlupa janji aku pada diri,
untuk cuba melupakan dia...

namun tiba2 aku tersedar.
dia tak pernah rasa
apa yang aku rasa sebenarnya.
baiklah aku terus pulang.
dari aku terus menyiksa jiwa.

indahkah hari aku ini...?

1 comment: